🍁 - Bab 45

2.9K 75 1
                                    

Ellysha bermain dengan jari jemarinya. Dia kena beritahu yang dia masih ada ayah kepada Marina dan Amar, tapi dia takut kerana dah 10 tahun tipu mereka bahawa dia tak ada keluarga langsung selain Errysha. Tak akan dia nak terus tipu bakal mak bapak mentua.

Errysha yang ada disebelahnya dipandang sedikit. Errysha tengah berbaik dengan telefonnya tanpa memandang dia langsung, kaki Errysha digoyangkan sedikit dan semakin laju. Nampak sangat santai tu . Kakaknya tengah serabut.

"Wey! Kau rasa patut ke aku berterus terang dekat diorang yang kita masih ada ayah dan kita bukan anak yatim piatu? Patut ke?" Soal Ellysha dengan cemas. "tapi kita anak yatim"

Errysha menurunkan telefonnya itu dan dia memandang Ellysha perlahan-lahan, Ellysha pula hanya memandang muka tenang Errysha itu

"Patut dan itulah yang aku suruh kau beritahu dari dulu lagi. Tapi kau taknak dengar. So, kalau kau nak berterus-terang dengan diorang, aku taknak masuk campur" beritahu Errysha dengan selamba.

"Tapi aku takutlah nak beritahu mama yang kita kena halau sebenarnya. Dah 10 tahun kita tipu mama dengan papa ni, Rysha"

"Opshh bebeh.. kau silap" Errysha mengangkat jari telunjuknya "Kau yang tipu bukan aku. Aku sebagai adik yang bertanggungjawab, aku cuma tolong kau simpan rahsia je"

Ellysha jeling.

"Aku doakan kau tak kena marahlah kalau kau dah beritahu cerita yang sebenar dekat mama dan papa. Kalau kena marah pun, aku nak kau dengan aku sama-sama cari rumah sewa, kita merempat dekat sana pula" kata Errysha selamba. "Aku akan kemas barang"

Ellysha geram, bahu Errysha ditampar!

"Malaslah aku nak cakap dengan kau ni.. aku nak pergi dekat mama dengan papa dan aku nak berterus-terang sebelum aku jadi menantu diorang"

Errysha menoleh ke arah kakak kesayangannya itu.

"Kak.. aku rasa kau tak akan menderita sebab sebenarnya abang Aryan cintakan kau tapi dia ego. Dia nafikan yang dia suka kau, so kau tak payah nak fikir yang hidup kau akan derita lah bila dengan dia nanti.." Errysha senyum mengejek.

"Kalau kau nak Aydan tu jadi adik ipar aku. Aku terima je tapi kau jangan nak libatkan abang dia yang suka cari gaduh tu. Dia mana pernah sukakan aku. Dia tak layan aku pun. Hidup dia bahagia kalau nampak aku terseksa" bengang Ellysha. Kalau dengan Errysha bukan main baik lagi. Tapi sekali sampai dekat dia.. teruk betul layanan.

"Haa.. tulah aku pun nak kahwin jugalah kak tapi lepas kau kahwin aku akan kahwin juga, tapi aku taktahu bila, yang pasti lepas kau kahwin dengan abang Ryan" kata Errysha masih senyum mengejek.

Ellysha hanya menjeling dengan menyampah. Kakinya mula pergi dari situ dan dia menuju ke arah tangga, apabila sampai ditingkat bawah, dia mencari kelibat Marina dan Amar. Kakinya melangkah kehadapan sedikit demi sedikit sambil kepala menoleh kiri kanan. Ellysha mendekati ruang tamu yang tidak jauh dari tangga itu

Ellysha nampak Amar dan Marina sedang menonton televisyen dan berbual satu sama lain. Berbual apa pun dia tidak tahu, yang pasti dia nak berterus terang yang dia masih ada ayah, tapi dia tetap bencikan Qamal. Dia cuma taknak menipu bakal mak mentua, ingatkan bila besar dah boleh hidup sendiri tapi lain pula yang jadi.

Ellysha menghembus nafas berat dan perlahan-lahan dia menuju ke arah Marina dan Amar, nasib baik hari ini Aryan sudah pergi kerja dan nasib naik Kelas Ellysha start lambat lagi. Dia memandang kedua-dua pasangan suami isteri itu sebelum bersuara.

"Mama.. papa" panggil Ellysha

Marina dan Amar memandang Ellysha yang mendekati mereka dengan serentak. Cara percakapan Ellysha macam nak sesuatu atau nak beritahu sesuatu kepada mereka. Ellysha berdiri dihadapan mereka berdua.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now