🍁 - Bab 89

4.5K 129 12
                                    

Semua mata memandang ke arah lelaki yang bertopi, bermask, berjekat hitam, t-shirt putih dan seluar jeans hitam itu dengan pandangan yang sangat terkejut. Lelaki itu dan Ellysha dipandang saling berganti. Hanya mampu mengucap sahaja. Aryan berdiri di sebelah pintu masuk manakala Ellysha duduk di kusyen sambil berpeluk tubuh.

Ellysha menahan perasaan sebak. Kenapa dalam keadaan yang begini, baru Marina dan Ellysha nak datang? Dalam masa yang sama, Aryan juga memikirkan benda yang sama, aiyoo macam mana mama boleh ada dekat sini? Masaklah aku.

"Aku minta maaflah Ida tapi itu apa yang berlaku.." ujar Imam. "Memang tak boleh dinafikan, kami nampak bersama-sama"

Rashida dan Marina saling memandang satu sama lain.

"Macam mana kita nak selesaikan masalah ni?"

"Selesai macam mana lagi mak? Suruh jelah dia ni bayar denda, bukan susah pun. Hey, kau nak bayar ke taknak bayar ke.. kau tetap kena bayar.." pintas Ellysha dalam keadaan marah dan tidak puas hati.

Sophia yang duduk sebelah Ellysha. Menampar sedikit lengan gadis itu. Dia ingin menyuruh Ellysha diam. Taknak kawasan itu penuh dengan suara marah Ellysha je. Nak juga dengar orang lain bersuara. Ellysha menjeling Sophia bengang. Melawan je kerja.

"Dia ni dari tadi diam.. memang buat rasa nak marahlah!" Kata Ellysha pada Sophia dan jeling Sophia.

Engkau yang timbulkan masalah, kau nak jeling-jeling aku pula bebel Sophia dalam hati. Dia membalas jelingan Ellysha padat.

"Keluarga Mika ni tak boleh datang, diorang duduk bandar. Jadi susah untuk diorang datang dalam masa singkat ni. Jadi, macam mana kita nak selesaikan? Mika nak bayar denda atau nikah terus?" Soal Tok Imam.

Aryan mengangkat wajah apabila namanya disebut. Dia memandang Ellysha yang padat menoleh ke arahnya. Apa nak jadi pun, jadilah. Semua akan terbongkar juga. Nak taknak mereka akan kenal siapa kau yang sebenarnya bisik hati Aryan.

"Eh malu pula saya.. saya tak kisah nikah.. lagipun apa salahnya, cik Ellysha ni cantik. Saya minat" jawab Aryan dalam senyuman disebalik mask, suara itu pun dah sudah jelas menunjukkan Aryan tersengih. Kedua-dua belah tapak tangan dirapatkan. Kemudiannya, lengan itu dirapatkan pada perut dan dia menggeliatkan gedik. Kaki dikepitkan. Akhirnya lelaki ini bersuara juga.

Terkejut Marina, Rashida, Sophia dan Errysha terutamanya Ellysha mendengar itu. Laju mereka memandang satu sama lain. Ellysha yang bersandar terus mengangkat badan. Mukanya jelas menahan kemarahan. Rasa nak mencarut je..

Semua tergamam sampai tak mampu bersuara. Tiada sesiapa pun tahu yang Ellysha ni masih ada suami, bila lelaki bertopi itu jawab macam tu, selamba badak dia je memang Marina, Rashida, Sophia dan Errysha agak terkejut lah dibuatnya. Memang sumpah menyakitkan hati Ellysha.

"Kahwin dengan kau? Ak.. aku tak bolehlah!" Marah Ellysha.

"Kenapa?" Soal Aryan selamba. Nasib baik jawab tak boleh.. kalau jawab boleh, dia terkam Ellysha masa tu juga bisik hatinya puas. Sedar diri pun.

Marina memandang lelaki muda itu dengan tajam. Dia agak pelik dan curiga. Kenapa tenang sangat dia berkata-kata seperti tiada apa-apa berlaku. Suaranya juga agak sangat dikenali.

"Dah aku kata aku tak boleh.. aku tak bolehlah! Kenapa susah sangat kau nak faham?! Kau pekak ke badak? Aku nak kau bayar denda lepastu kita buat macam tak ada apa-apa berlaku.." marah Ellysha dalam nada yang bengang.

Mak Timah, Pak Mail, Tok Imam dan dua orang rakannya yang ikut hanya memerhati pergaduhan tersebut, termasuklah yang lain. Melihat Ellysha yang sangat marah itu, mendiamkan semua orang.

Beautiful SufferingМесто, где живут истории. Откройте их для себя