🍁 - Bab 87

4.4K 114 8
                                    

Wajah Aryan ditatap dalam.

"Kan mama dah pesan jangan tonjolkan diri, Ryan.." tegur Marina

Aryan menenangkan dirinya. Mukanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia sandar pada badan kerusi sambil menghirup air anggur.

"Mana ada Ryan tonjolkan diri, mama. Kami terlanggarlah. Bukannya Ryan tak cuba mengelakkan. Ryan dah nak pergi dah pun tapi Ellysha tahannya Ryan, mama. Lepastu sound Ryan, marah-marah Ryan. Ryan diam je.. Nasib baik dia tak cam, Ryan.." balas Aryan selamba.

"Itu pun nasib baik..ni mama nak tanya. Sejak bila pula kamu kenal dengan Mak Timah dengan suami dia, Pak Mail tu? Setahu mama kamu mana tahu tentang kampung tu.."

"Kan Ryan ikut Syafiq. Selalulah juga terserempak dengan Pak Mail. Lepastu Syafiq pun, selalu bual dengan dia. Ryan teman, Ryan kenal lah.." balas Aryan jujur, wajah mamanya langsung tidak dipandang.

"Atau kamu sengaja? Kamu tahu yang Qaira rapat dengan Mak Timah, selalu berjumpa. Kamu pun ambil kesempatan? Kan? Kalau Qaira tahu itu kamu, agak-agaknya apa lah yang jadi. Dia belum maafkan Ryan lagi.." Marina menikam anak mata Aryan..

Aryan menundukkan kepala.. dia rasa sedih tetiba.

"Ryan rindu dia mama. Semua orang dapat jumpa dia depan-depan, Ryan je tak. Semua orang dah tengok anak kami, mama dan papa pun dah tengok. Ryan ni daddy dia, tak pernah tengok dia. Tengok pun tidak, apatah lagi pegang. Ryan teringin nak sentuh anak Ryan. Masa bercakap dengan dia tempoh hari, Ryan dah bersyukur dah sebab dapat dengar suara dia dan berbual dengan dia walaupun dalam keadaan bergaduh disebabkan basikal dia tu.." luah Aryan perlahan

Muka bengang Marina berubah sebak apabila mendengar luahan hati anaknya. Betul apa yang dikatakan Aryan, sudah berbulan-bulan dia tak berjumpa dengan Ellysha, dan sudah dua bulan lebih dia tidak melihat anak mereka sejak keluar dari hospital. Marina duduk disebelah Aryan, bahu anaknya ditepuk lembut.

"Ryan sabar ya. Kita kena bagi Qaira masa. Kalau dah jodoh kamu dengan dia, tak ke mana lah Qaira tu. Cuma lambat dengan cepat je, kita pula kena banyak bersabar. Ryan kena sabar. Faham kan maksud mama?" Pujuk Marina.

Aryan tidak membalas. Rasa sedih ditahan.

"Kalau masih Ryan nak tengok-tengok Qaira tu.. mama tak halang tapi jangan lah selalu kerap, tambah-tambah lagi lately ni, Ryan asyik saja makan kedai Mak Timah. Mama taknaklah tiba-tiba Qaira datang ternampak pula Ryan.." tegur Marina lembut.

Aryan bermain dengan jari jemarinya. Kata-kata Marina hanya sekali lalu sahaja. Air mata ditahan. Sumpah, rindu separuh nyawa. Rasa tak sempurna kehidupan.

Walaupun sudah lama tinggalkan isteri sendiri. Aryan tidak boleh melupakan gadis yang dicantai. Malah hati ni tak mampu untuk menerima mana-mana wanita selalu Nur Ellysha Qaisara.

Kakinya melangkah menuju ke arah bilik boss

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Kakinya melangkah menuju ke arah bilik boss. Bilik office bigboss itu diketuk dan dikuak dari luar. Muka Tan Sri Amar dipandang , Amar juga membalas pandangan tersebut. Errysha melabuhkan punggungnya. Badan disandar pada kerusi kerja itu.

Beautiful SufferingDonde viven las historias. Descúbrelo ahora