🍁 - Bab 44

2.9K 83 10
                                    

Ellysha menghempas pintu kereta itu dengan kuat sekali. Dia menunggu Aryan keluar dari perut kereta tersebut. Aryan langsung tidak rasa takut dengan perangai dingin Ellysha, malah dia melambat-lambatkan masa lagi.

Aryan keluar dari perut kereta dengan muka yang tak ada perasan. Dia hanya berwajah tenang sahaja memandang Ellysha yang sudah naik turun nafas tersebut. Dari perjalanan sampai sekarang tahu nak marah je si Ellysha ni..

"Bila masa aku setuju nak bersuamikan kau ah? Bila masa pula aku ni bakal isteri kau? Bila masa pula aku terima yang kau jadi suami kau padahal kita macam kucing dan anjing?" Kasar suara Ellysha, dia memandang Aryan dengan tajam.

"Kucing aku dan anjing adalah kau.. Tak baik tau kau marah bakal Suami kau ni.. nanti tak berkat hidup kau baru kau nak menyesal ke?" Usik Aryan selamba.

"Kepala otak kau lah! Aku benci kau tahu tak. Benci gila! Kau ingat aku senang-senang je ke nak terima kau. Kalau kau rasa taknak aku buat perangai dekat majlis kahwin kau nanti, baik kau beritahu benda yang betul dekat Syafiq dengan keluarga dia!"

"Kenapa kau nak marah tak tentu pasal ni, Ell? Benda dah nak jadikan. Kita bukannya boleh putar masa balik. Terima jelah akikat yang kau dengan aku akan digelar suami isteri" kata Aryan dengan selamba badak.

Ellysha cuba untuk tenangkan dirinya dengan lelaki didepannya itu. Kalau si Aryan tak buat dia sakit hati, memang bukan Aryanlah namanya tapi kali ini, Aryan betul-betul dah buat dia hilang sabar.

"Sayang.. kau taknak masuk dalam rumah ke? Ke kau nak aku dukung kau masuk dalam rumah?" Soal Aryan dengan senyuman sinis.

"Kau jangan merepek!" - Ellysha

"Merepek apa pula? Kau akan jadi wife aku jugakan? Apa yang kau nak takutkan tu? Takut boyfriend kau si Harris a.k.a nak ajak kau kahwin tu jeles?" Aryan pusing memandang Ellysha "Kau tengok muka kacak lagikan tampan tepi kau ni.. ada aku kisah kalau dia nak jeles sekali pun?" Soal Aryan dengan selamba.

"Kenapa kau suka cari pasal dengan aku, Aryan? Aku dah tak tahan nak hidup dengan kebencian semua orang. Kenapa kau nak buat hidup aku derita juga?" Soal Ellysha perlahan, kali ini suaranya sedikit lembut.

"Because i hate you" jawabnya bersahaja

Ellysha tidak membalas percakapan itu. Malah dia memandang ke arah lain, dia dah biasa dengan perkataan benci yang keluar dari mulut orang yang sama. So, kau nak benci, kau bencilah!

"Sayang.. My darling, baby masam ni.. nak abang angkat darling masuk dalam rumah ke? Suka sangat duduk dekat luar huh?" Soal Aryan "Ke sengaja nak abang dukung?.."

Ellysha hanya jeling

"Darling nak abang dukung ke? Laa.. kenapa tak beritahu abang yang darling nak abang dukung. Kesian dia berdiri dekat situ dari tadi.. meh sini. Ayuh naik atas lengan abang " Aryan mendekati Ellysha sambil menghulurkan tangannya seperti ingin mengangkat bayi.

Ellysha muka tidak sedap hati apabila Aryan mendekatinya, dia mengundur setapak. Bahu Ellysha disentuh dan dia ingin mengangkat Ellysha tetapi dihalang oleh Ellysha dengan kasar, tangan lelaki itu ditepis kasar. Ellysha ketuk kepala Aryan.

"Aduhh sayang ni.. sakit kepala abang"

"Kau jangan nak buat baik dengan akulah. Aku tahu yang kau benci aku dan aku pun benci kau. Jadi, kau jangan nak berlagak baik depan aku!" Tegas suara Ellysha "Kau bukan baik sangat pun. Buat baik dengan aku pun sebab nak aku kahwin dengan kau. Ingat aku bodoh sangat ke tak tahu semua tu?" Sambungnya

"Sayang.. kenapa cakap macam tu? Tak mau, takmau.. tak baik, dosa. Tak baik benci-benci macam tu sayang.. abangkan dah beritahu. Abang buat sebab mama, apa salahnya kalau abang buat baik dengan bakal isteri. Takmau benci-benci dah okey, sayang?" Tegur Aryan seperti mengajar budak kecil.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now