🍁 - Bab 39

3.1K 101 7
                                    

Kereta Azura diberhentikan kereta betul-betul dihadapan rumah Tan Sri Amar. Azura memerhatikan rumah tersebut, kemudian dia memandang Ellysha yang tengah mengambil beg dia itu

"Ni rumah keluarga angkat kau?" Soal Azura

"Ha'ah" jawabnya ringkas.

"Kaya gila beb, dia punya kaya tu kalah keluarga aku. Tapi, baik juga mak bapak si Aryan tu kan, ambil kau jadi anak angkat diorang" kata Azura dengan senyuman.

"Tulah. Alhamdullilah, ada juga orang nak ambil aku lepas aku kena halau dengan bapak aku sendiri sebab dituduh membunuh nenek aku sendiri" Ellysha senyum pahit.

Senyuman Azura hilang kemudian dia sambung senyum semula apabila melihat Ellysha senyum tapi dia tahu yang Ellysha senyum hambar atau senyum pahit kepadanya.

"Orang nampak kau ni jenis yang happy, suka senyum tapi aku tahu yang sebenarnya kau menderita beb. Aku betul-betul kesiankan kau"

"Aku dah biasa.. aku masuk dululah. Takut nanti mak bapak angkat aku tu tanya macam-macam pula dekat aku.. " - Ellysha

Baru sahaja Ellysha nak turun dari kereta, dia memandang Azura semula dengan wajah yang pelik. Dia nak tanya Azura sesuatu.

"Zura.. aku nak tanya kau boleh? Macam mana boleh mengaku yang kau girlfriend Aryan tu? Kau couple dengan dia ke?" Soal Ellysha ingin tahu "Malang betul kau ni sebab couple dengan lelaki sombong"

"Hahah.. kau jangan salah faham beb, aku sebenarnya couple happy-happy je.. walaupun aku tahu yang Aryan tu tak layan semua ex-girlfriend dia termasuk aku.. tapi aku cuba layan dia saja-saja" balas Azura dengan ketawa sedikit.

"Ouh.. tak sangka aku bila jumpa kau balik.. perangai kau macam hanat" Ellysha ketawa "Kau gedik sangat masa aku terlanggar kau tu. Jujur aku cakap aku macam nak tampar je muka kau macam tu"

"Amboi.. jujurnya.." Azura turut ketawa

"Aku masuk dululah. Drive kereta elok-elok tau, jangan sampai masuk hospital pula nanti. Bye, i love you!" - Ellysha.

Ellysha dan Azura saling berpeluk. Ellysha keluar dari kereta tersebut, sebaik sahaja kereta Azura pecut pergi dari situ. Ellysha terus melangkah masuk ke dalam pagar tersebut, pintu pagar itu ditutup semula.

Belum sempat dia nak gerakkan langkahnya dia ada dengar satu suara yang membuatkan dia terkejut. Dia nampak wajah seorang lelaki menuju ke arahnya tetapi wajahnya tidak berada jelas kereta gelap, hari sudah malam.. tapi dia kenal sangat dengan suara berlagak sombong itu. Aryan!

"Kau pergi mana? Kenapa kau tak beritahu aku dulu yang kau nak balik malam? Jantan mana yang hantar kau tu?" Soal Aryan kasar dan tegas. Mata tak berkelip memandang pemergian kereta tersebut.

"Kau sibuk kenapa? Lantaklah aku nak pergi mana pun. Perlu ke aku beritahu kau bila aku nak balik? Jantan mana yang hantar aku tu.. not your business. Kau sibuk hal aku kenapa?!" Semua soalan dari mulut Aryan, Ellysha menjawabnya.

"Aku perlu tahulah sebab kau tu bakal isteri aku! Kau kena lah beritahu mana kau nak pergi, balik bila, dengan siapa kau keluar"

"Pi mampuslah kau dengan anggan-anggan kau tu, bro! Aku tak akan kahwin dengan kau sebab aku tak cintakan kau..!" Balas Ellysha kasar.

"Kau cintakan jantan tu boleh pula?!"

Ellysha pelik dengan Aryan

"Suka hati akulah aku nak cintakan siapa pun. Lagipun aku dengan dia dah berbincang yang kitorang akan kahwin suatu hari nanti. Yang paling penting dia seribu kali ganda lebih handsome dari kau" Ellysha senyum senget.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now