BAB 2

6.1K 208 6
                                    

"ASSALAMUALAIKUM" Suara Ferhad memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam rumah

" Waalaikumussalam,Eh! Anak mama dah balik!" ujar Datin Elizabeth dengan nada teruja saat Ferhad bertindak menyalami tangannya.

"Sekarang Ferhad naik mandi,solat lepastu turun makan ya sayang" kata Datin Elizabeth dan dibalas dengan senyuman manis oleh anak tunggalnya.

"MACAM mana kerja hari ni Ferhad?"ramah mamanya bertanya.

"Everything's just doing fine nothing worst cuma.." ucapan Ferhad terhenti seketika "cuma apa?"tanya papanya pulak.

"I still can't find the girl ,it's almost three months papa"Ferhad berkata sambil mengeluh.

"Ferhad tak tengok kereta Ferhad punya kamera belakang ke? Mana tahu boleh dapat nombor plate kereta perempuan tu?" Bersungguh-sungguh Datuk Fayyadh berkata bagi memberi semangat kepada anaknya.

"Ferhad dah hantar kamera tu dekat kedai untuk tengok nombor plate tu dengan lebih jelas tapi boss kedai tu tak inform apa-apa pun lagi dekat Ferhad,takkan rosak teruk kut?" Kata Ferhad dengan kesal sambil meraupkan rambutnya ke atas.

"Nak baiki benda yang rosak ni memang la kena ambil masa sikit anakku,biar lambat asal ada hasil daripada cepat tapi apa pun kita tak dapat kan?" Ujar Datin Elizabeth terhadap anaknya.

Ferhad mengangguk,ada betul jugak kata-kata mamanya itu. Takpalah Ferhad sabar sikit je lagi ok!

"Oh! Baru mama ingat esok Tok Ma kamu balik tapi dia kata dia nak jumpa cucu angkat dia dulu baru dia suruh Ferhad ambil dia,boleh kan sayang?" Kata mama sambil bertanya adakah aku boleh mengambil Tok Ma atau tidak.

"Alright,mestilah boleh! Itukan Tok Ma kesayangan Ferhad" kata Ferhad sambil tersengih teruja.

Namun dia berfikir sekejap,dia tahu Tok Ma nya mempunyai cucu angkat tapi dia tak pernah jumpa pun tapi biarlah bukan penting pun dengan dia.

Tok Ma merupakan ibu kepada mama dan dia menetap di Sepanyol dan janda hot ya, hahah tetapi Tok Pa sudah tiada akibat sakit jantung.

Ah! Rindunya dekat Tok Ma!Tak sabar nak jumpa esok!

"TOK MA dah lama ke sampai?" Faura bertanya seraya melabuhkan duduk berhadapan dengan seorang wanita yang sudah berusia namun tetap kelihatannya cantiknya. Ya inilah cucu angkat Puan Sri Ellina.

"Tok Ma baru je sampai dari airport terus ke sini sebab Tok Ma riiiindu sangat dekat cucu Tok Ma sorang ni!" Kata-kata Puan Sri Ellina dengan nada meleret mengundang tawa kecil Faura.

"Ada-ada jelah Tok Ma ni" kemudian suasana mula sunyi apabila pelayan menghantar pesanan yang telah dipesan oleh Puan Sri Ellina.

"Kamu sihat? Macam mana dengan kerja?semuanya baik-baik saja kan?" Tok Ma bertanya dengan nada risau.

"Alhamdulillah Faura sihat and company just doing fine right now" ujar Faura dengan nada tenang melegakan hati tua nya.

"Nih Tok Ma ada benda sikit nak cakap,kamu tahu kan Tok Ma ada seorang cucu lelaki?" Tanya Puan Sri Ellina dengan berhati-hati.

"Tahu"ujar Faura tenang sambil menyisip sedikit teh.

"Kalau Tok Ma kata,Tok Ma nak jadikan kamu cucu menantu Tok Ma kamu sudi tak?" Pertanyaan Tok Ma telah mengkakukan sebentar segala tindak laku Faura.

"Kenapa tiba-tiba ja ni Tok Ma? Anything happen?" Tanya Faura,risau betul aku dengan Tok Ma ni random sungguh!

"Taklah ,semua ok ja cuma Tok Ma dapat tahu kamu yang tolong dia malam dia accident tu kan?" Lagi sekali badan Faura terkaku. Maksudnya lelaki malam tu adalah cucu Tok Ma! Ya Allah,macam mana aku boleh tak perasan ni!

"Takpe Tok Ma tak paksa kamu terima pinangan Tok Ma,kamu ada masa lagi sebulan sebelum Tok Ma nak dengar jawapan dari kamu boleh?" Tenang Puan Sri Ellina berkata.

"Macam mana Tok Ma tahu kata Faura yang selamatkan cucu Tok Ma malam tu?" Tanyaku hairan,pelik. Mana dia tahu ni?

"Adalah,Tok Ma kan banyak mata-mata" kata Tok Ma sambil mengusikku.

"Apa nama cucu Tok Ma tu entah,Faura lupa lah" tanyaku menginginkan kepastian.Tok Ma tersengih ke arahku sambil mengjunkitkan keningnya berkali-kali

"Aih,dan berkenan dahke?" Aku menjelingnya tajam,orang nak tahu nama pun salah ke?

"Nama cucu Tok Ma Ferhad Eirsyaq bin Datuk Fayyad" Tok Ma berkata dengan tenang.

Seketika aku berkata perlahan "Ferhad Eirsyaq ya? Hmmm"

KOD pintu rumah dimasukkan sebelum ku melangkah masuk dan kelihatan seseorang sedang menungguku di ruang tamu sebelum berjalan ke arahku.

"Cik Muda how have you been?" Tanya doktor peribadi keluargaku Doktor Tia .

"Alhamdulillah I'm just doing fine" kataku bersama riak kosong tanpa secalit senyuman tapi Doktor Tia tetap membalas dengan senyuman manisnya.

"Are you ready?" Doktor Tia bertanya bagi kepastian.

"Always" jawabku sepatah sebelum berbaring di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.

Doktor Tia perlahan-lahan mencucuk kan jarum di belakang tanganku kemudian mengambil IV drip yang berisi air dan digantung di besi yang terdapat di sebelahku.

Beginilah rutinku setiap satu bulan,iaitu memerlukan air yang banyak di dalam badan kerana kekurangan tidur,rehat dan makan.

Semuanya bermula akibat daripada kejadian tragis yang sudah menimpa ahli keluargaku,aku sangat terkesan dan tertekan,akibat daripada terlampau tertekan aku pernah mencuba untuk membunuh diri kerana tidak dapat menerima takdir tapi aku lupa masih ada orang di sisi ku seperti Doktor Tia,Melissa dan Tok Ma.

Merekalah penguat hidupku sesungguhnya.

"Dah selesai Cik Muda" ujar Doktor Tia lantas ku buka mataku yang sudah lama tertutup.

"Terima kasih Tia" kataku tak bernada dan dibalas anggukan oleh Doktor Tia.

"Kalau datuk ,datin dan Firash masih hidup mesti mereka akan bangga dengan Cik Muda sekarang!" Ujar Doktor Tia dengan semangat dan senyuman manis. Aku pula hanya mampu tersenyum kelat

"Kalaulah mereka masih hidup" ujarku.

Kalaulah.

Hai saya dah update! Jangan lupa vote!

17/10/2023
4.13 petang

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora