BAB 24

2.9K 91 0
                                    

RESAH hati Ferhad apabila panggilan dia tidak dijawab oleh isterinya. Salahnya juga kerana terlalu sibuk dengan urusan syarikat sehingga tidak sempat menjawab satu pun panggilan dari isterinya.

Dia menguakkan rambut lebatnya ke atas dengan wajah penuh kekesalan. Sekali lagi dia mendail nombor isterinya namun masih juga tidak terjawab. Hatinya sudah dilanda rasa tidak enak.

"Kenapa kau tak jawab Irania? I'm sorry,aku tak sempat angkat satu pun panggilan kau. Angkatlah...jangan macam ni Irania."

Dia terus menerus mendail nombor isterinya namun hasilnya tetap sama,tiada juga yang mengangkat. Ferhad terus mendengus geram.

"Kalau kau tinggal sekejap je kerja kau tu untuk jawab panggilan isteri kau semua takkan jadi macam ni lah! Stupid Ferhad!" Meramas-ramas rambutnya dengan rasa sebal.

Akhirnya dia hanya memutuskan untuk meninggalkan mesej suara sahaja kepada Faura.

"My Irania...aku minta maaf. Aku betul-betul leka buat kerja sampai aku abaikan panggilan kau. Aku minta maaf ya? Just please answer my calls. Kalau ada apa-apa yang kau nak bagitahu aku je tau? Bye Mi Hermosa." Terus mesej suara itu dihantar kepada si isteri.

Oh tuhan, janganlah apa-apa terjadi kepada isteriku itu. Kau lindungilah dia di mana jua dia berada.

Kerana sesungguhnya aku cintakan dia. Ya perasaannya sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Dia jatuh cinta.

Dia jatuh cinta dengan isterinya. Dia sudah berjanji akan mengungkapkan semua itu pada waktu yang tepat.

Itu janji dia.

LANGKAH Faura terhuyung-hayang apabila memasuki kawasan rumah. Lekas-lekas dia berpaut pada dinding bagi menstabilkan kedudukannya.

Selepas menerima mesej dan amaran tadi kepala Faura telah berfikir bermacam jenis perkara negatif sehingga kepalanya pening dan ringan saja ingin jatuh.

Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada suaminya.

Dia tidak mahu suaminya jadi mangsa seterusnya akibat daripada dia. Kerana dia jugalah punca arwah keluarganya meninggal dunia.

Semuanya adalah salah dia.

Air matanya mengalir tanpa dipinta apabila teringat akan hal itu. Sayu saja tangisannya kedengaran. Kepala yang tadi mahu membaik kembali berdenyut dan berat.

Faura mengurut dahinya bagi menghilangkan pening yang menjelma.

Perlahan dan berhati-hati saja langkahnya untuk menuju ke tingkat atas. Dia memegang erat pemegang di tangga itu bagi mengelakkan dia terjatuh.

Sesampai saja di bilik Faura lekas mengambil ubat di dalam laci dan menelannya rakus.

Telefon dia pula sudah habis bateri. Dari tadi ada bunyi orang menelefon tapi dia tidak mengangkat kerana dia terlalu melayan peningnya.

Terus dia merebahkan dirinya ke atas katil. Dia ingin tidur sebentar sebelum dia mandi kerana pening yang dialaminya pada masa kini sangatlah hebat.

"I miss you sayang." Matanya terus terpejam rapat akibat pengambilan ubat tadi.

FERHAD mengerling sekilas jam tangannya yang kini menunjukkan pukul 9 di sini. Kalau dekat Malaysia mesti dah tengah malam ni.

Tapi tetap saja isterinya tidak menghubunginya kembali. Dia sudah tidak senang duduk.

Kau kenapa Irania?

"Ah! Aku tak kira! Hari ni jugak aku balik Malaysia!" Terus dia mendail nombor Zayn.

"Zayn kau tolong tempah tiket balik Malaysia untuk hari ini boleh tak? Kerja aku pun bukan ada apa dah pun. Elok aku balik je." Terkekeh kecil Zayn di hujung talian.

