BAB 6

5.2K 173 0
                                    

FERHAD membuka matanya perlahan apabila merasakan badannya dihempap sesuatu yang berat.

"Aduh..." Ferhad mengadu sakit.

Seketika mata Ferhad terus membulat apabila kelihatan tubuh Faura yang sedang terlantar di atasnya.

"Faura?Faura?" Ferhad menggoncang bahu Faura lembut apabila Faura tidak membuka matanya. Kemudian mata Ferhad teralih ke arah kotak besar yang berada di sebelahnya.

Mesti Faura menolaknya akibat kotak besar itu yang ingin jatuh menimpanya itu.

Ferhad terus memangku kepala Faura sebelum menepuk pipi mulus Faura perlahan.

"Faura? Bangun Faura..." jantung Ferhad sudah memainkan rentak tidak enak ,apabila Faura masih belum memberi respon.

Seketika tangan Ferhad yang sedang memangku kepala Faura itu terasa basah.

Betapa terkejutnya Ferhad apabila melihat tapak tangannya kini sudah dipenuhi darah segar begitu juga dengan selendang putih Faura yang sudah bertukar warna merah.

Wajah Faura pula sudah bertukar pucat dan nadi Faura mula melemah,menjadikan Ferhad sudah tidak keruan.

"Cik Muda?!" Suara Melissa berteriak kuat apabila melihat keadaan majikannya.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Melissa bertanya dengan suara yang seakan-akan ingin menangis.

Ferhad terus mengabaikan soalan Melissa dan terus sahaja mencempung tubuh Faura berhati-hati sebelum beredar dari situ dengan langkah yang cemas dan laju.

"MACAM mana boleh jadi macam ni Ferhad?" Puan Sri Ellina bertanya dengan nada yang risau. Terkejut dirinya apabila Ferhad menelefonnya bahawa Faura dimasukkan ke hospital.

"Ferhad tengah sibuk check barang-barang company sampai tak sedar yang ada kotak enjin besar nak jatuh dari atas. Lepastu Faura yang tolak Ferhad tapi kotak tu jatuh pula betul-betul atas kepala Faura..."

Ferhad menyatakan dengan rasa bersalah yang membuak-buak kerana sudah mengakibatkan gadis tersebut cedera.

"Stupid Ferhad..." Ferhad bergumam perlahan apabila teringat akan keadaan Faura yang lemah di dalam dakapannya

.Dia tidak dapat bayangkan jika sesuatu yang lebih buruk terjadi kepada gadis tersebut pada waktu itu.

"It's okay it's not your fault..." Puan Sri Ellina berkata bagi memujuk cucunya yang seperti dihempap rasa bersalah yang teramat.

"Keluarga Cik Faura?" Suara doktor yang baru keluar daripada bilik yang menempatkan Faura.

"Ya, saya..." Ferhad terus bergegas laju ke arah doktor tersebut, meninggalkan Puan Sri Ellina yang masih terpinga-pinga di situ.

Tanpa sedar Puan Sri Ellina menguntum senyuman tipis akibat melihat tingkah Ferhad tersebut.

Risau betul dekat bakal isteri dia ya?

"Keadaan cik Faura sudah stabil cuma selepas ini dia akan kerap mengalami pening akibat hempakan enjin yang sangat berat itu. Jadi saya sarankan cik Faura untuk banyak berehat buat masa sekarang..." Lancar sahaja ucapan doktor tersebut memberitahu tentang keadaan Faura.

"Apa hubungan encik dengan pesakit ya?" Doktor itu bertanya sebelum dibalas Ferhad.

"Dia bakal isteri saya..." Ujar Ferhad tanpa kekok dan bersahaja mengundang senyuman bak kerang busuk Puan Sri Ellina.

Hamboih Tok Ma kemain happy ya!

"Kalau macam tu saya pergi dulu ya dan encik dah boleh melawat cik Faura sekarang..." Doktor itu berkata sebelum beredar daripada pandangan mereka.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now