🍁 - Bab 40

3.6K 90 0
                                    

Kereta Ellysha yang sekian lama dibaiki, kini sudah pun elok digunakan. Ellysha bersiap didalam biliknya, Errysha yang baru sahaja keluar dari bilik air itu dipandang, Errysha baru lepas basuh mukanya untuk melegakan wajah tersebut.

Ellysha memerhatikan Errysha yang tengah bersiap itu. Kemudian, dia sidai dia punya tuala dan menuju ke beg kolej dan assignmentnya yang bersepah diatas meja study. Semalam Errysha agak serabut dengan assignment yang ada.

"Kak.. kau tak pergi kolej lagi ke? Ke kau fikir yang kau terjumpa Syafiq semalam? Kau happy ke jumpa dia, malam tadi bukan main marah lagi?" Soalnya

"Belum. Kelas aku start lewat sikit hari ni.. kelas aku start pukul 9.00 hari ni" jawab Ellysha sambil memperbetulkan jam tangannya, dia senyum kepada Errysha. "Lagi satu, aku taknak kau cakap macam tu sebab aku tak ada keluarga lain selain keluarga ni"

Errysha hanya mendengar sahaja apabila Ellysha kata begitu. Kalau cakap pasal keluarga diorang yang dah halau diorang tu, suara Ellysha akan bertukar tegas, tak pun kasar.

"Start lewat. Tapi kena beria-ria sangat pakai baju sekarang, baru pukul 7.45 kan.." Errysha memandang jam yang tentera ditelefonnya itu kemudian kembali memandang Ellysha.

"Aku siaplah awal-awal bukan macam kau. Last minute baru nak siap, nanti sampai kolej pun lambat. Dah lah aku nak turut breakfast.." kata Ellsyha, sempat lagi dia senyum kepada Errysha sebelum pergi.

Errysha pelik sedikit dengan kakaknya itu. Apasal kakak aku macam happy je hari ni.. ada apa-apa ke? Errysha berfikir sambil memegang dahinya.

"Ehh.. kau ni Rysha. Kau jangan terpedaya dengan muka happy dia. Macam kau taktahu kakak kau tu selalu senyum padahal dalam hati dok menangis sebab derita dengan kisah hidup kau dengan kakak kau" kata Errysha dekat diri sendiri sambil menggemas barangnya.

"Lagipun.. kau tahu kan kakak kau tu serabut dengan semua benda. Serabut dengan semua benda yang dah jadi dekat kau dengan dia. So, kau jangan cari pasal dengan kakak kau tu, tak pasal-pasal kena karate.." bebel Errysha sendiri.

"Kau pun satu kak.. aku taknak menipu. Kau nak juga menipu. Alasan sebab tak percaya keluarga ni tapi mengaku keluarga ni keluarga kau. Kau tu bukan nak cerita dekat orang masalah kita, kau pedam sendiri je kan.. sebab tulah kau hidup tak aman, menangis, derita, merana, semua ada dekat kau kan.." bebel Errysha lagi

Errysha sumbat semua barangnya dalam beg dengan geram apabila kakaknya asyik menipu sahaja.. sekali assignment semua dia main letak sahaja.

"Kau tahu tak kak.. tahu kan yang menipu tu berdosa, dapat dosa, dosa kau berkumpul berapa banyak kak? Macam kau taktahu menipu tu berdosa.." sambung Errysha lagi

Tiba-tiba..

"Hey! Aku tak blah lagi tau dari sini. Aku dengar apa kau cakap. Nak mengutuk pun pandang kiri kanan dulu. Berlapiklah sikit" bebel Ellysha yang berdiri dihadapan pintu tersebut.

Terkejut Errysha dengar, pantas dia menoleh ke arah suara tersebut dan Errysha sengih memandang wajah kakaknya yang serius itu.

"Kau dengar ke? Kenapa kau masuk balik? Ingatkan kau dah berambus tadi" Errysha sengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

"Aku dengarlah. Dah lah cakap kuat, buat main kau mengutuk aku eh, aku datang balik pun sebab aku tertinggal phone aku" Ellysha ambil phonenya dan memandang Errysha semula.

Ellysha jeling Errysha yang tersengih itu. Baru sahaja badan Ellysha menoleh nak ke pintu keluar. Dia memandang Errysha semula, jari telunjuknya di angkat dan tunjuk adiknya sendiri.

"Kau jangan terlepas cakap pasal kita..!" 

Ellysha terus pergi dari situ dengan pantas. Sebaik sahaja kelibat Ellysha hilang dari pandangannya, Errysha mengejek semula kata-kata kakaknya. Aih tuihhh..

