🍁 - Bab 33

3.1K 93 3
                                    

Aryan mendekati Ellysha yang sibuk berbual rancak dengan Errysha dan Aydan. Wajahnya tidak habis-habis serius dari tadi apabila memandang Ellysha, Ellysha hanya buat tidak tahu. Dia kisah apa kalau Aryan sakit hati dengannya. Dia lagi sakit hati dengan Aryan.
Kerana tiada tempat duduk Aryan terpaksa duduk sebelah Ellysha, Ellysha yang perasan itu terus rasa menyampah dan menjauhkan sedikit jauh mereka. Mama tengah tolong Mak Som masak manakala papa ada dalam bilik office mini dia untuk siapkan kerja.

"Korang tengah buat apa ni?" Soal Aryan tenang.

"Kitorang berbual pasal.." belum habis Errysha menjawab soalan daripada Aryan, Ellysha memotong terlebih dahulu.

"Tengah main masak-masak ni.. penat betul memaksa ni.. So? Kau nak rasa masakan aku tak, sedap tak?" Soal Ellysha selamba sambil mengambil majalah yang ada diatas meja itu untuk dijadikan pinggan.

Aryan menahan geram apabila buku itu Ellysha letak betul-betul depan mukanya, kosong tiada apa-apa di atas buku itu. Aryan senyuman pahit dan menolak sedikit buku tersebut dengan perlahan.

"La.. kau taknak ke? Kenapa tak sedap ke masakan aku ni?" Soal Ellysha sambil membelek buku tersebut "Kau tak suka dengan masakan aku?" Sambungnya.

"Kau masak apa?" Soal Aryan bengang.

"Masak kari kepala Babi.." Ellysha senyum sehingga ke telinganya, sengaja nak cari pasal dengan Aryan. Dia ingat dia sorang je ke yang boleh cari gaduh dengan aku? Aku tak boleh? See the leg lah!

Aydan dan Errysha memandang satu sama lain dan mereka hanya mendengar bualan orang yang terlebih dewasa dari mereka.

"Babi? Waw.. mesti sedap?" Aryan senyum.

"Of course kalau kau nak aku masak kari kepala anjing pun boleh. No problem, anything for you" kata Ellysha lagi.

"Kau fikir masakan kau sedap ke? Lagi bertambah dosa aku adalah kalau makan masakan kau ni. Bukan boleh dapat dosa je, dapat mati kerana keracunan makanan pun boleh" perli Aryan tegas.

Ellysha hanya buat muka menyampah, matanya dijulingkan. Buku majalah itu diletakkan di atas meja semula lalu Ellysha terus bersandar ke kepala sofa tersebut.

Aryan memandang Ellysha dengan ekor mata itu tertanya-tanya di dalam hati. Bukan Ellysha kata nak keluar dengan boyfriend dia ke? Kenapa masih ada dekat sini soal Aryan dalam hati. Dia memandang sekeliling.

"Kata nak keluar dengan boyfriend. Kenapa tak jadi keluar pula? Dia minta putus ke? Kesian kau kan.. kena tinggal, dia pula curang" bidas Aryan terlebih dahulu.

Ellysha, Errysha dan Aydan memandang Aryan.

"Sapa kata aku nak keluar hari ni? Bila masa pula aku tak jadi keluar dengan boyfriend aku? Boyfriend aku tak pernah tinggalkan aku dan dia tak pernah curang dengan aku. Jelas?" Ellysha senyum sinis.

Errysha bagaikan orang ternganga luas apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Ellysha, pelik menguasai fikirannya, bagaikan tak percaya je yang kakak dia ni couple. Aryan jeling bengang, benci dan semua ada dalam perasaan dia.

"Kak.. bila masa kau couple kak?" Soal Errysha

"Start je kolej aku dah start couple" tenang Ellysha

"Kalau akak couple.. kesian pula dekat abang Ryan. Dia mesti cemburu dengan akak sebab dia sukakan akak tapi dia ego, dia nafikan semua benda tu.. kesian dia.  mesti menangis dalam bilik nanti bila tahu dia dah tak ada harapan.." usik Aydan sengaja menyakitkan hati abangnya.

Ellysha hanya tersenyum mendengar sebab dia tahu Aydan sengaja usik abang sendiri manakala Aryan bagaikan orang yang nak mengamuk sahaja mendengarnya. Aryan bangun daripada bersama dan tangan yang berpeluk tubuh itu dilepaskan.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now