🍁 - Bab 13

3.4K 134 0
                                    

Pak Mat membuka pintu kereta itu untuk Amar, Ellysha dan Errysha. Amar menurun dari kereta tersebut dengan perlahan-lahan, dia menyuruh Ellysha dan Errysha keluar jugak dengan suara yang lembut.

Ellysha dan Errysha memandang sekeliling kawasan rumah tersebut. Besar! Pemandangan sangat luas, mesti selesa jika bermain diluar rumah mewah ini. Mereka memandang ke arah Amar yang memanggil mereka.

Mereka mengikut langkah Amar menuju ke arah pintu masuk, dengan wajah yang agak ketakutan, mereka rasa sangat ganjil bila berada dirumah tersebut. Amar pula membuka pintu masuk dengan perlahan.

"Assalammualaikum.." - Amar

Amar nampak isterinya, Marina tengah menurun tangga. Amar senyum kepada isterinya itu, Marina juga turut senyum sama. Marina pelik sedikit dengan Amar, selalunya kalau Amar masuk rumah itu dia terus tutup pintu, tapi ini tidak.. ada tetamu ke malam-malam buta ni?

"Anak-anak dah tidur?" Soal Amar

"Awal-awal lagi diorang dah tidur. Esok sekolah kan.. tu yang tidur awal tu. Kalau tak memanjang dengan gajet.." jawab Marina dengan sopan.

Amar hanya tersenyum. Dia memandang Marina kemudian dia memandang ke arah pintu semula untuk memanggil Ellysha dan Errysha masuk ke dalam rumah tersebut, tetapi Ellysha dan Errysha tidak mahu kerana mereka berasa ganjil ada bersama keluarga terkaya itu.

Marina pelik. Siapa pula yang Amar panggil masuk ni? Marina cuba mendekati mereka, langkahnya terhenti apabila ternampak dua orang buat yang keadaannya sangat selekeh sedang masuk ke dalam. Bulat biji mata Marina dibuatnya.

"Anak siapa pula abang bawak balik ni?" Soal Marina agak terkejut dengan kemunculan kedua budak, suaranya agak tegas bertanya. Jangan kau kata kau kawin lain dalam diam sudah!

Amar tidak menjawab malah, dia sibuk memanggil pembantu rumahnya yang sibuk mengemas dapur itu, beberapa saat kemudian pembantu rumahnya muncul dengan keadaan yang kalut.

"Ye Tan Sri? Ada apa Tan Sri panggil?"

Amar boleh nampak muncul wajah pelik dimuka Mak Som dan juga Marina. Mesti mereka tertanya-tanya siapa dua orang budak ini.. nanti dia akan cerita.

"Mak Som tolong uruskan diorang, tunjuk dekat diorang bilik kosong yang ada dekat tingkat dua tu" arah Amar senyum.

"Baik Tan Sri" Kalsom menerima arahan "Mari nak.. ikut Mak Som naik atas" Kalsom senyum dekat Ellysha dan Errysha.

Ellysha dan Errysha jalan perlahan ke arah Kalsom, mereka memegang tangan masing-masing kerana masih lagi tidak biasa dirumah itu, harap-harap orang dalam rumah ni tak ada niat jahat terhadap diri mereka. Tengok muka Puan Sri Marina tadi pun, macam tak suka dengan kehadiran diri mereka, jangan dia jahat macam Makcik Rashida sudah..

"Abang.." panggil Marina "Siapa diorang?"

Amar yang memandang ke arah Kalsom, Ellsyha dan Errysha itu terus memandang ke arah Marina sebaik sahaja Marina bersuara, dia mengajak Marina duduk di sofa empuk mereka dulu.

Selepas mereka duduk. Macam-macam soalan yang ditanya Marina tentang budak itu, Marina memandang Amar dengan pandangan yang tajam, jangan kata itu anak isteri kedua dia pula. Kenapa macam tak terurus?

Amar menceritakan semuanya kepada Marina, A to Z, semua diceritakan supaya Marina faham situasi semasa dia terjumpa budak-budak tersebut. Kelihatan Marina terkejut mendengar kisah hidup mereka, dia juga turut rasa kesian terhadap Ellsyha dan Errysha.

"Ya allah abang.. kesiannya diorang tak ada mak ayah. Nasib baik abang sempat selamatkan diorang dari lelaki-lelaki jahat tu.. mesti diorang trauma kan abang dengan kejadian tu sebab tadi Rina nampak diorang macam takut-takut je.."

"Itu abang tak tahulah.. abang pun kesian dengan diorang sebab tulah abang ambil diorang untuk jadi anak angkat kita. Yang abang harap, Rina dengan anak-anak dapat terimalah" beritahu Amar.

"Rina okey je diorang duduk dengan kita abang.. comel diorang tu cuba baju diorang kotor, tu yang nampak selekeh sikit. Ha ni abang.. abang taknak cari maklumat pasal keluarga diorang ke?" Soal Marina kepada Amar.

"Maklumat? Apa yang kita dapat kalau cari maklumat keluarga diorang? Diorang mana ada ahli keluarga yang lain dah.. abang ada beritahukan tadi macam abang cerita.." balas Amar

"Ya tak ya juga kan.. abang.. apa nama diorang?"

"Allah.. abang lupa nak tanya nama diorang pula dah.." Amar menepuk dahinya dengan wajah yang berkerut, semua benda nak lupa, bila dah tua.

"Abang ni biar betul.. macam-macam soalan abang tanya diorang takkanlah nama diorang lupa nak tanya kut. Orang kalau apa-apa mesti tanya nama dulu.. apalah abang ni.." bebel Marina, dia menjeling manja.

Amar hanya tersenyum..

"Biar Rina jelah yang uruskan diorang pasal kain baju diorang. Takkanlah Rina nak bagi abang yang lelaki uruskan pula kan.. juling biji mata abang nanti.." kata Marina dengan selamba.

Amar hanya mengangguk setuju sambil senyum. Mereka ada juga pelik dengan Ellysha dan Errysha, macam mana mereka boleh sampai dekat kawasan yang jauh tu, rumah Amar pun bukan dekat situ. Tiada sesiapa lepas mak ayah mereka meninggal, kesian.. !






















___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now