BAB 48

2.6K 80 0
                                    

FAURA masih bingung walaupun setelah mendengar cerita Melissa. Apa salah dia? Kalau Melissa sendiri yang serah diri dekat arwah Zayyan?

Dia memandang wajah Melissa yang sekejap ketawa,marah,sedih dan lain-lain riak lagi. Sekali pandang sumpah macam orang baru terlepas wad orang gila.

Terus bibir Melissa menyenget melihat reaksi bingung Faura.

"Kau nak tahu tak dekat mana salah kau?" Faura hanya diam tidak berniat ingin membalas.

Mata Melissa naik menikam tajam mata hazel Faura penuh dendam.

"Lepas je semua malam indah yang kami lalui,kau nak tahu dia cakap apa pagi tu? Dia cakap ini semua satu kesilapan! Waktu tu aku boleh nampak dalam mata dia,yang dia masih sukakan kau! Kau tahu tak betapa hancurnya aku waktu tu?! Lepas aku dah bagi dekat dia semuanya, dia masih pilih kau Faura! Kau! Perempuan yang tolak cinta dia!"

Tetap saja Faura diam. Dia masih berasa jawapan Melissa belum kukuh untuk membuktikan yang dia bersalah dalam hal ini.

"Bila aku tahu aku mengandung, aku berhenti kolej. Aku tinggalkan semua orang tertanya-tanya,termasuk Zayyan. Sejak hari kami bersama malam tu,aku dah tak pernah jumpa dia. Kalau dia nampak aku pun dia mengelak. Aku boleh nampak betapa jijiknya dia terhadap aku. Sedangkan bila dengan kau dia boleh bergelak tawa! Aku cemburu! Yes aku cemburu dengan kau! Sebab tu aku pilih nak balas dendam pada Zayyan."

Dia berhenti sekejap membiarkan air matanya mengalir. Faura yang melihat sudah jatuh kasihan. Tipulah kalau dia tidak sedih melihat Melissa sebegini, sedangkan mereka sudah bekerja selama tiga tahun bersama.

Melissa menghembuskan nafas perlahan sebelum tertawa kecil. Sinis.

"Tapi dendam aku tak dapat dilaksanakan bila aku dapat tahu yang dia dah mati bila aku balik Malaysia. Aku nak balas dekat keluarga dia pun tak boleh. Sebab apa? Sebab dia kan sebatang kara. Jadi aku selesaikan dendam aku kepada kau, atau lebih tepat keluarga kau..." Sinis saja Melissa menuturkan kata-kata itu.

Berdetak kencang jantung Faura mendengar jawapan akhir Melissa.

Jangan kata pada dia yang...

"Yes! Aku yang upah orang bunuh semua ahli keluarga kau, puas hati? Kau suka tak kejutan hari lahir kau daripada aku?" Pecah tawa besar Melissa seperti satu kepuasan.

Membulat mata inspektor Ariqa mendengarnya. Dia melihat Faura di samping yang sudah menggigil dan air mata terus mengalir hebat. Tergeleng kepala Faura mendengarnya.

Tak.

Tak mungkin.

Ibu, Walid, Firash...

"Kenapa?! Kenapa kau bunuh keluarga aku hah?! Kau puas ke bunuh kebahagiaan aku, puas?! Kau memang jahanam lah betina! Memang aku bunuh kau Mel! Kenapa kau bodoh hah?! Kalau kau ada masalah dengan aku, selesaikan dengan aku ajelah! Kenapa kena libatkan orang yang tak bersalah! Puas kau tengok aku menderita macam orang gila?! Puas?!"

Lemah saja tubuhnya setelah menuturkan semua itu. Tidak dia sangka, pembunuh yang dia cari selama tiga tahun lamanya. Rupa-rupanya di hadapan matanya?

Allah.

Setitis air mata inspektor Ariqa jatuh mendengar luahan Faura. Dia juga terkejut, pembunuh yang mereka cari selama ni adalah Melissa. Depan mata mereka sendiri.

"Kenapa kau kata arwah Zayyan sebatang kara?" Inspektor Ariqa menyoal. Dia mahu Faura berehat. Dia tidak mahu Faura terlalu melayan perasaan sedih. Faura hanya diam memandang inspektor Ariqa.

Dia sudah tiada tenaga setelah menjerit sekuat hati tadi. Semua tenaganya bagai diserap pergi.

Melissa memandang inspektor Ariqa.

