🍁 - Bab 36

3.2K 100 3
                                    

Aryan berhentikan keretanya didepan restoran yang tidak jauh dari rumah mereka. Kereta diparking betul-betul dihadapan restoran itu membuatkan Ellysha tertanya-tanya ke mana pula lelaki ini nak pergi? Ellysha dan Aryan saling memandang.

"Aku nak belanja kau makan dan aku nak berbual pasal hal kita" beritahu Aryan dengan ringkas, biji mata Ellysha dipandang dalam.

"Berbual apa pula kau ni? Aku nak baliklah. Lagi pun aku dah makan" bohong Ellysha, padahal dia tak usik pun makanan yang dia beli dekat kantin kolej tadi.

"Makanlah lagi, bukan nak mati pun kalau kau makan banyak kan.. aku ada benda nak bincang dengan kau ni. Please!" Rayu Aryan kepada Ellysha.

"Aku taknak! Aku nak baliklah bodoh!" - Ellysha

"Kau ni kalau dengan aku je nak mencarut.."

"Yelah! Takkan nak cakap baik-baik kut dengan orang tak faham bahasa macam kau ni kan? Hilang sabarlah aku dibuatnya, sabar aku ada had dia!" Balas Ellysha kasar.

Aryan tidak melayan. Malah enjin kereta dimatikan, bulat biji mata Ellysha apabila lelaki itu langsung tak dengar dengan kata-katanya dan Aryan terus buka pintu kereta tersebut. Aryan memandang Ellysha.

"Kau taknak keluar tak apa. Kau terperaplah dalam kereta ni. Berpeluh lepastu bau badan kau busuk, sekurang-kurangnya dalam restoran mewah ni, ada icon" Aryan senyum sinis.

Aryan terus keluar dari perut kereta tersebut, lalu kakinya jalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu restoran tersebut. Ellysha yang didalam kereta itu, menarik nafas geram, wah.. mentang-mentang aku tumpang kereta kau. Kau boleh buat aku macam ni kan..

Ellysha memandang Aryan yang tengah menunggunya didepan pintu masuk restoran tersebut melalui tingkap depan. Dia mengambil beg galasnya dan hanya meninggalkan assignment di dalam kereta itu.

Kalau Ellysha ke kolej dia akan simpan telefon, dompet atau pun benda lain di dalam beg galas. Kalau dia pergi jalan-jalan dia akan pakai macam-macam jenis handbeg berjenama yang dihadiahkan oleh Marina.

Pintu itu dibuka lalu dia keluar dari kereta tersebut dengan bengang. Pintu kereta itu dihempas kuat sehingga boleh dengar bunyinya dari jauh, dia memandang Aryan, kelihatan Aryan sudah bengang. Kau buat aku marah tak boleh? Kau ingat aku tak boleh buat kau marah ke? Lagipun ni kereta kau, bukan aku ! Bisik hati Ellysha.

"Hey! Kau ni apahal? Kereta aku tu, pandai! Kau ingat murah ke? Ah?! Kalau rosak kau nak bayar balik ke?!" Tegas suara Aryan bertanya kepada Ellysha yang berwajah selamba tu.

Ellysha jalan je arah Aryan dia berdiri disebelah Aryan, mukanya menoleh ke arah Aryan sedikit, dan biji matanya dinaikkan keatas apabila lelaki itu lebih tinggi darinya, Ellysha tidak menongak kepalanya ke atas tetapi hanya memandang dengan biji mata, badannya pun tidak berpusing menghadap Aryan.

"Kau paksa aku makan dengan kau kan? So, kau tanggunglah sendiri kalau kereta kau rosak.. kalau rosak pun, takpayah bawak pergi baiki. Lagi bagus kalau beli je yang baru, kaya sangatkan" sindir Ellysha.

Habis sahaja kata-katanya, Ellysha terus melangkah pergi dari situ. Aryan menarik nafas, calm down Aryan, dia bakal isteri kau. Kau kena bersabar tau, ni baru sikit Ryan.. jangan mengamuk tau.

Aryan membuka pintu itu dan mencari dimana Ellysha duduk, sebaik sahaja nampak Ellysha terus dia pergi kepada Ellysha dan terus duduk diatas kerusi yang berhadapan dengan Ellysha. Pelayan datang dan Aryan terus oder air manakala Ellysha tak oder apa-apa pun.

"What do you want with me? Cepat sikit boleh tak? Do not waste my time. I want to go back!" Kata Ellysha tegas, dia tidak perduli langsung pelayan itu belum pergi.

Beautiful SufferingOù les histoires vivent. Découvrez maintenant