🍁 - Bab 32

3K 97 0
                                    

Pak Mat berhentikan kereta itu dihadapan pintu masuk syarikat Tan Sri Amar. Sudah lama dia tidak jejak kaki di syarikat tersebut, Ellysha memandang syarikat itu sebelum dia melangkah masuk. Dia menuju ke arah lif yang tidak jauh dari pintu masuk, semasa dia ingin menuju ke arah lif, bahu dia terasa sakit apabila terlanggar seseorang.

Ellysha mengadu sakit dan memegang bahunya sendiri sambil memandang perempuan tersebut, nasib baik file tu tak jatuh. Nampak macam marah sahaja diwajah perempuan ni, kena tinggal boyfriend je? Perempuan itu membuka spek mata hitamnya.

"Hey! You buta ke?!" Marah perempuan tersebut.

"Sorry cik.. i tak sengaja" balas Ellysha perlahan.

"Tak sengaja kepala otak you! I punya besar dekat sini pun, you sesuka hati you je nak main langgar-langgar i, nak kata buta, tak nampak macam you buta pun!" Marah perempuan itu lagi.

"Sorry again.."

Perempuan itu mengeluh kasar dan memakai spek matanya semula. Ellysha menjeling menyampah, dia terus menekan butang lif. Semasa tengah menunggu, Ellysha terfikir sesuatu. Adakah tadi tu salah seorang daripada girlfriend Aryan? Bisik hati Ellysha.

Dia punya seksi tu kalah aku, kalau nak bandingkan aku dengan dia, aku cantik lagi, ada hati nak marah-marah. Aku dah minta maaf kut lepastu nak kepalakan otak aku pula.. tuih pi mampuslah bebel Ellysha didalam hati.

Pintu lif dibuka, kakinya mula melangkah masuk. Butang didalam lif itu ditekan, baru sahaja dia menekan butang tutup lif. Ada tangan seseorang menahan pintu itu dari luar, Ellysha sedikit terkejut dengan tindakan itu. Nampak tangan macam tangan lelaki.

Lelaki itu senyum kepada Ellysha, Ellysha hanya membalas senyuman tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam lif, Ellysha pelik apabila  lelaki itu asyik memandangnya. Pintu lif ditutup sebelum bersuara.

"Ehh.. Encik ni dah kenapa?" Soal Ellysha pelik, dia rasa dia pernah kenal lelaki ini tapi dekat mana eh? Macam mana pula dia boleh ada dekat sini.

"Tak silap saya. Kita pernah jumpalah, awak perempuan yang saya terlanggar dekat restoran pagi tadi?.. Awaklah orangnya. Awak ingat saya lagi tak? Nama saya Syafiq Hairul" kata lelaki itu dengan ceria sambil senyum.

Ellysha mula berfikir semula. Pagi tadi? Ouh.. baru dia teringat yang kepala dia terhantuk dekat pintu restoran disebabkan lelaki ni.. tapi dia sangat kenal dengan nama ni. Dia Syafiq abang tiri aku atau orang lain? Bebel Ellysha dalam hati. Kau jangan fikir dia abang tiri kau yang jahat tu, buat sakit hati je, kau cuma perlu fikir, dia peladuk dua senama. Ellysha tidak membalas kata-kata lelaki itu.

"Cik pun kerja dekat sini ke? Laa.. tapi kenapa pagi tadi saya nampak cik macam pelajar kolej atau university? Cik pelajar ke Cik pekerja? Kalau cik pekerja kenapa saya macam tak pernah nampak cik dekat company ni?" Soalnya kepada Ellysha, dengan suara yang agak ceria.

"Sibuk betullah mamat ni.." desis Ellysha perlahan, lelaki itu langsung tidak dipandangnya olehnya. Malas nak layan lelaki yang tidak kenal.

"Huh?"

"Tak ada apa.." Ellysha senyum hambar.

Sebaik sahaja pintu lif dibuka Ellysha terus melangkah pergi dari situ. Syafiq hanya memandang pelik dengan Ellysha, perempuan ni takut dengan aku ke Bisik hati Syafiq sendiri. Kakinya perlahan-lahan mengikut langkah perempuan tersebut kerana jalan yang dia ingin pergi.. sama jalan dengan Ellysha.

Beberapa langkah dia mula jalan tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Terkejut Syafiq dibuatnya dan bahunya spontan terlonjat ke atas, manusia yang menepuk bahunya itu dipandang. Senyuman mula terukir.

Beautiful SufferingTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang