🍁 - Bab 30

3.8K 105 4
                                    

Ellysha menghembus nafas berat. Penat nak menyiapkan assignment yang banyak itu, jam tangan dipandang. Agak lama jugalah dia berada dikantin kolej kerana nak siapkan assignment. Barangnya dikemas dengan cepat. Dia nak kena cepat kerana dia datang kolej dengan Aryan hari ni disebabkan kereta dia rosak. Kalau lambat-lambat nanti bising pula lelaki itu.

Selepas siap mengemas barang, dengan pantas kakinya menuju ke arah pintu keluar kolej tersebut. Kakinya berhenti seketika kerana ingin mencari kereta Aryan tetapi matanya berhenti meliar mencari kereta Aryan apabila ada seseorang menyapa dia dari belakang.

Ellysha memusing memandang lelaki itu, wajah Ellysha sedikit terkejut melihat lelaki yang tidak dikenali sudah berdiri dibelakangnya, kakinya terundur sedikit. Boleh tahan handsome lelaki ni, tapi apa yang dia nak?

"Hai awak" lelaki itu senyum.

"Hai.." Ellysha senyum semula.

Tangan lelaki itu di sua kepada Ellysha tanda ingin bersalaman. Ellysha senyum sebelum menyambut tangan tersebut tetapi dia tidak hati apabila jari jemari lelaki itu meraba bahagian atas tapak tangan Ellysha.

"Cantik.." lelaki itu senyum lagi

Ellysha hanya senyum pahit. Tangannya ditarik

"Is there anything I can do to help you? Saya pun nak kena cepat ni.." beritahu Ellysha, dia hanya senyum kerana takut ada orang kata dia sombong pula. "Awak siapa?"

"Saya Harris Irfan.. saya belajar dekat sini juga dan senior kepada Ellysha. Saya tahu Ellysha tak kenal saya" Harris hanya senyum melihat kecantikkan wanita didepannya.

Ellysha sedikit pelik dengan Harris. Macam mana dia boleh tahu nama aku, dia stalk aku ke selama ni? Aku pun tak kenal dia langsung bisik hati Ellysha sendiri.

"You know me?" Soal Ellysha perlahan.

"Yes. Dah lama saya perhatikan Ellysha. Ellysha cantik orangnya, boleh kita keluar sama-sama lepas ni.. be a friend" Harris senyum kepada Ellysha.

Memang ramai lelaki perhatikan Ellysha selama dia ada di kolej itu. Bukan Ellysha sahaja tetapi Errysha dan Sophia sekali ada lelaki perhatikan kecantikan yang ada pada mereka bertiga tetapi Ellysha tidak sangka Harris berani menegurnya.

"Err.. jadi kawan boleh tapi saya tak bolehlah nak keluar dengan awak sebab saya pun tak kenal awak siapa.. Emm.. saya minta diri dulu sebab saya dah lambat" baru sahaja Ellysha nak melangkah pergi, suara Harris menghentikan langkahnya.

Ellysha tidak memandang Harris.

"Saya sukakan awak Ellysha" katanya.

Terkejut sedikit dengan kata-kata lelaki itu. Ellysha senyum pahit dan pusing memandang Harris dengan menghadiahkan senyuman kepadanya. Ellysha mula tidak sedap hati dengan kemunculan lelaki itu.

Kepala tak habis-habis mencari kereta Aryan. Beberapa saat kemudian, kereta Aryan betul-betul berhenti dihadapannya. Dia pun pelik juga kenalah papa nak kena paksa naik dengan lelaki yang bencikan dia.

Harris hanya memandang dengan wajah yang pelik, siapa lelaki yang menjemput Ellysha ni bisik hati Harris. Manakala Aryan juga sempat lagi memandang Harris yang tengah mememerhati Ellysha menuju ke arah keretanya.

Perlahan-lahan pintu itu dibuka, tubuhnya mula masuk ke dalam dan pintu itu dihempas sedikit kuat, Ellysha duduk dibahagian belakang kerana taknak dia duduk sebelah Aryan. Ni bukan Aryan yang tunggu dia tapi dia yang tunggu Aryan, kalau ikutkan dia dah balik lama dah cuma nak kena siapkan assignment. Errysha pula balik dengan Aydan.

"Hey! Kau ingat kereta kau ke nak kena hempas-hempas pintu tu macam tu? Banyak cantik muka kau!" Marah Aryan sengaja menegaskan suaranya.

"Sorry.." kedengaran Ellysha meminta maaf dengan suara yang agak perlahan. Bukan nak cari gaduh dengan Aryan tapi dia rasa tak sedap hati dengan Harris, rasa macam tak sedap hati.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now