BAB 12

4.4K 141 4
                                    

"MANA Irania Mama?" Ferhad bertanya kepada Datin Elizabeth apabila kelibat isterinya tidak kelihatan.

"Faura dah naik atas. Penat sangat lah tu..." Balas Datin Elizabeth. Dia tersengih mendengar nama panggilan yang diberikan oleh Ferhad kepada Faura.

Hari itu kemain taknak bagai. Sekali dia yang melebih-lebih.

"Takpalah mama. Ferhad naik dulu tau? Isteri Ferhad dah tunggu tu..." Ujar Ferhad bersama senyuman nakal dan mengundang wajah meluat Datin Elizabeth.

Macam dia sorang je ada bini!

Kemudian.

KLAK!

Pintu bilik Ferhad dibuka olehnya perlahan-lahan. Bila saja pintu itu dibuka, kelihatan satu susuk tubuh sedang berdiri di hadapan cermin sambil menyikat rambutnya yang panjang itu.

Langkah Ferhad terus terbantut apabila melihat isterinya tanpa sebarang lilitan tudung di atas kepala buat pertama kali. Faura kelihatan begitu cantik dengan kulit putihnya yang mulus dan rambut yang panjang hingga ke paras pinggang itu.

Alahai isteri saja nak uji iman aku ke apa ni?

Sebab iman dia benar-benar kian runtuh dah ni.

"Sayang..." Faura menyeru nama panggilannya untuk Ferhad yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu itu. Dah kenapa suaminya tu? Taknak masuk bilik ke?

"Kenapa sayang tercegat je dekat situ? Masuklah nanti aircond tak sejuk dahla sebab sayang biar pintu terbuka..." Faura menegur lembut.

Ferhad yang mendengar nama panggilan Faura untuk dirinya itu terus bagai mahu rebah.

Longgar terus skru lutut dia dengar Faura panggil dia sayang. Allahuakbar.

Melihat Ferhad yang seakan-akan tidak ada tanda ingin bergerak terus sahaja Faura menghampiri suaminya itu dan melekapkan belakang tangannya di dahi Ferhad.

"Tak panas pun? Sayang kenapa ni?" Faura terus menyoal Ferhad risau.

"T-Taklah aku ok je. Kau dah solat isyak? Kalau belum jom solat sekali.." ajak Ferhad bagi membuang rasa gemuruh di dada.

"Belum. Saya tunggu sayang dulu baru nak solat sama-sama..." Balas Faura sambil memandang seraut wajah kacak suaminya itu.

Perlahan-lahan tangan Faura naik mengusap lembut rambut tebal Ferhad sambil memanah lembut mata amber itu.

"Sekarang sayang pergi ambil wuduk dan imamkan solat kita berdua. Boleh sayang?" Faura bertanya.

Laju sahaja Ferhad mengangguk bagi soalan isterinya itu dan mengundang ketawa kecil Faura.

Mungkin sebab faktor usia yang Faura lebih tua daripadanya menjadikan Ferhad nampak keanak-anakan di matanya. Namun tetap saja Faura menghormati Ferhad sebagai seorang suami.

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH" ucap Ferhad apabila memalingkan pula kepalanya ke kiri bagi menyempurnakan solat yang ditunaikan.

Ferhad terus menadah tangan membaca doa dan berzikir.

Terus dia berpaling dan menyerahkan tangannya ke arah Faura dan terus sahaja di salam oleh isterinya. Ferhad pula bertindak mencium dahi Faura apabila isterinya itu sudah mengangkat kepalanya.

"Terima kasih sudi jadi imam saya sayang..." Ucap Faura ikhlas dan terharu.

"Sama-sama my Irania..."

Seketika Faura menutup mulutnya apabila dia bertindak menguap kecil menandakan dia sudah mengantuk.

"Dah mengantuk?" Tanya Ferhad.

Laju saja Faura mengangguk.

"Belakang saya pun sakit ni sebab berdiri lama sangat tadi..." Kata Faura sambil mengurut-ngurut perlahan belakang badannya sebelum ada satu tangan lain yang mengurut belakangnya.

"Jom kita tidur. You've done well today my Irania. So you should get properly rest okay?" Ujar Ferhad sambil mengusap lembut pipi isterinya. Apabila kelihatan mata isterinya yang kian layu itu laju sahaja Ferhad membantu Faura menanggalkan telekung nya.

"Thank you..." Ucap Faura bersama mata yang hampir memberat.

Ferhad hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Macam budak-budak betul! Comel sahaja gayanya.

Apabila Faura menjatuhkan sahaja badannya di atas katil terus sahaja Faura dijemput lena. Penat sangat la tu.

Ferhad yang melihat kelakuan isterinya itu hanya mampu menggelengkan kepala.

Ferhad terus membaringkan tubuhnya di samping isterinya dan pinggang ramping Faura dipeluk erat daripada belakang. Dagunya dijatuhkan ke atas kepala Faura.

Nampak sangat kata Faura ni pendek.

"Good night my Irania,Mi Hermosa..." Ucap Ferhad sebelum mencium sekejap ubun-ubun isterinya sebelum dia pun dijemput lena.

FAURA terus mencelikkan matanya apabila alarm telefon nya berbunyi menandakan sudah masuk waktu subuh.

Faura yang baru berura-ura ingin bangun terus terbantut akibat ada satu lengan kekar yang sedang melingkari kejap pinggang rampingnya bagai tidak ingin lepas sahaja.

Faura terus menepuk-nepuk perlahan lengan sasa itu.

"Sayang? Bangun. Dah masuk waktu subuh ni..." Ujar Faura bersama suara yang baru bangun tidur.

"Hmm..."

Ferhad bukan bangun malah makin mengetatkan lingkaran lengannya di pinggang Faura. Wajahnya terus disembam di celah leher jinjang isterinya.

"Sayang. Hei bangun. Nanti lewat subuh ni..." Faura memujuk lagi sekali.

Kalau tak jalan jugak memang aku tinggal dia sorang-sorang tanggung dosa.

"What time is now Irania?" Ferhad bertanya dengan suara serak basahnya yang kedengaran agak seksi di telinga Faura. Tangannya masih belum dialihkan dari pinggang Faura.

Faura pula terus berdehem sebelum menjawab soalan suaminya.

"It's 6 A.M right now sayang. Cepatlah nanti kita terlepas subuh..." Ujar Faura sambil bibirnya memuncung sedikit.

"Alright my Irania. Wait for me okay?" Faura terus sahaja mengiakan kata-kata suaminya itu.

"INGATKAN nak bertapa dalam bilik terus tadi..." Perli manja Puan Sri Ellina terhadap cucunya itu.

Datin Elizabeth pula sudah tersengih macam kerang busuk apabila melihat susuk anak dan menantunya menuruni tangga sambil berpegangan tangan.

Amboi! Gaya pegang tangan tu macam ada orang nak ambik isteri dia.

Faura hanya tergelak kecil mendengar perlian Puan Sri Ellina untuk mereka berdua itu.

"Faura tidur lena tak malam tadi?" Tanya Datuk Fayyadh.

Belum sempat Faura menjawab soalan bapa mertuanya terus sahaja ada suara lain yang menyampuk.

"Mestilah lena. Bantal peluk baru ada kat sebelah kut..." Ujar Ferhad bersama senyuman sinis di bibir.

Terus sahaja Faura menampar perlahan peha Ferhad. Tak behave betul lah mulut tu!

Dia pulak yang malu dengan semua orang sekarang ni!

Apalah nasib dapat suami gatal macam ni!

24/10/2023
12.22 malam

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now