🍁 - Bab 60

3.7K 108 2
                                    

Ellysha, Errysha, Aydan dan Mak Kalsom leka bersembang di dapur, pelbagai topik yang dibualkan oleh diorang. Di mana ada Errysha disitu ada Aydan. Kalau dah ada Errysha dan Aydan tidak berhenti bersembang mereka dibuatnya. Ellysha dan Aydan cuti manakala Errysha pula katanya demam malas nak ke kolej. Tapi itu hanyalah penipuan semata-mata, demam lah sangat. Gelak bukan main sakan lagi.

"Rysha bukan taknak pergi kolej tapi Rysha tak rajin la mak som. Mak som jangan kabo kat mama tau, nanti mama bising. Kalau mama tanya cakap je yang Rysha demam" Errysha cuba untuk menghasut Kalsom untuk bersubahat sekali.

"Kau tak beritahu pun, mama akan tahu juga one day" kata Ellysha dengan tenang dan dia menghirup air milo yang dibuat oleh Mak Som sebentar tadi.

"Mama akan tahu kalau kau yang bukak mulut" balas Errysha sambil tenung Ellysha tidak berkelip. Errysha membuat reaksi menyampah, Ellysha asyik taknak sokong aku je.

"Mama ada dekat rumah kan. Terang-teranglah dia nampak kau. Boleh pula kau tuduh aku beritahu mama kalau aku bukak mulut. Ewah kau, kau selamat sebab mama taktahu kau ada kelas je" balas Ellysha kepada Errysha.

"Yelah, sebab tu aku suruh kau, Mak Som, Aydan cakap aku demam, kalau dia tahu aku ada kelas kena bebel lah aku. Ala tipu tu benda biasa apa.. betul tak abang Aydan sayang?" Errysha senyum kepada Aydan.

"Betul. Orang kata apa.. tipu sunnah. Betul tak Mak Som" sokong Aydan sambil senyum kepada semua.

"Tak ada makna lah Aydan oiii" balas Kalsom , kalau dilayan makin menjadi-jadi. Kalsom tersenyum melihat kaenah adik beradik itu. Kepala juga digeleng-geleng. Ada ada je diorang ni.

Errysha mengambil air milo Ellysha dan minum.

Sedang-sedang mereka berbual itu, mereka terdengar bunyi loceng pintu, mereka memandang satu sama lain. Ada orang main loceng ke? Kemudiannya dengar pula bunyi ketukan pintu dan salam. Siapa pulak yang datang tu? Soal masing-masing.

"Siapa datang tu?" Soal Mak Som , dia menuju ke arah singki untuk meletakkan gelas.

"Tak apa Mak Som, biar Qai yang pergi buka" celah Ellysha.

Kalsom hanya mengangguk sahaja. Ellysha berjalan menuju ke arah pintu dengan perlahan-lahan, tangannya mula menyentuh tombol pintu dan pintu itu dipulas lalu dibuka. Sebaik sahaja pintu itu dibuka , kelihatan ada 3 orang , seorang wanita muda, seorang wanita sudah berumur dan seorang seorang lelaki berumur. Nampak pada gaya, satu family.

Nampak pada gaya juga.. mungkin dari keluarga yang kaya. Wanita muda itu, nampak hampir sebaya dengan Ellysha dan Errysha atau tua sedikit. Atau sebaya atau muda sikit. Ehh peduli apa aku bisik hati Ellysha. Lamunannya terhenti apabila 3 pasang mata itu memandang ke arah Ellysha dan seorang lelaki berumur itu mula bersuara.

"Assalammuaaikum. Saya Dato'Aqil, kawan kepada Tan Sri Amar. Tan Sri Amar ada dekat rumah tak?" Soal lelaki itu dengan penuh ramah.

Ellysha membalas senyuman. Hanya lelaki ini sahaja yang senyum pada Ellysha, yang lagi dua beranak tu, hanya muka ketat sahaja. Sombong tak menaikkan imej. Senyum tak menjatuhkan imej.

"Waalaikumussalam. Tan Sri ada je dekat dalam .." jawab Ellysha sopan sambil senyum hormat.

Sebaik sahaja Ellysha habis bersuara, wanita muda itu mencelah dengan kasar. Lantas kepala mereka menoleh ke arah gadis gedik tersebut.

"Papa, yang you pergi tanya orang gaji ni dah kenapa? Masuk aje lah" kata gadis itu selamba . "Waste our time, dia cuma orang gaji"

Gadis itu mulakan langkah untuk masuk ke dalam, tidak sewenang-wenangnya bahu Ellysha dilanggar dengan kasar, Ellysha menyentuh bahunya, ini bukan terkena tapi sengaja. Tak ada adab langsung ! Kau ni kan betina, karang aku lempang juga muka tu, senget sebelah ! Geram Ellysha dibuatnya. Dah lah panggil aku orang gaji.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now