BAB 10

4.6K 142 3
                                    

"Kamu tak ambil Faura ke Ferhad?" Tanya Puan Sri Ellina kepada cucunya,apabila Ferhad sudah siap berpakaian dengan gaya yang ingin keluar. Hanya baju kemeja dan seluar jeans namun tetap memancarkan ketampanannya.

"Tak. Dia kata dia nak datang sini sendiri. Ferhad dah kata Ferhad boleh ambik,tapi dia nak jugak datang sendiri. Kalau macam tu gayanya Ferhad tak nak paksa dia..." Ferhad menjawab soalan Puan Sri Ellina.

Ya. Hari ini mereka akan pergi mencari barang hantaran dan baju kahwin ditemani Puan Sri Ellina dan Datin Elizabeth.

KTAK!

Seketika bunyi pintu rumah dibuka dari luar menghentikan perbualan mereka berdua.

Kelihatan Faura sedang berjalan ke arah mereka sebelum bertindak menyalam Puan Sri Ellina dan Datin Elizabeth.

"La Faura ke? Tok Ma ingatkan siapa lah. Tapi kenapa muka kamu pucat ni?" Tanya Puan Sri Ellina sambil mengusap lembut pipi mulus Faura apabila melihat wajah pucat tidak berdarah Faura.

"Faura ok jelah. Mungkin sebab malam tadi Faura tak boleh lelapkan mata,tu yang pening sikit tu..."

Faura menidakkan jawapan Puan Sri Ellina. Walhal dia tidak boleh tidur akibat memikirkan soal wang syarikatnya yang telah disonglap. Apabila masih tidak boleh melelapkan mata terus sahaja Faura bangun dan menunaikan solat tahajjud. Selepas tu barulah dia boleh tidur.

"Betul ni?" Datin Elizabeth bertanya menginginkan kepastian.

"Betul mama..." Jawab Faura singkat.

Ferhad hanya memerhati perbualan tiga orang wanita itu tanpa niat ingin menyampuk.

"TERMENUNG nampak. Kau fikir apa ni? Dari dalam kereta sampai dekat kedai sekarang ni pun kau sempat lagi termenung. Mind to share with me?" Ferhad menyoal Faura apabila melihat gadis itu termenung buat kali ke berapa entah.

Faura mengeluh lemah.

"Ada orang songlap duit syarikat. Dan saya pasti ia angkara orang dalam syarikat. Tapi saya tak tahu siapa. Itu yang saya tengah pening ni..." Jawab Faura dengan suara lelah.

Ferhad yang mendengar masalah Faura terus merasa simpati dengan nasib gadis tersebut.

"Takkan kau tak syak siapa-siapa kot?" Ferhad bertanya. Takkanlah dia tak ada rasa syak dekat siapa-siapa?

Tapi hanya gelengan Faura yang Ferhad dapat sebagai jawapan.

"Are you sure Mi Hermosa?" Ferhad menyoal lagi. Dan dibalas anggukan oleh Faura.

"Amboi rancak sembang. Bincang apa tu? Sampai hati biar Tok Ma dengan mama pilih baju kahwin kamu berdua kan? Tok Ma ke kamu berdua yang nak kahwin ni? Perli Puan Sri Ellina.

"Kami lah..." Serentak Faura dan Ferhad membalas. Sebelum mereka berdua bertindak memandang sesama sendiri.

Nampak sangat kata jodoh tu kuat. Huhuhu.

"Sekarang kamu pergi pakai baju yang Tok Ma pilih ni. Kalau macam kamu tak suka kita cuba yang lain tau..." Ujar Puan Sri Ellina sambil memberikan satu busana pengantin mewah berwarna putih kepada Faura.

"Kalau dah Tok Ma yang pilih, mestilah semuanya Faura suka..." Ujar Faura sambil menyambut busana pengantin tersebut dan mengundang ketawa Puan Sri Ellina.

Faura terus berlalu ke bilik persalinan diikuti oleh pembantu butik pengantin itu.

"Hah kamu, duduk sini jangan mengada nak ikut Faura pergi tukar baju!" Terus Puan Sri Ellina berkata apabila kelihatan Ferhad yang seakan ingin mengikuti langkah Faura ke bilik persalinan. Mengundang tawa Datin Elizabeth. Haihlah anak.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon