🍁 - Bab 23

3K 101 2
                                    

Aryan parking kereta mewahnya selepas pulang dari tempat kerja sendiri, Enjen kereta ditutup lalu kunci ditarik keluar dari lubang tersebut, dia keluar dari keretanya dengan keadaan yang tenang.

Aryan sudah mula bekerja dengan papanya, Tan Sri Amar di syarikat mereka sendiri. Kebetulan kawan baik Aryan, Syafiq juga turut kerja disitu. Syafiq memang rapat dengan Tan Sri Amar dan Tan Sri Amar menghadap dia seperti anak sendiri. Apabila lihat Aryan dan Syafiq yang asyik keluar bersama, Amar seperti bayangkan yang Aryan dan Syafiq tu seperti kembar yang tidak habis berkepit dan tidak dapat berpisah, dari sekolah lagi mereka akan sekali.

Syafiq juga suka kerja dengan Amar kerana Amar melayannya dengan baik sangat. Tapi malangnya Amar tidak tahu yang Syafiq dengan Ellysha dan Errysha adalah adik beradik tiri. Apatah lagi Aryan dan Marina. Syafiq juga tidak tahu dimana adik-beradik tiri dia telah pergi. Tidak pernah dia cerita semua itu dekat Amar, yang selalu dengar cerita dia adalah Aryan kawan baiknya sendiri. Kebetulan Ayah tiri Syafiq pun kerja di syarikat Amar. Tempat kerja Syafiq dan ayah tirinya sama.

Aryan membuka timbul pintu rumah itu, baru sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terasa yang dadanya terlanggar sesuatu yang agak keras, bukan itu sahaja.. dia terdengar juga suara yang mengadu sakit, suara perempuan? Pantas dia memandang wajah yang langgar dia itu, Ellysha!

"Hey! Kau buta ke?"

Geram dengan Aryan ni. Bukan nak tanya elok-elok ke apa.. ni tahu nak marah je. Tajam mata Ellysha memandang Aryan sambil menggosok dahinya sendiri.

"Bodohlah! Badan kau ni batu ke besi?!" Soal Ellysha selamba. Sakit sangat kerana Ellysha tak habis-habis mengadu sakit didalam hati.

"Ewah kau. Kau yang langgar aku! Kau nak salahkan aku pula? One more thing,  kau siapa nak panggil dada sasa aku ni, batu atau besi? Tak reti beza kulit manusia dengan batu dan besi ke? Kau buat apa dekat sekolah dengan kolej kalau benda simple macam tu pun tak pandai nak beza kan?" Perli Aryan selamba dengan suara tegas.

"Berlagak yang dada kau sasa sangat kenapa? Otot tak ada, bukan sado mana pun, berlagak je yang kau tahu kan. Entah-entah sekali kau bukan baju kau, timbul perut buncit kau tu, tetek membonggol" balas Ellysha balik, dengan selamba dia menjelir lidah dekat Aryan.

Sakit hati pula dengan kata-kata Ellysha ni. Hina bukan main lagi ya kau Ellysha? Aryan senyum sinis kepada Ellysha yang masih memegang dahinya itu.

"Kau tahu mana perut aku buncit?"

"Tengok muka kau yang tak handsome ni pun aku dah tahulah! Lagi satu, kau apa masalah kau eh nak kena pijak kaki aku, sial?!" Jerit Ellysha dengan kuat sekali, kepala diangkat sendiri untuk memandang Aryan yang lebih tinggi darinya itu.

Aryan senyum sambil ketawa sedikit

"Bodohlah kau ni.. sakitlah bangang!" Ellysha cuba untuk menarik semula kakinya tetapi ditekan kuat oleh kaki Aryan, kalau dia tarik nanti lagi sakit, baik dia biarkan dulu.

"Mulut kau ni mencarut je tahu kan?" - Aryan

"Kau yang start dulu kan? Kau cakap aku bodoh tak reti bezakan kulit manusia dengan batu dan besi kan? Aku balas balik yang perut kau tu buncit macam orang tua, aku rasa kan papa pun tak buncit macam kau, handsome lagi papa dari kau walaupun dia dah tua!"

"Kau jangan nak perli bentuk badan aku sesuka hati kau. Aku selalu pergi gym tau tak, sedap mulut kau je nak hina badan aku buncit?" Aryan masih taknak mengalah dengan Ellysha, dia nampak wajah Ellysha seperti memerlinya.

"Dah buncit taknak mengaku. Tuihh.." Ellysha senyum sendiri "Kau tahu tak? Ada hari tu kan? Aku ternampak Aydan, dia tak pakai baju. Sexy betul badan dia, sado nak mampus, otot Aydan perhh! Minat gilalah aku!" Sengaja Ellysha ingin menyakitkan hati Aryan, dia senyuma mengejek.

