🍁 - Bab 80

5.1K 139 11
                                    

Sebaik sahaja bilik itu sunyi, Ellysha terus berlari ke arah handbagnya. Telefon diambil dan masih lagi mencari-cari nombor Aryan, dia tak putus asa menghubungi Aryan. Ellysha masih berfikiran positif, mungkin Aryan tak angkat sebab dia sudah tidur atau penat balik bekerja.

Tapi kadang-kadang hati Ellysha tertanya-tanya, Aryan tak cari dia ke? Tak risaukan dia ke? Betul ke Aryan dah benci dia sangat-sangat. Tapi dia tak kisah.

Ellysha mengharapkan kali ini Aryan angkat call . Dia sudah tak tahan duduk dekat sini. Duduk dengan lelaki yang bukan halal baginya. Sebaik sahaja butang hijau di klik. Terus Ellysha meletakkan telefon ditelinganya dan dia terkejut.

"Ab..abang reject call Ell?" Ellysha seperti tak dapat percaya.

Sebelum Ellysha ingin menghubungi Aryan lagi sekali. Sempat dia melihat bateri phone yang sudah tinggal 30%.

"Cepatnya habis.." rungut Ellysha.

"Mana tak habisnya dah seharian kau dekat rumah ni.." bebel Ellysha sendiri.

Nombor Aryan ditekan dan lagi sekali dia meletakkan telefon ditelinganya. Ellysha sangat terkejut. Aryan bukan tertekan tapi dia sengaja reject call ? Ellysha tak dapat nak percaya.

"Abang sengaja reject call Ell?" Air mata mula bertakung.

Ellysha call lagi untuk kali yang ketiga dan seterusnya. Dan.. memang sah. Aryan sengaja reject call Ellysha. Ellysha menyapu air mata yang sudah membasahi pipi. Kemudian handphone yang sudah menurun angka baterinya itu disimpan semula.

Dulu sebelum kahwin dia benci aku juga tapi bila call tak pernah tak angkat. And now.. benci plus tak angkat call.

 benci plus tak angkat call

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aryan mengeluh berat.

"Perempuan ni karang.. dah aku reject pergi call balik kenapa?! Balik lah rumah terus, saja nak suruh aku dengar kebahagiaan dia dengan jantan lain ke apa?" Rungut Aryan kasar.

Badan terus disandarkan badan kerusi office itu.

"Makin lama makin melampau. Naik lemak. Balik rumah pun tak. Keluar rumah tak minta izin aku. Sengaja nak kumpul dosa ke apa? Menyusahkan!" Kata Aryan kasar.

"Pergi rumah bapak dia kut. Semak betul aku perempuan ni" teka Aryan sendiri.

Lantas dia bangun daripada sandar. Tangan diangkat diletakkan pada meja office itu sebelum dia mengambil beberapa file dokumen kerja. Tengok-tengok apa yang betul settle lagi.

Sibuk menyelak satu-satu file, Aryan terdengar bunyi pintu dibuka. Terus kepala diangkat memandang lelaki tua itu sekilas sebelum dia memandang file semula. Muka Aryan jelas mengeluh.

"Kamu dengan Ellysha masih berperang lagi ke?" Soal lelaki tua itu sambil menuju ke arah Aryan. Suaranya juga agak serius.

"Macam tulah." Jawab Aryan selamba.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now