BAB 54

4.1K 92 1
                                    

7 bulan kemudian...

Faura sedang duduk bersandar di katil bilik sambil tangannya sibuk melayani media sosial. Sebelah lagi tangannya naik mengusap perut memboyot nya.

Kini usia kandungannya sudah cukup sembilan bulan, bila-bila masa saja dia boleh melahirkan. Mendesis sikit dia apabila merasakan tendangan daripada anak-anak nya.

Anak-anak?

Alhamdulillah doktor sahkan dia mengandung kembar! Yang paling teruja sekali pastilah Ferhad bila dia dapat tahu dia dapat dua sekaligus.

Jantina anak-anaknya juga sudah diketahui.

It's a girls!

Bibirnya mencebik bosan. Dah tujuh bulan dia tak pergi kerja. Ferhad lepas je tahu dia mengandung, terus suruh dia duduk rumah tak boleh keluar la, tak boleh buat kerja rumahlah, tak boleh buat kerja office la, semua tak boleh!

He's so overprotective!

Kerjanya di IREX GROUP pun suaminya ambik alih. Itu yang hari-hari balik kerja muka macam ayam berak kapur tu. Sian suami saya...

Tergelak kecil Faura apabila teringat akan memori di mana Ferhad terkena alahan mengandung sewaktu kandungannya cukup enam bulan.

Uwerk
Uwerk

Usai saja memuntahkan semua isi perut, Ferhad menyandarkan tubuhnya ke pintu bilik air. Dia memandang wajah cantik berseri isterinya yang sedang menahan diri daripada untuk tertawa.

Isterinya sangat cantik. Bertambah lagi cantiknya apabila sedang mengandung kini. Berseri-seri betul! Sebab tu dia tak bagi Faura keluar, nanti ada orang caras isteri dia!

Ferhad jeling manja kepada isterinya. Terletus tawa indah Faura melihat jelingan suaminya.

Alahai suami...

"Alolo, Sian sayang saya ni..." Faura terus duduk perlahan dengan memegang perutnya sebelum tubuh Ferhad dipeluk.

Laju Ferhad balas. Dia menghidu bauan isterinya di celah leher jinjang itu. Sangat menyamankan. Hilang terus rasa nak muntah tadi.

My painkiller...

"Irania..."

"Hmm?"

Faura menjenguk sikit wajah tampan suaminya yang sedikit lesu itu.

"Sayang teringin daging unta la... Jom esok kita pergi Mesir makan daging unta nak tak?" Membulat mata Faura mendengar keinginan suaminya.

Biar betul? Daging unta?

Aih, aku ke dia yang mengandung sekarang ni?

"Hah?! Daging unta? Sayang jangan buat gila la. Banyak lagi daging kat Malaysia ni. Kuda, arnab, rusa, kambing, lembu, biri biri, itik, kijang, macam macam lah. Kita makan dekat sini je eh? Tak payah la sampai overseas..."

Tanpa dipinta air mata Ferhad laju turun. Dia sedih Faura tak nak ikut kemahuan dia. Dia pun tak tahu kenapa dengan diri dia. Cengeng.

Panik Faura melihat suaminya menangis.

"Eh! Saya ada salah cakap ke? Sayang... Boleh je kita nak pergi overseas, tapi saya kan tengah mengandung. Saya cepat letih dan lesu. Lagi satu saya bawak dua anak sayang tau bukan satu. Kesian la dekat saya..."

Terdiam Ferhad mendengarnya. Baru dia sedar. Mana boleh mereka pergi ke sana sini, isterinya kan tengah mengandung. Karang jadi apa-apa mahu menyesal tak sudah dia.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz