🍁 - Bab 71

2.9K 99 41
                                    

Kerana sakit badan yang terlampau. Ellysha terpaksa juga menghadirkan diri ke klinik tapi hanya keseorangan. Dia tahu Aryan sibuk bekerja , jadi dia taknak ganggu.

Dia nak keluar pun dia sudah meminta izin tapi tak beritahulah ke mana pergi. Ellysha hanya diam sahaja dibilik doktor itu. Hanya menunggu kemunculan semula doktor itu.

Beberapa minit kemudian, barulah dia nampak doktor yang memeriksanya tadi datang semula dengan senyuman. Ellysha membalas senyuman itu.

"Boleh saya tahu saya sakit apa? Lately ni saya memang asyik rasa pening-pening, sakit badan.. lepastu nak termuntah. Kenapa eh?" Soal Ellysha dah risau sangat tengok diri sendiri.

"Tak ada apa-apa yang serius . Puan sihat dan tak ada apa-apa penyakit. Dan.. saya nak ucapkan taniah" doktor wanita itu senyum pada Ellysha.

Ellysha dah pelik. Dahinya berkerut. Taniah bendenya, aku sakit boleh kata taniah. Dia perli aku ke apa bebel Ellysha dalam hati. Tapi dia hanya menenangkan wajah.

"Err taniah untuk apa eh? Saya tak ada buat apa-apa pun" soal Ellysha dengan wajah yang tertanya-tanya. Sejak bila aku menang anugerah ni? Anugerah apa pula?

"Sebenarnya, puan dah mengandung 3 minggu dan kandungan puan dalam keadaan sihat" balas sang doktor.

Ellysha terkaku mendengar sehingga tiada reaksi, serius dia agak terkejut dan tak tahu ingin membalas apa. Matanya mula berkaca, senyuman juga terukir.

"Se..serius ke ni doktor? Saya mengandung?" Soal Ellysha untuk kepastian.

"Ye puan Ellysha. Kesan pening-pening, muntah-muntah tak ada membawa effects yang teruk pun. Itu hanya normal untuk ibu mengandung" balas Doktor wanita itu sambil senyum manis.

Ellysha diam seketika. Dia betul-betul terkejut.

"Lepas ni puan kena jaga makan dan tak boleh buat kerja berat demi keselamatan kandungan, puan" sambung doktor itu.

"Terima kasih, doktor. Kalau tak ada apa-apa, saya pulang dulu" kata Ellysha dengan ramah.

Ellysha bangun dari duduknya, dia menuju ke pintu. Setitis air matanya jatuh membasahi pipi, cepat-cepat dia sapu. Dia betul-betul rasa seronok, gembira dan tak sabar untuk memberitahu Aryan berita gembira ini.

Aryan tersipu senyum disebalik telefon bimbit itu sambil menunggu seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aryan tersipu senyum disebalik telefon bimbit itu sambil menunggu seseorang. Sebelum orang yang dinanti itu sampai sempat lagi mengangkat telefon tercinta.

"Ye sayang, nanti abang balik lah. Tak sabar-sabar ni kenapa? Ada apa apa ke ni? Bukannya apa tak balik kan?" Soal Aryan dengan lembut.

Dia ketawa sedikit..

"Ye.. Abang janji abang balik awal, okay" balas Aryan. "Sayang tunggu abang"

Akhirnya talian dimatikan. Aryan menutup telefonnya dengan mulut masih tersenyum lebar. Dia menghirup air di kedai itu sambil terfikir sang isteri, Ellysha sekarang makin manja tak sama masa dulu. Aryan makin suka..

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now