"Semua orang dekat kolej tu tahu yang Zayyan sebatang kara. Kalau kau tanya dia mana keluarga dia? Takde gambar mak ayah ke? Takde adik beradik ke? Jawapan dia memang dia sebatang kara. Kalau betul dia ada keluarga mesti bila orang tanya dia akan bagitahu kan? Apa bodoh sangat soalan kau ni?" Melissa tawa sinis.

Giliran inspektor Ariqa pula tersenyum sinis. Yakin nya kamu...

"We will see who is the stupid one bitch!" Dia bergumam perlahan.

We'll see.

MUNDAR mandir Ferhad diruang tamu sambil melihat jam. Sekarang dah pukul tiga petang. Faura keluar pukul lapan pagi tadi dengan Tok Ma.

Sibuk sangat ke shopping sampai dia call pun tak angkat?

Sekali lagi dia mendail nombor si isteri namun hampa masih tidak berjawab. Hatinya kini sudah dihurung rasa risau.

"Awak tengah buat apa ni Irania?"

Dia mahu menelefon Puan Sri Ellina, tapi takut dilabel terlalu mengongkong kebebasan isterinya pula.

Arrgghhh dia tak kira!

Laju saja nombor neneknya didail.

"Hello Ferhad. Kenapa telefon Tok Ma ni?" Suara itu menyeru hairan. Giliran Ferhad pula hairan mendengar soalan neneknya.

"Faura mana? Dia ada dengan Tok Ma tak? Bagi kejap telefon dekat dia." Makin berkerut kening Puan Sri Ellina. Cucunya ni dah kenapa?

"Kamu ni dah kenapa Ferhad? Boleh kamu tanya isteri kamu dekat mana? Dia mana ada dengan Tok Ma. Jangan jangan kamu berdua gaduh sampai dia lari tak?! Bagitahu Tok Ma sekarang Ferhad!"

Berdegup laju terus jantung Ferhad. Jadi Faura membohongi nya? Kalau dia tak keluar dengan Tok Ma, dia pergi mana?

Allah, Irania...

"Tak. Kami tak gaduh. Sebab pagi tadi dia kata Tok Ma mesej dia, ajak dia pergi shopping. Itu yang Ferhad tanya Tok Ma tu. Sekarang ni Ferhad risau sebab tak tahu dia pergi mana. Call pun tak angkat. Orang risau lah..."

Terus Puan Sri Ellina gusar. Pergi mana pulak si budak Faura ni?

"Pukul berapa dia keluar pagi tadi?" Soal Puan Sri Ellina.

"Pukul lapan pagi." Balas Ferhad resah.

"Allahuakbar. Faura pergi mana ni? Takpa sekarang ni kamu keluar cari dia dulu. Kalau tak jumpa call Tok Ma atau papa. Kita cari sama-sama." Senyum nipis Ferhad. Dia terharu.

"Baik Tok Ma." Lantas panggilan ditamatkan.

Kunci kereta dicapai. Terus dia bergerak ke pintu rumah. Baru saja dia melangkah keluar,ada sebuah kereta menghampiri. Susuk tubuh daripada kereta itu keluar. Pelik dia.

"Zayn?"

Berlari anak Zayn ke arah Ferhad bersama buku putih keemasan milik arwah abangnya.

Setibanya dia di hadapan Ferhad, terus dia diserbu dengan soalan oleh Ferhad.

"Zayn? Kau nak apa datang rumah aku? Kalau tak penting kau datang hari lain boleh? Aku tengah ada kecemasan sekarang ni. Faura hilang. Risau aku,bila aku call tak berjawab." Zayn terkejut.

Nampaknya Aisya dah mula bertindak. Namun dia tak sangka secepat ni.

"Aku rasa aku ada jawapan ke mana isteri kau menghilang." Buku putih keemasan itu disua kepada Ferhad.

"Maksud kau?" Walau pelik,dia tetap menyambut huluran buku itu.

Dia membuka helaian yang ditanda dengan gambar seseorang itu.

Setiap perkataan dibaca dengan dahi berkerut sebelum gambar yang berada di tangannya dilihat. Terkejut. Itu yang dia rasakan saat ini.

Matanya naik memandang ke arah Zayn dengan pandangan bingung.

"Ini bukan ke..." Percakapannya dipotong Zayn.

"Ya. Itu dia. Melissa. PA isteri kau."

"Dia suspek utama,isteri kau hilang."

Ferhad menggenggam buku itu erat penuh amarah. Membayangkan wajah cantik isterinya disakiti pun sudah mampu buat darahnya menyirap.

Sial kau perempuan.

7/12/2023
6.39 petang







𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now