BAB 45

2.7K 77 1
                                    

Uwerk

Sudah masuk kali keempat Faura muntah pada pagi ini. Tekaknya terasa loya namun yang hanya keluar hanyalah air liur semata-mata. Dahla sekarang pukul tiga pagi baru. Tak nyenyak tidurnya.

Dia bersandar lemah ke belakang pintu bilik air. Terpejam matanya apabila merasakan pening menjelma. Tekaknya pula terasa pedih sekali.

Dia ada salah makan ke?

Terbuka sikit masa Ferhad apabila dia mendengar sayup-sayup suara seseorang kedengaran. Tangan dia naik meraba raba tempat di sebelahnya namun kosong. Terus dia melihat ke arah pintu bilik air dan lampu yang terbuka.

Laju dia menyelak duvet melangkah ke arah bilik air. Membulat sikit mata Ferhad melihat keadaan isterinya yang sedang bersandar di pintu bilik air dengan dahi berkerut.

"Irania!"

Terus dia melutut di hadapan isterinya dan wajah itu ditekup. Tercelik sikit mata Faura melihat wajah penuh kerisauan suaminya.

"Sayang..." Lemah sekali dia menyeru sang suami.

Haba yang sedikit panas dapat dirasai oleh Ferhad apabila dia menekup wajah sedikit pucat itu.

"Ya... Awak kenapa ni Irania? Pucat sangat ni, jom kita pergi hospital sekarang!"

Tangan Ferhad berura-ura ingin mencempung tubuh mungil itu namun ditegah oleh Faura dengan gelengan.

"Saya ok lah. Muntah dengan pening sikit je ni. Kejap lagi baik lah ni." Tersenyum nipis dia ke arah suaminya bagi meyakinkannya.

Baru saja Ferhad mahu membalas tubuhnya ditolak perlahan oleh Faura sebelum Faura kembali muntah ke dalam mangkuk tandas. Laju sebelah tangan dia memegang rambut lurus itu dan sebelah lagi tidak henti-henti mengusap belakang tubuh Faura.

"Ini awak kata sikit? Takde sayang tak kira, jom bersiap pergi hospital. Risau lah sayang!" Dia berkata sebaik saja Faura selesai muntah dan beralih ke arahnya.

Tersebik kecil bibir Faura mendengar nada sedikit garang suaminya. Perlahan saja air matanya mula turun dengan lebat sekali.

Ferhad garang dia takut.

Tapi dia tak nak pergi...

"Eh! Awak kenapa nangis pulak dah ni? Sayang ada salah cakap ke?" Lantas tubuh Faura dipeluknya bagi meredakan tangisan isterinya.

Faura menjarakkan sedikit diri mereka sebelum tangisannya makin menjadi-jadi. Ditumbuk perlahan dada bidang suaminya yang tidak berbaju.

"Sayang lah! Saya dah kata tak nak pergi hospital tu tak nak lah! Janganlah paksa! Dahla tinggi suara dekat saya pulak tu! Bencilah sayang ni! Isk isk..."

Allah.

Dia ingatkan sebab apalah Faura nangis. Rupanya sebab dia ajak pergi hospital je. Tapi nada dia biasa je mana ada tinggi.

"Ok ok. Kita tak pergi hospital. Tapi kalau esok pagi masih teruk macam ni kita pergi hospital ok?" Lembut selembutnya dia menuturkan kata-kata itu supaya Faura tidak kembali nangis.

Faura menyedut sikit hingus nya sebelum memandang Ferhad dengan mata sembab nya sebelum angguk sekilas.

Tangan Ferhad terus mencempung perlahan tubuh itu.

"Sekarang kita tidur ok?" Anggukan juga dibalas Faura.

Senyum saja Ferhad melihat wajah sembab isterinya. Dikucup lama dahi isteri kesayangan dengan penuh kasih sayang.

Dia membaringkan Faura di atas tubuhnya dan paha isterinya ditepuk-tepuk perlahan bagi menidurkan isterinya lagaknya seorang bayi. Dapat dia rasa lehernya yang sedikit basah dengan air mata Faura.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now