🍁- Bab 83

4.9K 132 5
                                    

Arwah Qamal telah selamat dikebumikan petang tadi. Selepas selesai membaca doa. Mereka semua mula pulang ke rumah tetapi Ellysha tidak mengikut Aryan malah dia mengikut Rashida. Sudah lama dia tidak kena sana.

Ellysha tidak mahu ikut Aryan, sampai bila-bila pun taknak. Dia benci tengok muka suami sendiri. Lepas apa yang sudah berlaku, cukuplah Ellysha bersabar. Walaupun Ellysha tetap bersabar apabila Aryan berkasar dan masih lagi melayan lelaki itu dengan baik, Aryan tidak pernah menghargai. Buat apa dia nak bersama lelaki itu lagi.

Setiba je dirumah, perlahan-lahan kaki Ellysha melangkah masuk dengan kaki kanan mendahului dan mulut yang memberi salam. Kawasan rumah itu dipandang sekeliling, banyak perubahan, last dia tengok pun masa umur dia 12 tahun.

"Ell masuklah duduk. Mak nak buat air dulu.. lagipun mesti Ell dengan Rysha masih ingat selok belok rumah ni kan?" Rashida meletakkan handbag di atas meja sambil tersenyum.

Ellysha dan Errysha hanya mengukirkan senyuman.

"Mak nak pergi dapur dulu.." Rashida berlalu pergi.

Lantas Errysha menyambut lengan Ellysha dan memeluk lengan itu. Mulutnya didekatkan pada telinga Ellysha, untuk berkata sesuatu.

"Banyak berubah kan, Kak.." hanya itu sahaja yang Ellysha kata, sambil mata merayau-rayau sekeliling.

Ellysha tidak menjawab. Kakinya terus melangkah pergi ke sofa. Penat dia berdiri lama-lama, Errysha mengejar langkah Ellysha , lalu melabuhkan punggungnya. Ellysha mengeluh letih dan dia memandang Errysha apabila gadis itu bersuara.

"Lepas ni, aku kena datang ulang-alik rumah ni dengan rumah mama sorang-sorang lah.. kau tak ada.." ujar Errysha perlahan dan secara tiba-tiba.

Ellysha berkerut dahi..

"Kenapa aku tak ada? Aku dah nak mati ke? Kau tu kalau nak pergi mana-mana dengan aku lah. Kalau kau nak ke rumah mama, aku ikut. Rumah ayah, aku ikut juga. Aku ada kan.. tak ada maknanya kau sorang-sorang" balas Ellysha sambil bersandar, dahinya diurut sedikit.

"Eh? Kau lupa atau kau nyanyuk? Sejak kau kahwin dengan abang Ryan, kau mana pernah ikut aku ke sana ke sini. Lupa? Aku pergi sorang je selalu.. kadang-kadang Aydan teman" Beritahu Errysha sempat lagi menjeling Ellysha.

Ellysha mengeluh berat. Rasa membahang.

"Kau jangan sebut nama dia, aku benci dengar. Aku tak akan balik sana dah.. tak akan ! Lepas ni, kalau kau nak ke mana-mana, pergi dengan aku. Aku ikut, kau pun ada peneman" balas Ellysha kasar. Muka Ellysha jelas marah.

"Kau jangan macam-macam kak. Kau kena lah balik, nanti abang Ryan kata apa pula, lagi pun kau berbadan dua dah sekarang. Buat keputusan tu, fikir dulu.." Errysha menjeling Ellysha atas bawah.

Ellysha menoleh ke arah Errysha.

"Kau tu dah lah suka bertindak sebelum berfikir.." sambung Errysha dalam nada yang memerli.

"Kalau aku berbadan dua ke tiga ke, berbadan sepuluh sekalipun tak ada kena dengan Aryan. Dia tak peduli pun. Aku taknak duduk dengan dia, tak pasal-pasal aku jadi mangsa pukul dia, tau tau gugur" kata Ellysha tidak berlapis.

Errysha menahan geram.

"Ishh kau ni kak.. mulut suka cakap lepas. Kau tahu tak kata-kata tu satu doa? Lagipun abang Ryan kan dah menyesal. Kau bagilah dia peluang.."

"Peluang apa?! Peluang untuk dia maki hamun aku lagi? Hah? Selama ni aku minta maaf, aku nak bercerita perkara sebenar, dia tak bagi aku peluang pun. Malah, dia marahnya aku sebab bising, kacau dia, sibuk hal dia. Kalau dia tak bagi aku peluang, kenapa aku nak bagi dia peluang?" Balas Ellysha kasar.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now