🍁 - Bab 59

3K 101 3
                                    

Selesai sahaja solat isyak selepas makan tadi, Marina dan Ellysha menonton television bersama-sama sambil berbual, yang penting tak ada Aryan di situ! Berapa minit berbual , muncul Aydan yang entah dari mana sambil ditangannya memegang gelas air milo dan terus duduk diatas sofa empuk itu.

Telefon bimbit ditangan dimain oleh Aydan. Aydan hanya mengabaikan mereka berdua dan mereka berdua hanya mengabaikan kehadiran Aydan. Aydan leka bermain telefon. 

Marina mula teringat sesuatu .. dia perasan sebenarnya dan terus menoleh ke arah Ellysha.

"Qaira.. mama nak tanya boleh?" Soal Marina.

"Tanya je la mama.. kenapa nak kena minta izin pulak?" Soal Ellysha pelik tetapi masih dalam senyuman, mamanya dipandang.

"Hm.. Qai dengan Ryan masih tidur asing bilik ke?" Soal Marina keliru.

Ellysha sedikit terkedu tapi tidak terkejut. Aryan pernah kata pada dia, kalau mama tanya, dia lah kena jawab.. so, apa nak terkejutnya.

"Haah mama.." jawab Ellysha ringkas.

"Kenapa? Kan lebih bagus ada disisi suami" kata Marina dengan lembut "Atau semalam kamu bergaduh dengan Aryan? Dia buat apa dekat Qaira?"

Ellysha mengangkat badannya..

"Tak.. tak ada lah mama. Mana ada gaduh"

"Habis tu kenapa Qai tak duduk sekali Aryan?" Marina cuma ingin tahu, dia sedikit curiga. Mereka nampak mesra tapi kenapa masih tidur berasingan? Logik ke alasan kalau Errysha nak berteman?

"Qaira cuma belum ambil barang nak pindah bilik Ryan.. tadi pun baru pindah sikit-sikit" bohong Ellysha dengan senyuman..

Aydan yang dengar itu terus bersuara.

"Tapi akak boleh je tidur dengan abang Ryan. Bilik abang Ryan seberang je.." kata Aydan tiba-tiba.

Ehh budak ni karang.. Aryan dipandang dengan ekor mata.

"Malam ni baru Qai start tidur bilik Ryan , mama" Ellysha bersuara dahulu sebelum Marina yang bersuara.

Kalau mama yang bersuara, mama tak berkata tapi dia bertanya, bila dia bertanya Ellysha dah tak sanggup nak jawab dengan penipuan. Penipuan tu pula akan menjadi kenyataan. Aihh benci. 

"Kalau Qaira tak bersedia lagi mama pun taknak lah paksa kan, kalau ada masalah dalam rumah tangga Qai dengan Ryan sekalipun korang selesaikan sendiri . Selesaikan cara baik. Ya lah semua orang ada perasaan masing-masing, ada yang rasa awkward , ada yang masih malu-malu. Mama dulu pun macam tu juga, Tapi kalau boleh semua tu ketepikan sebab kita seorang isteri yang patut ada disisi suami. Tak kisahlah suami tu jahat macam mana pun, kita tetap kena hormat" Marina dah mula berkata panjang lebar.

Aiyoo mama ni, mula dah ceramah dia dengus hati Ellysha.

"Akak tak malu ke tidur dengan abang Ryan? Rasa Gelabah ke? Abang tu tidur ganas tau..." Kata Aydan dengan senyuman mengusik.

Hah? Ellysha sedikit blur.

"Apa kamu ni idan.. apa kata macam tu. Jangan nak takut-takutkan, Kak Qai" tegur Marina

Aydan ketawa suka. Ellysha hanya senyum pahit. Aydan ni nak usik aku pun agak-agaklah.  Aku dah blushing ni.. Apa pulak aku nak buat kalau dah pindah bilik Aryan nanti. Arghhh ketepikan semuanya, kau dah kata-kau kena buat !

 Arghhh ketepikan semuanya, kau dah kata-kau kena buat !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now