🍁 - Bab 81

5.2K 139 14
                                    

Kereta diparkingkan dihadapan rumah Aryan. Terus tali pinggang dibuka. Syafiq menoleh ke arah Qamal yang ada disebelahnya yang sudah wajah kerisauan.

"Ayah.. ayah tunggu dalam kereta kejap tau"

Qamal hanya mengangguk dan angkur.

Pintu kereta dibuka dan terus berlari anak masuk ke dalam kawasan rumah tersebut. Syafiq berlari anak menuju ke pintu utama. Pintu rumah itu diketuk dan diberi salam tetapi tiada sahutan. Makin lama makin kuat Syafiq ketuk . Bagai nak roboh pintu itu dibuatnya. Nak call pun fon off si Aryan ni.

Tidak lama kemudian, pintu itu dibuka sedikit. Tidak mahu menunggu lama, Syafiq menolak pintu itu dengan kasar dari luar, terus pintu itu dibuka luas. Dia terus menuju masuk tanpa dijemput.

Tak dan Aryan nak kata apa-apa Syafiq melepaskan penumbuknya pada wajah putih mulus lelaki itu. Terkejut Aryan dibuatnya.

Aryan memandang Syafiq tajam.

"Kau kenapa sial? Malam-malam datang rumah aku lepastu tumbuk tuan rumah, adab kau letak mana? Tepi longkang? Dalam tolong sampah? Macam ni ke adab kau bila datang rumah orang?!" Marah Aryan, tangan kanannya menyentuh pipi yang terasa sakit.

Syafiq menahan bengang.

"Ellysha mana?" Soal Syafiq pura-pura taktahu tanpa menjawab soalan Aryan. Dia menggigit isi pipi untuk menahan marah dan menahan penumbuk.

Aryan ketawa sinis, dia senyum halus pada Syafiq. Siap berpeluk tubuh dengan wajah sombong.

"Wow.. kau datang rumah aku, dah tumbuk muka aku lepastu tanya aku, Ellysha mana? Cara kau tumbuk aku macam aku buat maksiat dengan isteri sendiri. Apasal aah?Kau siapa bodoh nak tanya dia mana?" Soal Aryan dengan kasar.

Tangan yang memegang pipi dilepaskan.

"Patutnya aku tanya kau. Mana Ellysha? Puas lah kau kan? Dah keluar dengan isteri aku, hampir dua tiga hari tak balik. Berseronok dengan dia dekat luar sana, lepastu lupa jalan nak balik. Kau boleh tanya aku mana Ellysha? Sekarang aku tanya kau, mana perempuan tu? Sekarang memang zaman penyondol agaknya. Ramai sangat curang" kata Aryan dalam nada yang ditekan menahan marah.

Syafiq menghembus nafas berat.

"Kau yang curang. Kau nak kata dia pula yang curang? Kau yang nak kahwin dengan Aulia. Bukannya Ell yang nak kahwin.." ujar Syafiq tegas.

"Ellysha call kau.. kau tak angkat. Lepastu kau tuduh aku keluar dengan dia? Kau sedar tak kau dah melampau Aryan!" Marah Syafiq.

Aryan senyum senget.

"Mana kau tahu dia call aku? Opss lupa. Keluar sekali kan. Mestilah kau tahu.. bodohlah aku kalau tanya kan. Aku malas nak berperang dengan pengkianat macam kau.. Dah lah, kau pergi balik lah. Kau pesan sekali dekat perempuan tu, kalau taknak jadi isteri derhaka, suruh dia balik rumah sekarang" balas Aryan dengan kasar.

"Aku tak kisah apa kau nak kata.. kau ikut aku pergi rumah Harris sekarang seba.." belum habis Syafiq bersuara, Aryan potong.

Aryan ketawa sinis.

"Rumah Harris? Kau dengan Harris berkomplot nak rampas Ellysha dari aku ke? Bukan main kan korang, plan nak rampas isteri orang. Baguslah kau dah ada geng. Tapi tulah, yang peliknya kenapa kau dengan Harris? Berkongsi ke?"

Syafiq menggumpal penumbuk menahan marah.

"Mulut kau makin lama, makin melampau. Aku tahu kau sayangkan Ellysha. Kau tak boleh maafkan apa yang dia dah tipu kau. Kau buang ego kau boleh tak? Tapi sekarang.. kau kena bawak aku pergi rumah Harris sekarang. Kau je tahu rumah dia dekat mana.." rayu Syafiq, suara yang kasar tadi diperlahankan. Merayu enn kena la lembut.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now