🍁 - Bab 79

3.7K 128 9
                                    

Aryan memandang jam dinding di dalam biliknya, sudah menunjukan pukul 11.45pm. Hati yang ego mula risaukan kerana isterinya masih tidak pulang tapi dia masih marahkan Ellysha. Perasaan risau dan sayang ditolak ke tepi. Aryan mengeluh berat.

"Aihhh.. mana perempuan ni . Tak tahu jalan balik ke apa? Atau sengaja taknak balik? Tak sedar diri tu ada suami kut"

Aryan cuba menaham marah. Tiba-tiba, dia terdengar suara pintu rumah diketuk. Aryan bangun dari duduk. Terus berjalan mendekati pintu utama. Tidak menunggu lama pintu itu dibuka.

Riak wajah Aryan berubah melihat gadis itu. Dijangka Ellysha, rupanya Aulia. Aulia dipandang sebelum dia bersuara.

"Lia buat apa dekat sini malam-malam ni?" Soal Aryan malas layan.

Aulia memuncungkan mulutnya.

"Alaa abang. Lia rindu abanglah. Err Alang-alang tu, Lia nak tanya, bila abang nak masuk minang Lia? Dah lama Lia tunggu abang" soal Aulia mengada , di cuba untuk menyentuh tangan Aryan tapi Aryan terlebih dahulu menarik tangannya.

Aryan menghembus nafas berat.

"Nantilah.. sekarang abang busy.." balas Aryan malas.

"Nanti tu bila, sampai bila Lia nak tunggu. Mama Lia pun dah mula tanya. Abang kata Abang nak kahwin dengan Lia, tapi masuk minang pun tidak" balas Aulia menyedihkan suaranya. "Sekurang-kurangnya biarlah kita bertunang dulu"

"Abang tahu. Abang sibuk sekarang. Biar abang selesaikan kerja abang dulu. Nantilah ye.. Lia balik lah dulu. Malam-malam tak elok anak dara keluar. Nanti jadi apa-apa susah. Yang susah mama papa Lia juga" kata Aryan.

Aulia senyum..

"Okay.. Lia tunggu abang tau. Lia balik dulu.. abang jangan lupa text Lia tau... tapi abang kenapa abang tak tidur lagi?" Soal Aulia pelik.

"Dah Lia ketuk pintu, abang terjagalah.." bohong Aryan.

Aulia mamandang wajah Aryan dengan menikam anak mata itu dalam. Tak boleh percaya dengan jawapan yang diberi itu.

"Abang tunggu Ell ke?" Soal Aulia.

Aulia dipandang tapi tidak menjawab soalan itu.

"Lia tahu abang tunggu dia.." Aulia mula naik menyampah.

"Tadi masa Lia lalu depan klinik Star.. dekat sana tu. Lia ada nampak Ellysha dengan sorang lelaki, tapi Lia taktahu lah siapa lelaki tu sebab dia pakai mask.." beritahu Aulia dengan jujur.

Aryan cuba untuk berlagak tenang walaupun hati dia sudah membara. Dengan lelaki mana pula betina ni keluar? Syafiq ke? Berani eh jumpa jantan lain, kata nak pergi klinik je bisik hati Aryan panas.

"Lia balik lah.. nanti mama papa Lia cari. Abang masuk tidur dulu. Mengantuk" kata Aryan, tidak menunggu lama, pintu rumah terus ditutup.

Terkejut Aulia, tak dan dia nak membalas. Dah kena tiupan angin pintu rumah itu. Aulia menghembus nafas berat. Sakit hati dengan tindakan Aryan.

"Menyampahlah!"

Kaki dihentak sebelum dia berlalu pergi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now