"Kau nak balik cepat ni pasal rindu bini kan? Dulu tak pernah pun kau macam ni. Tapi takpelah aku malas nak ambil tahu." Usik Zayn kepada Ferhad.

Merengus geram Ferhad dengan Zayn. Ada saja benda nak digaduh!

Dah ada bini balik la!

"Ha aku dah tempah tiket balik. Pukul 11 kejap lagi. Itu je yang paling awal.Better kau pack baju sekarang." Ferhad menghela nafas lega mendengarnya.

"Ok. Thanks my bro" tersengih saja Zayn di hujung talian.

"Most welcome my cousin."

Oh rindunya dekat isteri aku! Tunggu aku balik Irania!

TERCELIK mata Faura apabila kedengaran azan berkumandang dari masjid yang berdekatan. Terus dia memandang ke arah jam di dinding bilik.

Pukul 5 pagi.

Nasib baik dia cuti kalau tidak mesti dah terbabas solat Isyak dengan subuh.

Faura bangun perlahan-lahan daripada katil. Badannya terasa letih dan sangat tak bermaya.

Baju kerja kelmarin pun dia tak sempat tukar sebab pening sangat. Kata nak tidur sekejap je nah sekali terbabas sampai subuh.

"Aduh, kepala aku..."

Dia terus melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan diri dengan harapan dirinya akan kembali segar dan sihat seperti sediakala.

Namun harapannya meleret apabila dia melihat termometer yang menunjukkan suhunya kini adalah 39 celcius.

Patutlah tadi waktu mandi kena air sikit pun dah menggigil sejuk. Demam rupanya.

Dahla tengah senggugut sekarang ni plus demam. The best combination ever. Haihlah waktu-waktu macam ni lah suami nak takde pun!

Terus dia menelan ubat demam dan ubat painkiller dia. Badan dia sekarang ni memang sumpah tak berdaya gila. Rasa macam ada jasad je nyawa takde pun

Nasib baik hujung minggu hari ini. Syarikat dia memang cuti hari minggu pun.

Silap-silap nak angkat tisu pun dia tak larat dah. Kali terakhir dia demam teruk macam ni pun waktu dia pengsan kat pejabat dulu.

Untung Melissa ada kalau tidak, terbaring kejung jela dia dekat situ.

Faura menguap kecil sambil menutup mulutnya. Matanya sudah merasa memberat. Maksudnya ubat tadi sudah mula bertindak.

Terus saja dia terlelap.

"THANKS Zayn" ucap Ferhad apabila dia telah tiba di hadapan rumahnya. Terlihat kereta isterinya di sebelah keretanya membuatkan dia terasa lega.

"Sama-sama. Dah pergilah masuk,kesian Faura." Angguk saja Ferhad mendengar ujaran sepupunya itu.

Terus dia keluar dari perut kereta Zayn dan melihat sekilas kereta itu meninggalkan kawasan rumahnya.

Laju saja langkahnya dibawa ke arah pintu rumah. Pintu rumah dibuka dan dahi dia berkerut dengan suasana rumah yang sunyi dan gelap gelita itu.

Isterinya pergi mana?

"Irania? Irania...." Suara kuat Ferhad menyeru isterinya. Namun tiada yang menyahut. Terus dia membuka suis lampu di ruang tamu dan bergegas ke ruang atas.

Dia pasti isterinya kini berada di dalam bilik mereka. Tapi takkan tidur dah kut? Baru pukul 9 malam.

Tapi dia hanya berfikir positif kerana hari ni adalah hujung minggu mungkin isterinya ingin berehat lebih lama.

Husnuzon saja.

KLAK!

Pintu bilik tidur mereka dibuka. Dia tersenyum lega apabila kelihatan isterinya yang sedang berselubung di dalam selimut itu.

Tak panas ke? Dengan kipas, aircond pun tak bukak. Terus dia meletakkan luggage di ditepi dan dia melabuhkan duduk di samping isterinya.

"Irania-" baru saja dia menyentuh pipi gebu itu terus saja matanya membulat apabila terasa haba isterinya yang tinggi.

Panas!

5/11/2023
7.45 malam











𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now