🍁 - Bab 66

3.1K 100 4
                                    

Ellysha keluar dari dewan belajar. Kelompok mata yang sedikit gatal digaru. Sebenarnya hatinya sedikit lega apabila Harris sudah pun habis pelajarannya, tidaklah dia asyik dikacau sahaja..

Ellysha pula.. beberapa bulan je lagi nak habis belajar. Hanya tunggu ujian akhir sahaja. Kakinya melangkah menuju ke arah parking kereta. Kereta yang dinaiki itu dipandang seketika.

"Aigoo... Apa yang aku nak jawab dekat Aryan nanti. Mesti dia marahkan aku" bebel Ellysha sendiri. Dia berpeluk tubuh.

BMW itu ditidak lepas dipandang. Pagi tadi semasa dia parking, ada sekempulan motor muncul tiba-tiba, bawak bukan main laju lagi. Ellysha terkejut dan terminyak. Habis terlanggar tiang lampu. Nasib baik tidak teruk hanya calar dan kemik sedikit.

Ellysha mendekati kawasan calar itu.

"Dahlah kereta mahal. Berapa agaknya kos nak kena bayar? Aku bukannya berduit. Nak guna duit yang Aryan bagi tu ke ? Ehh noo.."

Ellysha menggeleng kepalanya.

"Pandai-pandailah aku menghadap Aryan nanti."

Ellysha bangun dari duduk cangkung itu. Kepala yang tidak gatal digaru. Naya.. memang naya. Ellysha menuju ke arah pintu kereta pemandu. Baru sahaja dia ingin membuka tombol pintu kereta sedikit. Tiba-tiba ada yang menyebut namanya.

Sepantas kilat Ellysha menoleh ke belakang. Terkejut dia melihat susuk tubuh itu. Dipandang atas bawah. Dia buat apa dekat sini, tangan yang memegang pintu dilepaskan seketika.

"Ellysha.."

"Harris? Apa awak buat dekat sini? Bukan ke awak dah habis belajar?" Soal Ellysha pelik.

Ingatkan lelaki ni habis belajar, aman lah hidup dia.. rupa-rupanya tiada beza.

"Saya nak jumpa awak.." jawab Harris tanpa ragu.

"Kenapa? Saya rasa tak ada apa-apa yang perlu dibualkan agaknya.." balas Ellysha berlagak tenang.

Sebenarnya dia agak takut berdepan dengan Harris. Melihat pakaian Harris juga serba hitam. Mafia ke? And then setiap kali berjumpa mesti nak bersentuhan. Daripada benda tu berlaku baik Ellysha pergi.

"Ada.. tentang kita" jawabnya pantas.

Sudah dia agak dari awal. Tak habis-habis!

"Kita tak ada apa-apa lah Harris" jujur Ellysha malas ingin melayan lelaki itu. Ellysha ingin memasuki perut kereta tetapi pantas ditahan.

"Tolonglah, saya betul-betul merayu dengan awak. Terima saya dalam hidup awak. Saya betul-betul cinta dan sayangkan awak, Ellysha !" .

"Berapa kali awak nak ulang? Saya tetap dengan keputusan saya. Saya tak boleh terima awak. Tak boleh!" Ellysha sedikit menegaskan suaranya

"Lepaslah!" Kata Ellysha kasar dan tegas .

"Kenapa awak susah nak terima cinta saya? Sebab lelaki tempoh hari tu ke? Betul ke dia boyfriend awak? Atau awak memang sengaja gunakan dia sebab nak lari daripada saya? Dia bukan sesiapa kan pada awak?" Soal lelaki itu bertubi-tubi.

"Hebat sangat ke jantan tu sampai saya pun awak tak pandang? Siapa dia tu sebenarnya? Saya tahu mesti awak saja gunakan dia sebab nak sakitkan hati saya, betul kan?"

Ellysha hanya mengabaikan lelaki itu dengan muka yang penuh meluat. Tangannya ditarik kasar. Dia memasuki perut kereta dengan kasar. Dasar tak faham bahasa, dah aku tak suka, aku tak sukalah ! Tengking Ellysha dalam hati. Nak sahaja dia menjerit depan lelaki itu.

Kalau Harris itu Aryan, dah lama dia maki depan-depan , disebabkan dia dah lama kenal Aryan. Dia tak takut nak maki. Tapi Harris? Dia tak kenal pun.. kalau maki rasa macam melampau pula.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now