🍁 - Bab 37

3K 93 0
                                    

Kaki Ellysha berjalan dengan pantas menuju masuk ke kawasan kolej tersebut. Dia ingin mencari Errysha, baru sahaja dia jalan beberapa langkah masuk ke dalam kolej. Dia dah nampak Errysha bersama dengan Aydan yang tengah menuju ke arah pintu keluar.

"Qisya!" Panggil Ellysha sedikit jerit.

Errysha yang berbual dengan Aydan itu terus memandang ke arah suara yang terjerit tersebut. Semasa memerhatikan sekeliling kawasan itu, dia nampak Ellysha tengah berjalan ke arah mereka dengan wajah yang serius, tiada senyuman langsung. 

Kaki Errysha jalan mendekati Ellysha yang semakin hampir itu. Dia dengan Aydan saling memandang satu sama lain kerana terasa pelik disitu. Ellysha dah kenapa dan kenapa dia tak pulang lagi?

"Eh..kak. kau bukan dah balik ke sekarang ni? Kenapa kau still ada dekat kolej ni? Abang Ryan tak ambil kau lagi ke?" Soal Errysha pelik sedikit.

"Jom kita balik sama-sama.." ringkas Ellysha hanya tersenyum hambar kalau dia tarik-tarik Errysha, mesti Aydan akan busybody, dia kena beritahu Errysha tentang Syafiq!

"Tapikan kak Qai balik dengan abang.. Kalau dia tak datang lagi macam mana? Nanti dia datang tengok akak tak ada. Dia bising pula" beritahu Aydan.

"Dia dah tahu. Jom" jawabnya bersahaja

Baru sahaja Ellysha ingin melangkah pergi, namanya dipanggil oleh seseorang dari jauh terus kakinya terhenti. Matanya meliar satu kawasan untuk mencari suara tersebut kemudian, matanya terpandang ke arah Harris yang sedang lari ke arahnya.

Ellysha sudah buat muka menyampah. Satu masalah dah ada.. tambah pula lagi satu masalah. Bila masalahlah semua ni nak pergi tinggalkan dia!

"Hai, Ellysha. Awak nampak cantik" katanya

Ellysha memandangnya dengan pelik. Bukan tadi kau dah tegur aku ke? Kenapa kau tegur lagi? Aku pakai baju yang sama je kut Bisik hati Ellysha. Aydan dan Errysha hanya melihat pelik

"Awak tak balik lagi ke?" Soal Ellysha

"Belum lagi sebab saya ada kelas tambahan" jawab Harris senyum kemudian dia memandang Errysha yang tidak jauh darinya "Hai Errysha. Awak pun nampak cantik hari ni.."

Errysha yang dengar itu apa lagi? Mula kembanglah dia. Siapa tak suka kalau dipuji kan? Errysha senyum malu, manakala Aydan yang memandang itu tiada langsung senyumannya. Errysha aku punya! Bengang Aydan.

"Terima kasih.." Errysha senyum suka.

Aydan menjeling Errysha yang tersengih sendiri itu, lengan Errysha dia siku sedikit. Errysha yang tak faham apa itu hanya pelik, cemburu ke? Dia membalas pandangan Aydan tetapi hanya jelingan sahaja yang Aydan beri.

Suatu malam tu, Ellysha ada beritahy yang Aydan sukakannya tetapi Ellysha tidak percaya. Bila Aydan sendiri beritahu yang Aydan sukakan dia, Errysha terus terima sebab Errysha pun turut sukakan Aydan. Bila dah couple ni, diorang macam tak boleh berpisah, berkepit je tahu.

"Ellysha saya nak cakap dengan awak sekejap boleh? Saya betul-betul nak cakap dengan awak sekarang. Mungkin tak penting bagi awak, tapi ia penting bagi saya" kata Harris

"Err.. Harris. Saya bukan taknak cakap dengan awak tapi saya nak kena balik sekarang ni. Saya datang sini semula pun sebab nak cari adik saya, mama saya dah tunggu dekat rumah" bohong Ellysha hanya menghadiahkan senyuman palsu.

"Please Ell.."

Ellysha memandang Errysha dan Aydan yang melihat mereka pelik. Mesti nak beritahu yang dia sukakan aku lagi ni.. rimas betullah. Errysha senyum ke telinga dan tangannya membuat daya halau, menyampah Ellysha dengan sikap adiknya yang memerli itu..

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now