Ellysha menuju ke arah dapur untuk makan pagi. Kemudian dia duduk di atas meja makan tersebut, telefon yang dipegang itu diletakkan disebelahnya, dia tidak nampak sesiapa pun pagi-pagi ni, mungkin semua dah pergi kerja kut. Aydan mungkin masih ada di dalam biliknya.

Baru sahaja Ellysha nak sentuhkan nasi goreng tersebut, dia nampak Puan Sri Marina tengah menurun tangga, tangannya melepaskan senduk tersebut dan tersenyum kepada Marina yang turut senyum padanya. Marina yang semakin dekat itu mula duduk disebelah Ellysha. Ellysha ada nampak satu sampul yang ada dekat tangan Marina

"Mama tak pergi kerja lagi?" Soal Ellysha lembut.

"Mama tak pergi kerja hari ni..."

"Jom makan mama.."

Ellysha mengambil senduk dan pinggan untuk letak nasi tersebut diatasnya. Ellysha meletakkan pinggan itu didepan Marina manakala dia ambil untuk dia pula. Marina hanya tersenyum memandang Ellysha.

"Qaira.. mana nak cakap sikit boleh?"

"Cakap jelah mama.."

"Kalau mama cakap ni Qaira jangan marah eh?"

"Kenapa pun Qaira nak marah mama pula. Lagipun mama nak bertanya je.. bukan buat benda jahat pun kan. Kalau mama buat benda jahat pun, siapa Qaira nak marah mama.. kan.." Ellysha senyum.

Ellysha mula suap satu sudu kemulutnya. Marina tersenyum suka memandang Ellysha yang berada disebelahnya itu.

"Mama sebenarnya suka sangat dengan Qaira, tak sia-sia papa bawak Qaira dengan Qisya jadi anak angkat kitorang.. err.. kalau.. kalau ma.. mama nak.. nak lamar Qaira untuk Aryan, Qaira terima tak?"

Baru sahaja nak suap makanan ke dalam mulut tangannya terhenti. Terkejut dengan apa yang Marina katakan kepadanya, Ellysha meletakkan semula sudu tersebut tanpa memandang Marina, badan diangkat sedikit.

"Mama tak kisah pun kalau Qaira tak terima sebab mama taknak Qaira paksa diri Qaira untuk terima Aryan. Mama tahu Aryan memang tak sukakan Qaira tapi.. mama tak tahu kenapa dengan mama ni.. nak sangat Qaira jadi menantu" Marina senyum sedikit dan ketawa sedikit.

"Qaira sebe.." ayat Ellysha dipotong

"Tak pe Qaira. Mama tak kisah kalau Qaira taknak. Mungkin Qaira dah ada jodoh sendiri kan.. kalau dah ada jodoh bawaklah jumpa mama. Kenal-kenalkan dengan mama dengan papa.." Marina senyum.

Ellysha tertunduk memandang jari jemari sendiri. Jadi betullah apa yang Aryan cakap, dia nak kahwin dengan aku pun sebab nak mama happy. Mama happy tapi happy ke aku bila jadi isteri Aryan tu.

"Mama tahu sangat perasaan anak mama ni. Mama minta maaf sebab terlalu berterus-terang dengan Qaira" lembut suara Marina..

"Sebenarnya mama nak minta tolong Qaira hantarkan sampul ni dekat Aryan. Dia call mama tadi kata dia tertinggal sampul ni, katanya nak pakai petang ni. Mana nak hantar dekat dia tapi.. dia nak Qaira juga yang hantarkan, alasan dia, alang-alang Qaira nak pergi kolej dia suruh Qaira yang hantarkan" sambung Marina dengan suara yang serba salah.

Ellysha tahan geram. Kau ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku ke sial?! Tak habis-habis aku yang kena hantar barang kau yang tertinggal dekat office kau. Kau ni memang sengaja tinggal ke memang betul-betul tertinggal.. bilik hati Ellysha.

"Boleh tolong hantarkan sebelum Qaira pergi kolej? Mama pun tak tahu apa masalah Ryan tu. Kalau mama hantar sampul ni.. dia taknak terima dari tangan mama.." - Marina

Geramnya aku !! bisik hati Ellysha.

"Boleh je mama, lagipun hantar benda ringan je, bukan berat pun. Nanti lepas makan Qai tolong hantar dekat dia" jawab Ellysha dengan senyum dibibir.

Marina mengangguk mendengar kata-kata Ellysha tadi. Dia juga tersenyum apabila melihat Ellysha tersenyum walaupun senyum terpaksa sahaja. Ellysha mengeluh ringan..















________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful Sufferingजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें