🍁 - Bab 14

3.4K 129 1
                                    

Ellysha terbangun dari tidur kerana tengkaknya terasa dahaga yang amat. Dia memandang jam yang tergantung di dalam bilik itu dengan mata dikecilkan sedikit apabila terlalu gelap. Pukul 5.20 pagi..

Ellysha memandang Errysha yang nyenyap tidur dengan selesa itu. Mesti adiknya penat bila berjalan jauh tadi. Ellysha mengerak Errysha perlahan-lahan untuk menemani minum air.

"Rysha.. teman aku pergi minum air.." Ellysha mengerak adiknya dengan lembut, tetapi Errysha terlalu tidur nyenyap.

Ellysha gerak lagi..

"Rysha! Teman aku.. aku dahaga ni.."

"Kau pergi jelah.. aku penat" balas Errysha dengan matanya tertutup rapat, dia menarik selimut menutup tubuhnya apabila terasa sejuk, Mak nak sangat buka icon.

"Rysha! Jom lah" Panggil Ellysha

"Taknak!"

"Aku dahaga wey? Tengkak aku kering"

"Pergi jelah minum air.. haa tu air.. air tandas ada. Minum lah" kata Errysha selamba dalam keadaan yang mamai, mata pun tidak buka.

"Kau tak kesian dekat aku ke?"

Errysha mengambil bantal dan menutup telinga termasuk mukanya. Sakit hati pula Ellysha dibuatnya, kerana terlalu dahaga dia pergi sendiri. Tapi dapur di mana pun dia tak tahu.. pandai-pandai kau carilah Ellysha.

Ellysha membuka pintu tersebut dengan perlahan-lahan, kepalanya menjenguk keluar. Diluar tidak pula mereka menutup lampu, Ellysha berjalan ke hadapan sedikit. Dia terpandang satu bilik disebalah bilik dia duduk, bilik siapa ni? Lantaklah!

Ellysha menurun tangga perlahan-lahan. Disebelah tangga itu ada lif tetapi.. kau jangan nak pakai lif ni macam kau dekat rumah kau sendiri Ellysha tegur hati Ellysha. Ellysha memandang sekeliling, ruang tamu bawah juga dia menjenguk sedikit. Kut-kut ada orang, dia memandang dengan lebih dalam.. tiada orang. Line clear!

Seminit-dua minit dia mencari dapur dikawasan rumah besar itu, tidak jumpa. Aduih, mana dapur ni? Kemudian dia berjalan ke arah pintu utama. Dia berdiri betul-betul didepan pintu utama dan memandang sekeliling. Selalunya dapur akan ada dekat dengan pintu masuk..

Satu-satu Ellysha pandang.. kemudian matanya tertumpu ke arah laluan yang Mak Som guna untuk datang kepada mereka tadi. Dia pergi masuk laluan tersebut. Selepas sampai.. Ellysha mengeluh. Ni pun dapur.. bukan susah mana pun nak cari. Kau ni dah kenapa Ell, bodoh sangat? Kalau kau duduk dekat dapur ni, kau boleh je nampak pintu masuk utama bisik hati Ellysha sendiri.

Ellysha memandang satu-satu kawan dapur itu, akhirnya dia ada nampak coway.. wah.. senang hidup. Kemudian, Ellysha mencari cawan pula, sesaat-dua saat dia jumpa cawan yang mungkin dibeli dengan air mahal, pakai cawan dua ringgit pun boleh je minum, membazir beli yang mahal.. maklumlah orang kaya!

Ellysha menekan coway itu, bila air susah pun berisi. Dia cepat-cepat minum kerana terlalu dahaga, sekali lagi dia isi air.. kemudian dia duduk diatas meja yang ada di dapur tersebut sambil meneguk air.

Aryan membuka lampu biliknya, jam dinding dilihat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aryan membuka lampu biliknya, jam dinding dilihat. Dia menuju ke dapur untuk, minum air. Dia akan bangun pagi untuk isikan badannya dengan air. Aryan menekan butang lif.. selepas sampai dia datang ke arah dapur sambil menguap dan, tangan kanannya menggosok belakangnya.

Semasa dia mengangkat kepala, mukanya sedikit berubah apabila ternampak bayangan seseorang didalam dapur tersebut. Dia mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas. Toyol? Badan kecil Macam toyol, rumahnya mana ada budak. Jadi betullah itu toyol?

Aryan menelan air liur yang bertangkung. Dia cuba memberanikan diri untuk mendekati dapur tersebut. Macam minum air? Toyol minum air ke mencuri? Datang rumah aku yang mewah ni sebab nak minum air je ke? Taknak mencuri? Bisik hati Aryan.

Cepat-cepat tangannya membuka suis lampu. Alangkah terkejut dia melihat ada seorang budak perempuan yang sedang minum air, Ellysha juga terkejut dengan kemunculan lelaki itu.

"Hoii!!!"

Kerana terkejut air yang ditangannya tersimbah ke muka Aryan tanpa sengaja. Mulutnya ternganga akibat terkejut dengan kemunculan lelaki itu dan terkejut dengan tindakkannya sendiri. Aryan mengeluarkan air yang termasuk ke dalam mulutnya. Ellysha meletakkan cawan tersebut.

"Siapa kau?! Berani kau simbah aku. Kau nak merompak ke ah?! Kau ingat aku takut dengan budak macam kau ke? Ah?! Kau toyol kan?!" Tanya Aryan dengan berani dan juga kasar. "Aku tak takut dengan kau lah toyol!" Ewah kau Aryan. Muka dia ada warna hijau ke?

Aryan memandang Ellysha tajam !

















____________________________________

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now