BAB 28

2.7K 80 0
                                    

"SLEEP well my Irania." Dia tunduk mencium lama dahi licin itu sebelum selimut ditarik menyelimuti tubuh isterinya sehingga paras bahu.

Terus dia keluar daripada bilik dan bergerak turun kembali ke bawah. Semua mata memerhati dirinya yang sedang menuruni tangga.

Uish rasa macam artis pun ada.

"Dah?" Laju Ferhad angguk.

Masing-masing menghela nafas lega mendengar jawapan Ferhad. Mereka rasa bersalah pula sebab datang tak rancang,kan Faura dah letih.

"Faura selalu tidur dahke waktu ni Ferhad?" Soal Datin Elizabeth. Angguk lagi Ferhad.

" Selalu jugak lah. Badan dia tu lemah mama. Mudah sangat nak sakit. Sebab tu dia nak buat kerja berat-berat Ferhad tak bagi. Selalunya Ferhad akan tolonglah, tapi bukan mama tak tahu menantu mama tu degil! Yang Ferhad nak tolong tulah dia tak bagi tolong."

Terangguk-angguk kepala mereka semua mendengar jawapan Ferhad. Puan Sri Ellina hanya tersenyum mendengarnya. Dia tahu Faura keras kepala. Dari dulu lagi. Tak pernah berubah.

"Ferhad ada nak tanya Tok Ma something ni." Laju Puan Sri Ellina melihat cucunya.

"Tanya apa?"

"Macam mana Tok Ma tahu kalau malam Ferhad accident tu Irania yang selamatkan? Sebab dia kata dia tahu kata orang tu Ferhad pun Tok Ma yang bagitahu." Terus disoal neneknya tanpa bertapis.

Lantas Puan Sri Ellina tersenyum penuh makna.

"Kamu tak hairan ke kenapa bengkel yang check kamera kereta kamu ambil masa lama sangat?" Ferhad diam lama sebelum dia tersedar dan membulatkan matanya. Jangan kata..

"Ha! Tok Ma lah yang curi kejap kamera kereta kamu tu nak tengok sapa yang tolong kamu. Tok Ma suruh la boss bengkel tu bohong kamu kata nak check kamera kereta kamu tu ambil masa lama sikit." Terkekeh kecil Puan Sri Ellina melihat cucunya yang terdiam.

Diam tak berkutik Ferhad dibuatnya. Patutlah bukan main lama lagi boss bengkel tu kata ambik masa lama sikit. Ambik masa la sangat!

Datuk Fayyadh dan Datin Elizabeth pula sudah ketawa sakan terhadap anak mereka. Alahai anak.

"Mama,papa. Shhhhh. Irania tengah tidur." Arah Ferhad sambil meletakkan satu jari di mulutnya.Terhenti terus ketawa kedua orang tua itu apabila ditegur oleh anak mereka. Ciss risau sungguh isteri dia tak cukup tidur.

"Sekarang Tok Ma pulak nak tanya kamu. Faura dah cerita pasal keluarga dia dekat kamu? Kamu paksa dia cerita ke dia nak cerita sendiri? Macam mana keadaan dia lepas dia cerita semuanya dekat kamu?" Bertalu-talu soalan yang dilemparkan oleh Puan Sri Ellina terhadap cucunya.

Sekali lagi Ferhad terdiam. Lama. Sebelum dia membalas kembali soalan bertubi-tubi neneknya.

"Irania dah cerita dekat Ferhad. Jujur Ferhad sangat sangat terkejut. Dia sendiri sukarela nak cerita and Ferhad tak paksa. Lepas je dia cerita semua tu dia menangis teruk sangat Tok Ma. Dia termenung. Makan pun taknak. Diam je memanjang. Sampai rasa bersalah Ferhad dibuatnya." Mengeluh panjang Puan Sri Ellina mendengar jawapan Ferhad.

Dia tahu Faura masih belum boleh redha dengan apa yang terjadi. Kerana kehilangan semua orang tersayang sekaligus bukanlah satu hal mudah yang boleh diredhai begitu saja.

" Nih Tok Ma nak tanya lagi sekali.Kamu kenal lah kan semua orang yang rapat dengan dia? Macam Melissa,Tia dengan Ariqa?" Berkerut kening lebat Ferhad mendengar nama yang terakhir itu.

Ariqa?

"I know Melissa and Tia but who's Ariqa?" Giliran dahi Puan Sri Ellina pulak berkerut.Pelik. Takkan Ferhad tak kenal Ariqa.