"Ada hari tu aku ter tau.. ter..nampak kau punya badan juga, kau pergi dapur tak pakai baju, panas sangat ke rumah kau ni sampai tak pakai baju? Kau pergi dapur nak pergi minum air kot, masa tu kau sembang dengan Mak Som kut.. kan? Sorry to say.. aku nampak kau buncit gila" sambung Ellysha sambil berpeluk tubuh, mukanya membuat gaya sedih.

Panas hati Aryan. Kelihatan muka penuh dengan memerli, mengejek, menghina diwajah Ellysha yang tersenyum senget itu. Benci betullah aku dengan perempuan ni, makin besar, makin pandai kau melawan.

"Hey! Pantang betul aku orang perli bentuk badan aku sesuka hati padahal aku setiap hari pergi gym. Kau jangan nak sakitkan hati aku" tegas suara Aryan "Aku boleh tunjuk dekat kau tau sekarang ni!" Sedikit kuat suara Aryan.

"Baguslah. Tunjuk sekarang.. tunjuk" cabar Ellysha selamba sambil senyum senget dan dia memandang tempat lain. Dia langsung tidak sedar dengan kata-kata dia sendiri, yang dia tahu nak sakitkan hati Aryan je.. kau benci aku, aku pun benci kau.

Aryan senyum jahat.. tangannya mula nak membuka baju sendiri. Tiba-tiba dia perasan yang riak diwajah Ellysha sudah berubah, dia tahu mesti tadi Ellysha tidak perasan dengan kata-kata dia sendiri.

Ellysha memandang Aryan yang senyum senget itu kemudian matanya pantas memandang tangannya Aryan yang dah mula buka satu butang di baju kemeja yang dipakai. Bulat biji mata Ellysha dibuatnya. Habis panik Ellysha dibuatnya.

"Kau.. kau jangan cuba nak buka baju kau, aku taknak tengok! Kau ja.. jangan cuba buat yang bukan-bukan dekat aku.. a..aku bagitahu mama" Ellysha mula mengangkat tangannya membuat isyarat 'stop' kepada Aryan.

Aryan tidak memperdulikan kata-kata Ellysha, malah tangannya sibuk membuka butang baju tersebut. Dia sengaja buka butang baju lambat-lambat kerana nak tengok wajah panik bercampur cemas didepannya itu.

"Kau pekak ke?"

"Kalau kau taknak tengok? Kenapa kau cabar aku, huh? Kau ingat aku tak berani nak tunjuk dekat kau ke? Aku tunjuk dekat semua orang dalam rumah ni tak ada masalah pun. Yang kau ni macam nampak hantu kenapa?" Soal Aryan selamba.

"Kau cakap apa tadi? Kau tunjuk dekat semua orang dalam rumah ni tak ada masalah pun bila tengok badan kau? Kau ni harap dah kerja tapi bodoh.. bodoh yang amat.. amat pun tak bodoh macam kau tahu tak?" Perli Ellysha sendiri.

"Mama dengan papa tu, mama papa kau, diorang tengok satu badan kau pun tak pe. Aydan tu adik kau, sejenis lelaki dengan kau, tak pe lah, Mak Som tu, kau anggap dia macam mak kau sendiri kan, lagipun Mak Som tu dah tua. Takkan lah dengan orang tua pun kau nak bernafsu, bo..ngok?" Maki Ellysha selamba.

"Aku dengan Errysha tak ada pertalian darah dengan kau. So, kau jangan cuba nak ambil kesempatan eh? Aku jolok biji mata kau nanti.. sekarang ni.." Ellysha menghembus nafas "Lepaskan kaki aku"

Aryan tidak melayan kata-kata terakhir itu

"Apa kau cakap? Ambil kesempatan dekat kau? Hey excuse me? Girlfriend aku berlambak dekat luar sana. Apa kau ada? You have nothing. Lagi satu kau jangan lupa ye.. benci aku dekat kau tak pernah terpadam.." Aryan senyum puas.

Ellysha terkaku dengan kata-kata Aryan

"Remember that.. darling. Kau tak ada apa-apa"

Aryan pergi dari situ dengan senyuman senget. Sebaik sahaja kelibat Aryan tiada, Ellysha mengeluh berat.. kau pandang rendah dekat aku eh Aryan? Tak pe.. kita terukan hidup benci membenci satu sama lain bisik hati Ellysha. Dengan keadaan marah, pintu rumah itu dibuka dengan kasar.














________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now