BAB 46

2.4K 82 4
                                    

"ZAYN! Mari turun makan!" Seru Datin Fayyina kuat kepada anak lelakinya.

"Iya kejap lagi Zayn turun!" Balas Zayn tidak kalah kuatnya.

Terus dia keluar dari biliknya dan ruang makan di tingkat bawah ingin dituju. Sedang dia berjalan bersahaja, dia bertembung dengan bilik milik arwah abangnya.

Sudah lama dia tidak menjejaki ke bilik ini. Kali terakhir dia masuk pun waktu Zayyan meninggal dunia. Selepas itu dia tak pernah masuk walau sekali pun, kerana takut akan rindu yang bakal datang menghuni dirinya.

Tapi perasaan rindu itu makin menggunung setelah dia menziarahi kubur arwah abangnya pada waktu kelmarin. Rindu itu semakin menebal.

Tanpa lengah lagi pintu bilik itu terus dibuka. Arahan bondanya untuk turun makan terus dilupakan bagai angin lalu. Bilik ini masih sama. Semua susunannya, kebersihan nya dan yang paling penting bau arwah juga masih dapat dihidu di dalam bilik ini.

Dia mendekati meja kerja arwah dan tersenyum apabila dia melihat bingkai gambar yang terdapat dia dan arwah sewaktu mereka masih sekolah menengah. Wajah dia dan arwah memang berbeza namun masih ada iras nya .Wajah arwah mengikuti wajah ayah mereka Datuk Zade Abdullah, manakala wajahnya pula mengikuti wajah cantik bondanya Datin Fayyina.

Tangannya bergerak mencapai setiap satu buku yang terdapat di situ sebelum satu buku berwarna putih keemasan menarik perhatiannya. Dahinya berkerut pelik.

Kenapa dia tak pernah tengok pun sebelum ni?

Laju saja tangannya mengambil buku tersebut. Baru saja dia ingin membuka helaian buku itu, tiba-tiba ada satu gambar terselit bersama tulisan di belakangnya keluar daripada celahan buku. Terus dia menyelak helaian yang terdapat gambar itu.

Matanya terus lincah membaca setiap patah perkataan yang tertulis di situ dengan teliti. Niatnya untuk melihat gerangan di dalam gambar itu dilupakan sebentar. Berkerut kerut alisnya membaca semua yang tertulis dan ditulis sendiri oleh arwah Zayyan.

Matanya membulat dan memanas membaca semua yang tertera. Katakan kepada dia bahawa semua yang dia tengah baca sekarang ni adalah rekaan semata-mata, bukanlah realiti yang perlu dia terima setelah tiga tahun arwah meninggalkan nya. Kenapa dia baru tahu sekarang? Sepatutnya dari awal awal lagi dia baca semua ini,tapi emosinya tidak mengizinkan.

Dia membaca baris akhir di situ dengan seribu satu rasa yang bercampur aduk.

Maafkan aku Aisya.

Ingatannya kembali bermain pada saat-saat terakhir arwah abangnya. Jadi inilah susuk seseorang bernama Ai yang disuruh cari oleh abangnya. Nama penuhnya adalah Aisya?

Terketar-ketar tangannya ingin membalikkan gambar tersebut.

DANG

Jatuh terduduk dia setelah melihat gerangan di gambar itu. Dia sangat mengenali wanita itu. Lebih daripada kenal. Laju air matanya merembes keluar.Tergeleng kepalanya laju.

Tak.

Tak mungkin.

"Ya Allah, Zayyan.... Apa yang kau dah buat ni?" Air matanya jatuh mengenai buku dan gambar wanita itu.

Patutlah arwah Zayyan kata dia rasa sangat berdosa, tapi tidak dia sangka dosa arwah adalah sebesar ini.

"Allahuakbar..."

BRAK

Pintu dirempuh kasar oleh Datin Fayyina dan diikuti Datuk Zade Abdullah di belakangnya. Wajah tua itu membengis.

"Kamu ni dah kenapa Zayn? Bonda panggil kamu turun banyak kali, kamu tak dengar ke? Kamu buat apa dalam bilik abang kamu ni?"

Datin Fayyina merenung wajah si anak yang menunduk dan terduduk itu sebelum menghampirinya dan diikuti Datuk Zade Abdullah.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now