🍁 - Bab 38

2.9K 89 2
                                    

Syafiq berlari anak menuju ke arah Rashida yang sedang menjerus bunga kesayangannya itu. Disebabkan terlalu penat berlari, nafasnya naik turun. Rashida memandang ke arah anaknya dengan wajah yang agak pelik. Tidak pernah pula Syafiq lari macam ni kalau lepas balik dari kerja.

Ada surprise untuk aku ke? Mybe gaji Syafiq dan masuk dan mybe Syafiq nak ajak aku keluar. Ni lah yang buat aku sayangkan anak aku ni.. bisik hati Rashida, lalu terus menutup paip air tersebut.

"Mak... Mak!" Syafiq pun tiba didepan maknya

Rashida memandang muka Syafiq, mukanya agak gelisah. Takkanlah nak ajak aku keluar pun nak kena gelisah, panik, cemas macam tu kut bebel Rashida di dalam hati.

"Mak.. Fiq ada benda nak beritahu mak ni.. benda ni sangat penting mak!" Kata Syafiq kepada Rashida dengan nafas naik turut akibat kepenatan.

"Cakap jelah"

"Tadi dekat dengan tempat kerja Fiq kan.. Fiq jumpa.. Fiq jumpa Ellysha mak! Ellysha Qaisara, anak ayah!" Beritahu Syafiq terdahulu..

Rashida agak terkejut mendengarnya, muka yang biasa bertukar menjadi berkerut. Hatinya rasa tidak sedap hati manakala pelbagai soalan yang keluar dari fikiran Rashida.

"Mak.. tapi Fiq dah minta maaf dengan dia. Dia cakap dia tak maafkan kita mak.., ayah dia sendiri pun dia dah benci. Fiq bersalah dengan dia mak.. Fiq nak kena beritahu ayah.."

"Kau jangan beritahu Qamal pasal ni.. kalau kau beritahu dia yang kau dah jumpa anak dia! Aku tak mengaku kau anak, kau tahu kan yang aku tak suka dengan budak-budak tu!" Potong Rashida dengan pantas, suaranya agak kasar dan tegas.

Bagi Syafiq dia betul-betul terkejut dengan kata-kata mak dia sendiri. Kalau dia beritahu Qamal yang dia dah jumpa adik beradik tirinya, mak dah tak mengaku anak.. kenapa mak benci diorang sampai macam ni sekali? Mak ada kisah silam dengan keluarga diorang ke dulu? Setahu aku tak ada Bisik hati Syafiq.

"Mak!" Suara Syafiq meninggi "Kenapa mak benci sangat dengan diorang mak? Dah 10 tahun tahu tak?! Banyak dosa kita dengan diorang.. ni lah masanya nak pergi minta maaf dengan diorang mak.. ajal tak kira usia!"

"Kalau kau tak dengar cakap aku.. aku boleh buat benda yang sama dekat kau macam mana aku buat dengan anak Qamal tu walaupun kau anak kandung aku! Aku tetap akan buat benda yang sama kalau kau nak bake up diorang!"

Air mata lelaki itu mula jatuh..

"Sampai hati mak.. Fiq cuma nak diorang maafkan kita je mak.. kita banyak buat salah dengan diorang, buat dosa. Apa yang mak buat dulu, pisahkan anak dengan ayah sendiri dah berdosa tahu tak! Kalau diorang tak maafkan kita macam mana?!"

"Aku tak kisah langsung hidup diorang macam mana.. baguslah kau cakap tadi kan? Dia bencikan kita dan tak mengaku kita keluarga dia kan? Bagus sangat. Aku suka.. Fiq, kau kena tahu.. aku cintakan ayah dia dan aku bencikan anak dia.."

"Walaupun dah 10 tahun.. mak masih dengan peragai mak yang dulu.. mak tahu tak mak semakin tua sekarang ni, berubah lah.. patutlah abah ceraikan mak!" Kasar suara Syafiq.

"Kau jangan biadab dengan aku Syafiq! Sebelum seorang ibu tak mengaku kau anak, sumpah yang kau hidup tak aman, haramkan susu dari badan aku! Kau hidup merana tahu tak?! Jadi jangan cabar aku!" Kasar Rashida.

Semakin laju air mata Syafiq apabila maknya sendiri berkata begitu kepadanya. Mukanya kelihatan kacak itu.. sekarang ni.. hanya menghadiahkan muka yang kemerahan.

Dengan perasaan yang sangat marah.. Rashida menuju ke arah pintu masuk dan hanya meninggalkan anaknya yang tengah menangis diluar. Syafiq cuba untuk kuatkan dirinya sendiri, dia sayangkan mak dia dan dia taknak dinamakan anak derhaka.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now