🍁 - Bab 21

3K 102 1
                                    

Ellysha mendiamkan diri tadi dalam didalam bilik tersebut. Dia hanya termenung apabila teringat semula dengan kata-kata Aryan tadi, pedih. Walaupun Ellysha masih budak tetapi dia faham apa yang ingin disampaikan olej Aryan sebentar tadi.

Errysha pandang kakaknya dengan pandangan yang pelik sedikit. Kenapa dengan Ellysha ni? Mesti fikir masalah yang telah berlaku beberapa minggunya lepas iaitu tentang Ayah dan Rashida. Bila fikir pasal diorang je mesti Ellysha akan diam.. kau ingat kau robot? Robot pun tak diam macam kau bisik hati Errysha.

"Kak.. kau ni kenapa kak? Kau fikir pasal kena halau dengan ayah tu ke? Ke kau fikir pasal apa yang abang Aryan cakap dekat kau.. err.. maksud aku dekat kita.." soal Errysha.

"Aku bukan fikir sangat pun pasal Ryan tu, buat apa nak fikir pasal dia?. Aku rasakan...lepas aku besar nanti aku nak keluar lah dari rumah ni.."

"Hah? Kau nak tinggalkan papa dengan mama ke? Kau memang tak hargai apa yang dia dah bagi dekat kita ke kak?" Soal Errysha sedikit tegas.

"Mana ada. Aku nak keluar sebab aku tahu yang Ryan tak suka kita duduk sini, so, kita kenalah keluar dari rumah ni. Bukannya kita tak boleh jumpa papa dengan mama kan?.."

"Tapi takkanlah kita nak keluar.."

"Kalau Aydan aku boleh terima sebab dia boleh terima kita duduk dengan dia tapi aku tak boleh bila ada orang dalam rumah ni tak suka kita duduk dengan diorang.. Ryan! Dia tak suka kita duduk dalam rumah ni. Baik kita kelu.." belum habis Ellysha berkata-kata tiba-tiba ada suara memotong.

"Aku bukan tak suka Errysha duduk dengan aku! Tapi aku benci kau yang duduk sini, Ell! Adik kau aku boleh terima tapi kau.. taktahu nak kata. Bagi aku kau macam menipu aku dengan keluarga aku, bagi aku juga Errysha tak ada pula menipu tapi dia macam terpaksa menipu pasal hidup korang yang sebenar.. disebabkan kau" beritahu Aryan yang tiba-tiba sahaja berdiri didepan pintu tersebut.

Errysha memandang Ellysha yang bagaikan terkejut dengan kemunculan Aryan. Macam mana mereka lupa untuk menutup pintu bilik tersebut. Ellysha bangun dengan laju terus, dia menutup pintu bilik tersebut dan mengabaikan Aryan yang berdiri dihadapan pintu itu. Kurang ajar bisik hati Aryan.

"Kak.."

"Kau tak payah nak cakap apa-apalah. Kau tak payah keluar dari rumah ni sebab semua orang boleh terima kau, Qisya termasuk Ryan tapi aku akan keluar dari rumah ni sebab dia tak suka Aku duduk dengan dia.."

"Tapi aku nak duduk dengan kau.."

"Dahlah. Kita pun lambat lagi nak besar, besar nanti aku akan fikir lain untuk keluar dari rumah ni.. kau taknak ikut.. sudah.." balas Ellysha kasar.

Baru sahaja mereka ingin melelapkan mata mereka tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dan dibuka dari rumah. Kelihatan Kalsom menuju ke arah mereka dengan senyuman. Ellysha dan Errysha yang baru sahaja nak tidur itu terus terjaga.

Errysha memberi ruang untuk Kalsom duduk diatas katil tersebut. Mereka juga akan pelik kenapa tiba-tiba Kalsom masuk ke dalam bilik ni.. dah nak dekat pukuk 11 malam dah. Kalsom memandang Ellysha dan Errysha saling berganti.

"Qaira.. maksom tahu perasaan Qaira. Sebelum makan tadi, mak som dengar apa yang Aryan cakap dekat Qaira. Maksom harap Qaira tak ambil hati dengan apa yang Aryan cakap tadi.." Kalsom senyum.

"Tak adalah makSom. Qaira tak ambil hati pun, okey je. Qaira pun orang luar memanglah patut pun Aryan cakap macam tu dekat Qaira.."

Kalsom memandang mereka sayu.

"Cuma Qaira cerita benda yang sebenar dekat mak Som. Apa yang dah berlaku dekat korang sebenarnya sebab bagi maksom masa mula-mula nampak korang korang macam pernah terurus. Maksud makSom, korang macam pernah ada orang jaga tapi kenapa pula Tan Sri boleh jumpa korang?" Soal Kalsom dengan suara yang lembut.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now