🍁 - Bab 41

2.9K 82 0
                                    

Sophia betul-betul terkejut apabila dapat tahu yang Ellysha dan Errysha adalah adik beradik tirinya. Dia betul-betul tidak sangka kawan baik dia sendiri merupakan adik beradik tiri dia.

Ellysha dan Errysha juga terkejut dengan apa yang Sophia beritahu mereka dan Sophia ingin berjumpa dengan mereka disebuah kedai makan yang tidak jauh dari office Aryan. Ellysha sebenarnya nak kena hantar sampul yang mama suruh hantar dekat Aryan.

"Beb.. aku tak sangka. Sumpah aku kata aku tak sangka yang kita adik beradik tiri wey. Selama ni aku nak sangat tahu pasal korang tapi mak aku.. mak aku dia tak bagi abang Syafiq beritahu. Nama korang pun aku tak tahu.. rupa-rupanya kawan baik aku sendiri adalah adik beradik tiri aku.." Sophia mula ingin menangis.

"Kak Sofi kata makcik tak bagi abang beritahu kak Sofi pasal kitorang tapi kenapa abang beritahu juga?" Soal Errysha dengan pelik, bukan ke Rashida tu suka marah..

"Memang dia tak bagi beritahu tapi abang beritahu yang kita adik beradik tiri je. Dia kata mak hanya larang dia beritahu nama korang dan beritahu ayah yang dia dah jumpa korang. Kalau dia beritahu juga.. mak akan benci dia dan tak mengaku dia anak dengan mak akan haramkan susu badan dia untuk abang kalau abang beritahu ayah Qamal pasal korang" Beritahu Sophia dengan suara yang agak sedih.

Ellysha dan Errysha terkejut dengan apa yang Sophia beritahu dan tak sangka Rashida sampai macam tu sekali perangai dia.. benci sangat ke dia dengan kami..

"Abang betul-betul dah berubah. Dia kata dia buli korang pun sebab dia dengar cakap mak, abang dia kesian nak buat macam tu tapi abang jenis yang dengar kata, benda jahat pun dia ikut. Dia jahat dengan korang tapi dengan orang lain dia baik.." sambung Sophia lagi.

"Ell.. aku minta maaf bagi pihak abang aku, aku minta maaf bagi pihak mak aku. Aku tahu yang mak aku tu betul-betul melampau sebab pisahkan korang anak beranak, dia juga punca kematian nenek Awati. Kalau korang tak maafkan pun takpa.. asalkan aku dapat minta maaf bagi pihak mak aku" Sophia memandang Errysha pula "Rysha, kak Sofi nak minta maaf bagi pihak abang dengan mak akak"

Errysha hanya diam sahaja tetapi tangan dan biji matanya membuat isyarat menunjuk ke arah Ellysha yang turut diam dan entah apa yang dia fikirkan. Sophia memandang semula ke arah Ellysha.

"Ell.."

"Aku suka kawan dengan kau tau, Sofi. Aku suka gila bila kawan dengan kau, aku siap beritahu keluarga angkat aku yang aku suka kawan dengan kau, aku lagi happy bila dapat tahu kau adik beradik tiri aku tapi aku tak boleh nak maafkan apa yang mak kau dengan abang kau dah buat dekat aku.." hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Ellysha.

"Aku betul-betul minta maaf.."

"Kau tak perlu minta maaf pun. Kau bukan kenal aku pun masa tu, batang hidung aku pun kau tak pernah nampak. Kau tak ada kena mengena dengan aku sekeluarga.." sambung Ellysha lagi

"Nasib baik aku duduk dengan bapak aku. Kalau aku duduk dengan mak aku mesti kau akan bencikan aku jugakan Ell? Aku tahu semua ni berlaku lepas mak aku kahwin dengan ayah kau.. aku minta maaf bagi pihak mak aku. Ayah kau pun sekarang ni tak habis-habis cakap pasal korang dekat abang Fiq, dia rindu korang.." beritahu Sophia lagi.

"Abang Syafiq nak beritahu yang korang ada dekat sini je, korang tak pergi jauh.. tapi dia taknak mak haramkan susu badan dia dan abang taknak disebabkan dia beritahu ayah pasal korang, hidup dia tak aman" sambung Sophia.

"Kenapa makcik buat sampai macam tu dekat Syafiq, kak Sofi. Kesiannya dengan dia sampai macam tu sekali perangai makcik kak.." Errysha macam susah nak percaya.

"Akak pun taktahu dengan mak tu. Dia dari dulu sampai sekarang macam tu, tak pernah berubah. Disebabkan dosa yang dia buat tu, abah akak dah tak sanggup nak jadikan dia isteri. Bila datang pula dekat keluarga korang.. dia buat balik benda jahat dia. Dia kata, mula-mula dia nak harta ayah korang tapi makin lama, dia makin sayangkan ayah korang tapi benci dia dekat korang tak pernah terpadam sampai sekarang" kata Sophia, dia memandang Ellysha dan Errysha saling berganti.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now