Kemudian Puan Sri Ellina tersedar sesuatu. Faura adalah seorang yang suka berahsia. Jadi dia mesti merahsiakan tentang Ariqa daripada Ferhad.Mesti dia ada sebab tersendiri sebab rahsiakan semua ini. Dia yakin akan hal itu.

"Ariqa tu polis. Dia inspektor yang bantu Faura tentang kes keluarga arwah mertua kamu." Diam saja Ferhad tanpa ada niat ingin membalas.

How could you Irania. You hiding something from me again?

"Nampaknya banyak benda lagi Ferhad tak tahu pasal isteri Ferhad sendiri. How useless I am." Kecewa saja nada yang dituturkan. Terus Puan Sri Ellina mengatur langkah ke arah cucunya dan tangan kasar itu digenggam.

"Jangan anggap diri Ferhad sebagai suami yang tak berguna. Faura mesti ada sebab dia sendiri kenapa dia taknak bagitahu Ferhad. Ya Tok Ma tahu suami isteri mesti tak boleh ada rahsia antara satu sama lain kan? Tapi Tok Ma yakin lambat atau cepat Faura mesti akan bagitahu Ferhad jugak. Jadi bagi dia masa ok?"

Ferhad membalas genggaman Puan Sri Ellina dan tersenyum nipis. Ya. Dia perlu bagi isterinya masa. Dia tahu isterinya jugak tidak mahu berahsia dengannya tapi dia terpaksa.

"Thanks Tok Ma. Sayang Tok Ma kesayangan Ferhad ni...." Dipeluk tubuh tua itu bagai tidak mahu lepas. Betapa dia sayang akan insan yang bergelar nenek kepadanya ini.

Tangan berkedut itu naik membalas pelukan cucunya dan tertawa kecil. Ini adalah satu-satunya cucu yang dia miliki mestilah dia sayang sangat-sangat. Dia menjaga Ferhad dari kecil bagai menatang minyak yang penuh.

Melihat cucunya membesar menjadi dewasa membuatkan dia berasa berjaya mendidik cucunya menjadi seorang lelaki sejati dan berkeperibadian tinggi seperti arwah suaminya.

"Dah dahlah buat drama pukul 7 tu. Lewat dah ni. Esok kamu kerja pulak Ferhad. Ha mak jom. Sudahlah peluk cucu kesayangan mak tu." Terhenti momen indah mereka berdua bila suara Datin Elizabeth memecahkan hening.

Eleh cemburu la tu orang hug tak ajak dia.

Mencebik Puan Sri Ellina mendengar kata-kata anaknya.

"Kamu tu cemburu kan? Sebab tu tak bagi mak peluk cucu mak lama-lama." Jelingan saja menjadi balasan soalan Puan Sri Ellina.

Tertawa besar Ferhad melihat adegan itu. Dari dia kecik sampai la besar mama dengan Tok Ma tak pernah sehaluan. Ada ja hal yang nak dibesarkan.

Ferhad menghantar keluarganya ke pintu hadapan.

"Kami balik dulu ya!" Serentak mereka bertiga berkata sambil melambai ke arah Ferhad. Lambaian mereka dibalas oleh Ferhad tenang.

Hilang saja kereta itu dari perkarangan rumahnya terus dia naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya.

Kelihatan posisi isterinya masih sama seperti mana dia meletakkan dia pada awal tadi. Lantas dia membuka t-shirt yang dipakainya dan dilemparkan ke dalam bakul pakaian.

Terus dia berbaring di sebelah isterinya dan mengamati segenap wajah cantik itu dan laju dia mengingat tentang seseorang yang bernama Ariqa itu.

Takpa Ferhad. Bagi isteri kau masa. Bila nanti tiba saat yang tepat mesti dia akan bagitahu kau punya.

Dia menarik tubuh kecil itu merapat ke arahnya dan memeluk ia dengan erat dari arah belakang.

Merengek sedikit Faura apabila merasa tidurnya diganggu. Laju tangan sasa itu menepuk perlahan paha isterinya bagi menenangkan dia.

Bibirnya terus mendarat ke arah dahi,kening,hidung,pipi dan akhir sekali bibir itu dicium sekilas. Rutin hariannya sebelum tidur. Jika tidak melakukan ia sehari,dia berasa tidurnya tidak lengkap.

She is his obsession for real.

"Good night again my Irania."

8/11/2023
11.59 malam

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz