🍁 - Bab 15

3.9K 126 3
                                    

Aryan memandang semua orang yang berada dihadapannya sambil berpeluk tumbuh sebelah kakinya diangkat lalu diletak diatas kakinya lagi satu, Aydan adiknya dipandang, Aydan tak habis-habis tersenyum.

Kemudian kedua-dua orang tuanya dipandang saling berganti. Kenapa dia tak tahu pun yang mama dengan papanya nak bawak balik budak perempuan dalam rumah itu, siapa mereka?

Aryan dan Aydan hanya mendengar cerita daripada papanya. Berubah muka dia dan adiknya apabila dengar kisah hidup kedua-dua perempuan didepannya itu. Sedih betul hidup korang bisik hati Aryan tetapi dia tidak kisah pun, Aryan tengok muka mereka pun tak suka, selekeh.

"Itu tak bermakna papa boleh bawak balik orang sesuka hati kan?" Soal Aryan dengan tegas kepada papanya.

"Alaa.. abang.. takpa lah. Kita ada kawan nanti.." Aydan menampar bahu abangnya manja sambil tersenyum kepada mereka.

"Perempuan? Kau nak kawan dengan perempuan ke?! Tak malu dengan kawan-kawan kau?" Soal Aryan kasar, nampaknya dia tidak suka dengan kemunculan kedua adik-beradik itu, dia menjeling kasar.

"Ryan.. jaga adab" tegur Marina.

Aryan menjulingkan matanya..

"Korang nak apa dari keluarga aku sebenarnya? Mesti ada niat jahat.. kan?" Soal Aryan kasar sambil berpeluk tubuhnya.

Ellysha yang memandang itu mula naik menyampah. Berlagak, sombong, tak kawan dengan perempuan konon. Benci aku orang perangai sombong macam kau bisik hati Ellysha.

"Siapa nama korang?" Aydan senyum.

"Ellysha dengan Errysha" jawab Ellysha tenang.

Amar memandang Ellysha dan Errysha.

"Nak kena panggil apa? Elly? Sha? Rysha atau apa?" Soal Amar kepada mereka dengan senyuman.

Aryan yang memandang itu menjeling menyampah. Baru je jumpa, dah bawak balik budak ni.. entah-entah nak kikis harta bapak aku bisik hati Aryan.

"Qaira dengan Qisya.." jawab Ellysha selamba, nama mana entah yang direka, Errysha juga pelik dengan nama itu.

Ellysha tidak mahu orang memanggilnya dengan namanya sebelum ini. Dia ambil keputusan, nak orang panggil dia dengan nama yang lain. No Ell, Rysha anymore. No Elly dan Erry anymore! Jika tidak mereka akan teringat dekat lelaki yang sudah tidak anggap mereka anaknya. Jika, suruh panggil Elly dan Erry, mereka akan teringat arwah ibu.

"Aik.. jauhnya beza.." tegur Marina

"Ellysha Qaisara dan Errysha Qistina" jawab Ellysha ringkas, malas nak terang panjang-panjang tentang namanya, so fikirlah sendiri lebih kurang je..

"Tu pun ada beza kan?" Tegur Aydan pula.

"Gila.." kata Aryan sendiri dan dia ketawa sedikit walaupun menyampah dengan mereka, sejujurnya dia tidak juga dengan Ellysha dan Errysha. Siapa pun dia tak kenal, tiba-tiba kena tinggal bersama buat selamanya.

Ellysha memandang tempat lain apabila Aryan memandangnya. Aryan sebenarnya masih tidak puas hati dengan Ellysha kerana Ellysha buat muka macam tak bersalah selepas dia simbah air dekat muka Aryan. Kau bukan nak minta maaf ke apa..

"Papa dah cerita semua dekat Aryan dengan Aydan kan macam mana papa jumpa lepas macam mana kisah diorang kan..? Harap korang dapat terima adik beradik korang yang baru ni okey. Papa akan anggap diorang macam anak papa sendiri.." beritahu Amar kepada anaknya.

"Okey!" Jawab Aydan dengan ceria.

Aydan berumur 11 tahun, dan dia dengan Aryan umur beza 5 tahun. So, kalau lihat Aryan jenis yang matang lagi dan serius orangnya.

Beautiful Sufferingजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें