🍁 - Bab 61

3K 94 3
                                    

Ellysha membuka mesej yang terdapat pada telefon bimbitnya.. semua mesej dibuka dan ada kawan-kawannya yang dia reply tetapi sebaik sahaja tiba ada satu mesej ini.. riak wajah Ellysha terus berubah apabila membaca.

Ellysha awak dekat mana? - Harris

Dah lama saya tak nampak awak dekat kolej - Harris

Awak tak sihat ke Ellysha? Awak sakit ke? - Harris

Awak ada mana sekarang ? Bagi location awak. Saya ambil awak. Kita pergi klinik ye, saya bawak awak. Saya risau awak sakit - Harris

Tolonglah balas mesej saya Ellysha, saya risaukan awak. Saya betul-betul cinta dan sayangkan awak - Harris.

Please reply mesej saya Ellysha - Harris.

Ellysha terus menutup mesej itu. Dia menghembus nafas berat. Masa dekat mall dulu kau genggam tangan aku sampai lebam , lepastu kau nak tunggu pula simpati kau dekat aku. Ehh simpang lah.. Dasar tak faham bahasa lah jantan ni. Naik rimas lah aku bisik hati Ellysha, kolam hadapannya ditenung tajam.

Kalau kau ada dekat sini dah lama aku smackdown kau masuk dalam kolam ni. Puas hati aku,  nasib baik aku tak pandai smackdown, kalau tidak Aryan pun dah kena lama dah.. tak pasal aku jadi balu sambung hati kecil Ellysha.  Kolam itu ditenung sambil mengelamun.

Tiba-tiba datang satu suara menyapa dari belakang.

"Best dapat jadi isteri abang Ryan?" Soal wanita itu.

Ellysha menoleh wanita itu sekilas, dan kembali pandang ke hadapan. Perangai tak ubah macam Rashida ! Suka hati aku lah nak rasa best ke tidak. Kalau aku kata best. Meroyan kau sat lagi. Entah-entah tak jumpa jangan balik, tau tau ada dekat rumah sakit jiwa bisik Ellysha. Ellysha tidak menjawab soalan itu, dia kekal mendiamkan diri.

Cara dia menyapa Ellysha semasa dipermukaan pintu tadi pun, Ellysha dah dapat agak perangai perempuan ni macam mana.

"You ni memang bisu ke? Ke tak faham soalan? Atau you ni macam lembu cucuk hidung. Kena seksa dulu baru nak jawab?" Soal Aulia dengan tenang tapi dalam nada yang tegas sambil berpeluk tubuh. Ellysha dipandang tajam. 

Ellysha masih diam. Sakit hati juga dengar kata-kata tu. Dalam masa yang sama, Aulia juga sakit hati dengan Ellysha yang membeku.

"You ni, mak you dulu tak ajar you ke ? Kalau orang tanya kena balas dengan jawapan? Mak you tak ajar eh? Ke you tak ada mak? Malang betul Abang Ryan dapat you" kata Aulia lagi.

Ellysha cuba tahan kemarahan, dia pantang betul kalau ada orang main mak-mak ni. Ibu dia dah tak ada, dah 12 tahun Emma tinggalkan dia. Bila ada yang sebut-sebut ni, menaikkan amarah dia. Sebut tentang kebaikan tak apa lah juga. Ellysha cuba kawal diri.

"Mak-mak tak main lah"  hanya itu yang dikatakan Ellysha. "Alamak aii"

"Ouh marah? Jadi betul lah mak you tak ajar you cara nak jawab soalan bila ditanya? Ke mak you sama je perangai macam you? Bodoh orangnya, Orang tanya diam , mak you dengan you mesti sama-sama blurkan? Sayangnya, hidup menumpang macam you ni, memanglah bodoh. Mak you mesti menumpang kasih juga" sengaja wanita itu nak sakitkan hati Ellysha. "Mak you mesti tak ajar you, atau tak mampu nak bayar kos persekolahan you. Sebab tulah bendul" - Aulia

Mak kau, mak kau.. tak ada perkataan lain ke..

Ellysha melepaskan pelukkan dari tubuhnya. Terus wajah Aulia dipandang tajam . Kalau ikutkan hati, dia nak je letak kaki dia pada mulut betina ni, biar dia rasa sedap ke tak dapat kaki perempuan hidup menumpang ni. Pantang betul orang main mak bapak !

"Kau pulak macam mana? Mak kau tak ajar kau cara nak beradab? Mak kau tak ajar kau ke nak tegur orang tu mulakan dengan assalammuaaikum? Mak kau tak ajar kau nak bercakap lemah lembut dengan orang yang tak kenal? Mak kau tak ajar kau hormat menghormati orang ke?" Balas Ellysha semula. Dia betul-betul marah dengan kata-kata Aulia. Marah bila dia libatkan arwah ibu.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now