🍁 - Bab 17

3.3K 109 0
                                    

Pagi itu.. Ellysha dan Errysha memandang satu sama lain. Yang Errysha tidak faham kenapa Errysha nak menipu Amar yang ayah mereka sudah meninggal dan tiada ahli keluarga? Kakaknya dipandang tajam.

"Kak.. kenapa kau nak kena tipu diorang?"

"Sebab aku tak percaya keluarga ni.. kita baru je kenal takkan nak cerita benda yang betul kut. Agak-agaklah.. entah-entah diorang pun ada niat yang jahat" balas Ellysha selamba.

"Tapi kan kak.. aku tengok Tan Sri dengan Puan Sri tu macam baik je. Diorang kaya.. tak semestinya diorang jahat kan?" Soal Errysha kepada Ellysha.

"Lepastu.. kau nak berterus terang pasal status kita yang sebenarnya bila? Bila aku nak berterus terang kau macam tahu-tahu je.. lepastu kau potong ayat aku.. menipu berdosa tau.." beritahu Errysha dengan selamba.

"Tipu demi kebaikan kita.. aku taknak kau terlepas cakap dengan diorang tau. Aku nak kau beritahu apa yang kita bincang tadi, tak ada ayah, tak ada mak, tak ada keluarga langsung, tak ada sesiapa dalam hidup kita.. tak ada harta. Ingat.. lagi satu aku taknak kau biasakan diri kau dengan panggilan kita yang lama tu.."

"Panggilan apa?" Errysha pelik

"Ell dengan Elly dan Rysha dengan Erry! Tak payah panggil macam tu dah, kau panggi diri kau Qisya dan aku pula Qaira. " Balas Ellysha tegas.

"Nama siapa pula kau petik ni kak?" Soal Errysha

Ellysha hanya diam tanpa menjawab soalan itu

"Kau tak takut suatu hari nanti benda yang kau menipu ni terbongkar ke? Kita duduk dengan orang kaya.. bukan orang kaya boleh buat apa-apa je ke, diorang boleh upah orang untuk siasat pasal keluarga kita, orang kaya selalu macam tu kan?" Soal Errysha, walaupun masih 10 tahun, dah bijak.

"Biarlah nak kantoi ke tak.. bukannya kita nak duduk dengan diorang pun. Diorang yang ambil kita kan.." jawab Ellysha selamba.

"Kau ni kenapa berlagak sangat? Kau dah macam abang Aryan tu kau tahu tak? Serius je... dulu tak macam ni pun.."

Ellysha pandang Errysha.

"Abang kau panggil dia? Tak payah nak abang sangatlah. Lagi satu, aku menyampah dengan dia tau.. dia cakap pagi tadi macam dia menghina kita tau.. bukan tu ja.. dia nampak macam.. syak sesuatu dekat kita tau tak.." Ellsyha memandang wajah Errysha, dahinya berkerut.

"Kau lah! Kalau kantoi kau yang jawab dengan diorang, diorang mesti akan tanya macam-macam. Aku paling tak suka bila ada orang tanya macam-macam soalan dekat aku.."

"Kau ingat aku suka?!"

"Dah tu kenapa kau nak kena tipu, kak?!" Tegas suara Errysha bertanya, kakaknya dipandang dengan pandangan yang serius, menipu je kerja kau! "Kalau makcik tak guna tu buat kau, pukul kau, mesti kau akan tipu ayah yang kau jatuh.. kenapa kerja kau nak menipu je? Tak ada kejujuran ke dalam kepala kau? Mulut kau susah sangat nak jujur?"

Ellysha sakit hati dengan Errysha. Kenapa susah sangat adiknya nak faham situasi dia sekarang ni? Situasi dia dengan Errysha sama je cuma pemikiran mereka berbeza, sorang nak tipu dan sorang lagi nak jujur.

Semasa mereka tenung muka masing-masing. Tiba-tiba mata mereka memandang ke arah pintu dengan serentak apabila pintu itu diketuk lalu dibuka dari luar. Wajah Mak Som dipandang.

"Qaira, Qisya. Mari makan pagi, Puan Sri dah tunggu dekat bawah dah tu. Jom" ajak Kalsom dengan lembut.

Ellysha memandang Errysha semula.

"Kau jangan nak jujur sangat.." kata Ellysha separuh berbisik ditelinga Errysha. Errysha sudah buat muka menyampah.

Ellysha menarik tangan Errysha menuju ke arah Kalsom yang sedang menunggu mereka di depan pintu itu. Perlahan-lahan mereka mengikuti langkah Kalsom menuju ke bawah. Mereka pun lapar juga.. harap-harap makanan itu boleh mengenyangkan.

Mereka hampir sampai di meja besar itu, mereka dah boleh nampak Marina sedang bermain dengan telefonnya. Meja besar, keluarga empat orang sahaja bebel Ellysha.

Marina perasan kehadiran Kalsom terus dia menoleh ke arah Ellysha dan Errysha yang sedang menuju ke arah dia sambil berpegangan tangan. Kelihatan Ellysha dan Errysha masih tidak biasa di dalam rumahnya.

Kalsom memberi ruang untuk Ellysha dan Errysha lalu, kerusi ditarik untuk adik-beradik itu. Marina senyum kepada mereka lagi, tetapi Ellysha dengan Errysha tidak senyum.

"Mari makan sekali.. mesti lapar kan? Nanti kita pergi shopping mall okey. Kita beli barang keperluan korang.."

"Shopping?" - Errysha

"Yelah. Korang dah jadi anak mama. Nanti dekat shopping tu ambil je apa apa yang korang nak okey.." Marina senyum kepada mereka lagi, suka melihat adik-beradik ini.

Errysha memandang Ellysha yang bagaikan termenung itu. Ayah pun sudah lama tak belanja mereka, sejak ibu tiada minta apa-apa pun tak bagi malah kena marah lagi ada lah. Tut..tut kena halau sebab dituduh membunuh.

"Suka tak?" Ceria suara Marina bertanya, dia sengaja menceriakan suaranya apabila nampak Ellysha dan Errysha seperti berfikir sesuatu.

"Suka!" Jawab Errysha ceria.

Kalsom hanya tersenyum memandang.

"Okey. Nanti kita pergi, sekarang makan dulu"

Marina berkata dengan sangat lembut. Kalsom terus membubuh makanan tersebut diatas pinggan ketiga-tiga manusia tersebut. Ellysha dan Errysha pelik, kenapa Marina nak juga jaga mereka, orang luar kot? Padahal anak dia yang sorang tu tak suka. Siapa lagi kalau bukan Aryan!














__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now