🍁 - Bab 8

2.9K 109 1
                                    

Rashida yang menonton televisyen itu mula berasa rimas apabila Awati tidak habis-habis memanggilnya. Dengan kasar dia bangun, Rashida mendekati bilik perempuan yang kelihatan sangat sakit itu dengan muka yang menyampah!

"Ida.. tolong Ummi pergi tandas kejap. Tolong pimpin ummi.." Awati meminta tolong wanita yang digelar menantu itu dengan lembut.

"Aku malas lah! Kau bangunlah sendiri, kau suka sangat kacau aku tengok tv kenapa?!" jawab Rashida dengan kasar sambil berpeluk tubuh, dia malas betul nak melayan kaenah orang tua itu.

"Tapi ummi tak larat nak jalan sendiri.."

"Kalau tak larat tak payahlah pergi tandas. Kencing je dekat situ, lepastu suruh cucu kesayangan kau tu basuh najis kau! Jangan nak menyusahkan aku!" Marah Rashida tanpa rasa bersalah.

"Sampai hati kamu buat ummi macam ni..!"

"Bangun jelah sendiri! Jangan nak menyusahkan orang boleh tak?! Bukan susah pun nak bangun kan? Kau tahu tak aku jijik dengan kau.. setiap kali mesti nak minta tolong aku untuk ke tandas. Kaki ada kan?!" Marah Rashida lagi.

Awati hanya menahan perasaan. Matanya sudah berkaca, dengan perlahan-lahan dia cuba bangun. Dia dapat duduk dan dia cuba untuk turut dari katil tersebut, perlahan-lahan dia meletakkan kakinya yang lemah itu diatas lantai. Rashida hanya memerhatikan sambil memeluk tubuh.

Awati memegang dinding supaya dapat membantunya bangun. Lambat-lambat kemudian dia berjaya juga untuk bangun, perlahan-lahan dia cuba untuk menuju ke tandas. Rashida yang memandang itu tiba-tiba sahaja ada idea untuk meneruskan rancangannya.

Rasanya rancangannya boleh kut jadi sebab orang tua ni jadi lambat sangat kalah kura-kura! Kura-kura laju lagi dari Awati, Rashida pergi dari situ dengan pantas dan dia menuju ke arah Ellysha dan Errysha yang tengah buat kerja di luar.

Ellysha dan Errysha mengemas dikawasan luar rumah, kasut Rashida dan Syafiq di susun dengan kemas, kawasan parking kereta itu disapu sehinga bersih oleh Errysha manakala Ellysha sedang menyidai baju dan menyiram pokok kegemeran Rashida yang tidak ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ellysha dan Errysha mengemas dikawasan luar rumah, kasut Rashida dan Syafiq di susun dengan kemas, kawasan parking kereta itu disapu sehinga bersih oleh Errysha manakala Ellysha sedang menyidai baju dan menyiram pokok kegemeran Rashida yang tidak jauh dengan Errysha.

Semasa Errysha tengah menyapu kawasan itu, dia teringat sesuatu dan dia seperti mengira sesuatu menggunakan jarinya. Terukir senyuman dari mulut Errysha, dia memandang Ellysha yang tengah sibuk itu. Kelihatan Ellysha seperti tidak tahu hari ini hari apa..

"Kak.. kau tahu hari ini hari apa?" Soal Errysha dengan senyuman, dia mendekati Ellysha yang sibuk menyidai baju tersebut.

"Hari apa? Ouh.. hari ni hari ahad.. esok baru nak start sekolah. Kenapa? Hah ni.. kau dah kemas belum barang sekolah kau?" Soal Ellysha memang tidak tahu apa-apa.

"Kakak.. takkan lah kau tak ingat hari ni tarikh berapa.. seriuslah kau tak ingat?" Soal Errysha dengan pelik, wajah Ellysha dipandang.

"Tahulah.. kenapa?" Soalnya selamba

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now