PROLOGUE

11.5K 277 24
                                    

Malam yang dingin dan sunyi menemani dirinya lagi.Beginilah kehidupan seorang Faura Irania setelah kepergian keluarganya.

"Haih letihnya" Keluh Faura sambil memandu melintasi kawasan yang sunyi sepi

Sedang Faura memandu dengan tenang ,dengan secara tiba-tibanya dua buah kereta sport melintasi kereta mewah Faura dengan laju tanpa memikirkan akibat yang akan diterima orang lain.

"Astaghfirullah halazim. Hish! Bodoh ke,kereta mewah tapi adab takde!" Dengan geramnya Faura berkata.

Sedang Faura memandu tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat seperti perlanggaran antara kenderaan dengan pokok.Sangkaan Faura ingatkan ia hanyalah kata hatinya,padahal memang benar ada sebuah kereta telah membelah sebatang pokok di tepi jalan.

Faura mengerutkan dahi apabila melihat kereta tersebut "Eh tu bukan ke kereta yang bawa laju-laju macam nak jumpa tuhan cepat-cepat tu?" Faura berkata sambil melihat kereta tersebut.

"Kejap,kalau kereta tu accident mestilah dalam kereta tu ada orang kan?" Faura berkata seraya memikirkan perihal kereta tersebut.

Faura baru tersedar apa yang dikatakannya, "Aduh kau ni Faura dah nama pun accident mestilah ada orang dalam tu!"Faura berkata sepintas memberhentikan keretanya di belakang kenderaan sport tersebut.

Alangkah terkejutnya Faura apabila terlihat sosok seorang lelaki sedang tertunduk lemah di depan stereng kereta,dengan wajahnya yang sudah bermandi darah dan keringat.

"Ya Allah! Apa aku nak buat ni?!" Faura berkata dengan cemas dengan tangannya yang sudah menggigil hebat.

Faura bertindak mengetuk tingkap kereta tersebut namun tiada respon

Tok!
Tok!

"Encik? Encik dengar tak?" Faura berkata sambil mengetuk tingkap kereta tersebut,namun masih belum ada sahutan daripada lelaki tersebut.

Faura mula panik apabila tiada respon daripada lelaki tersebut.Kemudian Faura bertindak mengambil batu yang terdapat di tepi jalan dan terus memecahkan tingkap kereta tersebut lalu membuka kunci di pintu kereta itu.

"Encik? Encik can you hear me? Please,please open your eyes"Faura berkata namun masih tidak ada sebarang respon daripada lelaki tersebut.

Faura bertindak membuka tali pinggang keledar lalu dengan perlahan-lahan Faura memapah lelaki yang tidak sedarkan diri itu ke belakang seat penumpangnya.

Faura memandu dengan kelajuan yang tinggi dan di dalam hati tidak henti-henti berdoa agar lelaki itu masih bernyawa apabila sampai di hospital.

Sedang Faura memandu tiba-tiba dia terpandang lelaki tersebut daripada pantulan cermin bahawa lelaki itu mula menyedarkan diri sedikit demi sedikit.

"Encik? Encik tak apa-apa?"Faura bertanya,"Bertahan sikit lagi ya,kita hampir sampai" Faura berkata bagi menenangkan lelaki tersebut.

Setibanya di hospital Faura memanggil petugas di sana bahawa terdapat kemalangan serius berlaku,lalu lelaki itu dipapah dan dibaringkan ke atas katil kecemasan, sambil petugas sedang menolak katil tersebut,lelaki tersebut bertindak menggegam erat tangan Faura.

Faura tersentak,namun tetap membalas genggaman tersebut.Ah! takpalah sekarang ni keadaan dia darurat mungkin dia tak sedar apa yang dia lakukan.

Sebelum masuk ke bilik rawatan lelaki tersebut bertindak menarik tangan Faura sehingga tertunduk lalu membisikkan sesuatu di tepi telinga Faura

"Stay" kedengaran suara serak itu berkata namun gagal didengari Faura
"Hah?" Faura mengerutkan dahi apabila suara lelaki itu agak perlahan.
Kemudian lelaki itu membisikkan lagi sekali di tepi telinga Faura dan menyebabkan Faura tersentak "Stay with me please" lelaki itu berkata sebelum katilnya ditolak masuk ke dalam bilik rawatan.

Kemudian, salah seorang nurse tersebut menghampiri Faura dan bertanya "Awak ahli keluarga pesakit ke?" Ah sudah! Aku nak jawab apa? Jawab yang aku ni isteri dia kot?! Memang tak lah!

Hmmm,sesiapa tolong Faura please.

Haish! Takpalah tipu sunat takpe kan? Haha "Aaaa sa-saya kawan pesakit"jawabku tergagap-gagap sambil tersenyum kekok. Fuh nasib baik!

"Ooo kalau macam boleh sign dekat sini untuk lakukan pembedahan dengan segera kerana kecederaan yang kawan cik lalui agak parah" ujar nurse tersebut, aku tanpa membuang masa terus sahaja sign kertas itu.

Kemudian aku melirik jam tanganku yang sudah menunjukkan waktu pukul 2 pagi, "Hmmm lewat dahni ,aku kena balik sebelum esok waktu meeting aku tersengguk-sengguk macam burung belatuk "

Faura berjalan ke arah nurse tadi dan berkata "Saya balik dulu ya, apa-apa pun boleh tak jangan bagitahu sesiapa yang lawat encik tadi kalau saya yang tolong dia" kataku seraya memohon untuk identiti ku dirahsiakan.

"Mestilah boleh" aku mengucapkan syukur nasib baiklah nurse ni memahami.

Sebelum kakiku melangkah pergi dari situ ,aku sempat mengerling lama pintu bilik rawatan yang sedang menempatkan lelaki tersebut " Please be strong and live healthier,so that I can claim my present for helping you" kataku sambil tersenyum nipis sebelum bergerak meninggalkan kawasan hospital tersebut.

Hmmm hambarlah prologue nih haha

16/10/2023
8.33 malam

Jangan lupa vote ,Maseh semuanya<3

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon