🍁 - Bab 20

3.8K 104 1
                                    

Aryan memandang Ellysha dan Errysha yang menaiki tangga itu, baru selesai makan. Apabila mereka sampai sahaja dekat dengan Aryan, terus kaki Aryan diangkat untuk halang jalan mereka. Ellysha terhentikan langkahnya secara mengejut, manakala Errysha yang dibelakang itu terlanggar belakang Errysha yang berhentik tiba-tiba.

Aryan dipandang dengan pantas, kelihatan diwajah lelaki itu hanya riak biasa sahaja seperti pembuli disekolah rendah. Kelihatan mukanya memang sengaja ingin menghalang jalan itu, opss lebih jelas lagi, sengaja cari pasal!

"Kau kenapa?!" Tanya Ellysha kasar.

"Kau dah google dah apa yang aku suruh kau Google? Ke kau masih tak reti cara nak pakai phone tu? Tadi aku ajar kau pakai mata ke lutut ke hidung ke telinga ke kaki?" Sengaja Aryan bertanya soalan tersebut.

Ellysha hanya menahan geram

"Kenapa kau tak kikis duit orang lain? Kenapa kau nak kikis duit mama papa aku juga? Kau memang sengaja nak menghadap muka masalah dari aku kan?"

"Apa yang kau merepek ni? Aku bukan nak pun harta mama papa kau. Aku taktahu apa-apa pun pasal duit, harta atau benda lain. Aku muncul dalam rumah ni pun sebab papa kau yang paksa kitorang itu dia" beritahu Ellysha dengan jujur.

"Wah! Pandai makbapak kau ajar kau cara nak menipu. Kagum betullah aku, kecil-kecil dah pandai" Aryan senyum "Bukan tu je bapak kau ajar kau, dia ajar kau cara nak mencuri sekali kan?"

"Hey! Makbapak takpayah nak mainlah!"

"Marah?.."

"Tak ade lah! Happy gila bila kau libatkan makbapak aku!" Sindir Ellysha dengan senyuman yang pahit, tajam matanya memandang Aryan yang kaki dia masih lagi menghalang jalan mereka.

Aryan menahan geram, marah

"Aku nak kau keluar dari rumah aku sebelum aku yang halau kau dari rumah aku sendiri" Aryan memberi amaran.

Errysha dah mula menunduk kepala apabila Aryan memandang tidak suka dengan kehadiran mereka. Mereka pun tidak minta ini semula berlaku. Tangan kakaknya dipegang.

"Tapi.. aku tak boleh nak halau kau sebab bapak aku sukakan kau kan.. tapi tak ape.." Aryan senyum "Aku akan fikir cara lain untuk halau kau cari rumah aku"

"Kenapa susah sangat kau nak percayakan kitorang?" - Ellysha

"Entah. Aku nampak dekat muka kau ada yang jujur ada juga yang menipu, kau memang ada tipu aku dengan keluarga aku apa-apa ke sampai hati aku takdapat nak terima kau?" Soal Aryan tenang.

"Lantak kaulah nak percaya ke tidak.."

"Aku nak kau tahu benda ni je. Aku benci kau dan aku tak akan terima kau duduk dalam rumah aku untuk kesenangan kau. Kau kena ingat, penipuan kau ni akan terbongkarkan juga nanti. Aku akan pastikan kau kena halau masa tu dan aku akan buat keluarga aku bencikan kau, Ingat!" - Aryan

"Kau jangan cuba untuk buat apa-apa dekat rumah aku. Ikutkan aku nak layan kau macam kau buli batak dalam rumah ni tapi aku taknaklah aku pula yang kena marah nanti.. aku nak kau ingat sampai bila-bila, aku benci kau" - Aryan

"Aryan.. berapa kali kau nak ulang?"

"Kalau boleh berjuta kali.. takut masuk telinga kanan keluar telinga kiri pula kan.. aku nak ulang sampailah kau muak dengar"

"Sekarang ni pun aku dah muak tau, meluat pun ada bila kau ulang ayat yang sama. Aku benci kau, aku benci kau. Tak ada yang lain ke bila kau nak sampaikan yang kau benci aku selain aku benci kau?" Soal Ellysha dengan selamba.

"Kau jangan nak sakitkan hati aku, Ell!"

"Qaira lah! Panggil aku Qaira, kau jangan nak cari pasal dengan aku boleh tak? Sekarang ni aku tak rasa pun yang aku sakitkan hati kau tapi kau yang sakitkan hati aku!" Beritahu Ellysha kasar.

"Baguslah kau sakit hati, aku suka.. aku nak kau sakit sampai kau masuk hospital, kalau boleh sampai kau mati pun tak pe sebab aku benci kau, wahai Ellysha!" Beritahu Aryan dengar sengaja lagi, dia senyum suka.

"Lagi sekali kau panggil aku Ell atau Ellysha atau Lysha. Aku tak akan toleh bila kau panggil aku, kau kena ingat tu. Mampus dekat kau lah bila orang nak ingat kau gila ke apa sebab cakap sorang-sorang!"

"Kau taknak toleh? Ada aku kisah?"

Ellysha menahan marah dan benci, dia ingat dia sorang je ke benci aku, aku pun benci dialah! Benci dengan cara Aryan, Ellysha menarik tangan Errysha yang memang mendiamkan diri itu. Baru je nak gerak, dia baru perasan yang kaki Aryan masih dekat situ.

"Kau tolong aleh kaki busuk kau boleh? Aku bau kaki kau pun dah rasa nak pengsan kalau kau redang kaki kau dalam kolam mesti ikan tu mati.. so tolong aleh kaki busuk kau boleh?" Soal Ellysha seperti kanak-kanak yang matang.

"Boleh tapi aku nak kau cium kaki aku dulu.." balas Aryan sambil senyum, kakinya dan Ellysha dipandang saling berganti. Mesti wangi ni!

"Tak kelakar tau.."

"Aku tak gelak pun.." - Aryan

Ellysha tahan geram dan marah.

"Maklumlah orang yang aku benci kenalah cium kaki tuan rumah dia dulu sebelum nak masuk dalam rumah tuan rumah kan?" Aryan senyum

"Ajaran sesat mana kau ajar aku ni? Arwah ibu aku cakap benda yang kau suruh buat tu bukan baik tapi biadab, biadab sangat!" Beritahu Ellysha dengan berani.

"Kau ada nampak aku kisah ke pasal kau? Kalau kau nampak dekat muka aku ni, aku tak kisah langsung pasal kau. Kalau kau kena langgar pun suatu hari nanti, aku orang pertama yang akan gelak dekat kau tau.." - Aryan

Aryan buat muka selamba, baru sahaja dia nak halang dekat lebih lagi, dia terdengar suara mamanya memanggil dia. Ellysha dan Errysha dipandang dan sempat lagi dia berpesan yang dia dengan adik beradik itu belum settle lagi. Ellysha hanya diam sahaja.

















_________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now