🍁 - Bab 64

2.8K 87 3
                                    

Tombol pintu dibuka sebaik sahaja kunci dipusing. Kawasan rumah yang besar dua tingkat itu diperhati dengan teliti oleh Ellysha. Tidak boleh dinafikan , rumah Aryan memang cantik dan besar. Walaupun hanya rumah banglo tapi besar, setaraf Aryan lah yang bergelar anak Tan Sri.

Salam diberi terlebih dahulu sebelum kaki mereka melangkah masuk ke dalam. Dalam rumah lagi cantik , dengan perabut luxury penuh. Beg ditangan dilepaskan sementara sebelum bersuara.

"Kenapa besar sangat? Kita berdua je kan?" Soal Ellysha.

"Sayang tak suka ke?" Soal Aryan lembut.

"Bukan.. suka je. Tapi rasa macam besarlah. Lagipun , kita hanya berdua je.." balas Ellysha semula. Kalau nak harapkan dia beli rumah sekecil pondok pun belum tentu mampu. 

"Kita tak akan berdua selamanya, sayang.." jawab Aryan senyum nakal pada Ellysha. InsyaAllah, kalau ada rezeki, rumah ni akan dipenuhi dengan cahaya mata.

Ellysha berkerut dahi kurang faham, Errysha dengam Aydan nak pindah sini ke ? Soal Suara hati agak happy sedikit.. tetapi dia teringat sesuatu, Aryan dipandang sekilas tanpa suara. Dia maksudkan anak ke?

"Abang beli rumah ni sebelum kita kahwin lagi. Abang beli masa mula-mula abang kerja dulu. Masa tu, abang beli saja-saja je, ingatkan stress bolehlah singgah ." Balas Aryan jujur.

Ellysha ditatap dengan kasih sayang.

"Kalau sayang tak suka... Abang jual rumah ni. Abang beli rumah lain ikut cita rasa sayang.. sayang cakap je nak rumah besar mana" ujar Aryan dengan pantas.

Wajah Ellysha berubah serta merta. Terkejut. Biar betul Aryan ni? Buat apa nak beli baru.

"Ehh.. tak payahlah. Dah kenapa kau nak jual lepastu nak beli rumah lain pula. Kaya sangat dah ke?" Perli Ellysha "Rumah ni okay je.. aku suka"

Aryan senyum. Lega mendengar jawapan isterinya.

"Oklah kalau mcam tu. Dekat sebelah kanan tu, ruang makan , dapur, tandas dengan stor . Dekat belah sana pula, ada ruang tamu, bilik tetamu" beritahu Aryan senyum.

Ellysha hanya mengangguk.

"Jom sayang kita naik atas" sambung Aryan.

Tidak membalas kata-kata Aryan, Ellysha mengikut langkah Aryan. Beg dia hanya dibiarkan terlebih dahulu. Ellysha dah boleh nampak diatas mempunyai empat bilik dan tiny ruang tamu disebelah tangga.

Kawasan itu dipandang dengan teliti, disusun dan dihias dengan kemas. Memang nampak cantik. Pandai juga Aryan deco semua ni. Ingatkan otak cetek sangat perli Ellysha dalam hati.

"Rumah ni ada 5 bilik, salah satu di bilik tetamu dekat bawah tadi" beritahu Aryan lagi.

Melihat reaksi Ellysha memandang sekeliling itu. Aryan kembali bersuara.

"Jom abang tunjuk bilik kita" katanya lagi.

Membulat mata Ellysha mendengar . Dahinya mula berkerut. Aryan dipandang dengan tajam. Terkejut dengan apa yang dikatakan si suami. Aryan melihat tatapan Ellysha juga berkerut dahi. Kenapa aku salah cakap ke ? Soal Aryan sendiri.

"Bilik kita?" Soal Ellysha

"Yelah bilik kita? Jom lah. Jangan buat-buat bendul pula sayang" Aryan baru sahaja nak mula langkah terus terhenti apabila Ellysha bersuara.

"No.. no. Taknak! Aku nak tidur bilik asing. Taknak tidur dengan kau. Lagipun tak ada alasan dah. Mama dengan papa tak ada. Kita dah duduk rumah asing dah pun" balas Ellysha tegas . Tak suka !

"Tak boleh. Sayang kena tidur dengan abang. Sayang Kena ada disisi abang sentiasa. Mana boleh tidur tempat lain. Mengada-ngada pula dia, babab nanti" - Aryan.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now