BAB 21

3.4K 94 1
                                    

PON!
PON!

Kereta itu brek secara mendadak.

"Allahuakbar! Awak langgar orang ke Man?!" Suara tua itu bertanya cemas.

"Saya tak tahu Puan Sri..."

Laju wanita separuh baya itu turun daripada keretanya.

Membulat matanya apabila kelihatan tubuh seorang gadis sudah terbaring di hadapan keretanya.

Terus dia memeriksa nadi gadis tersebut. Lemah.Dia menepuk perlahan pipi gadis itu namun tiada respon.

Wanita itu sudah cemas.

"Cepat angkat dia Man! Kita bawak dia pergi hospital sekarang!" Kuat suara itu mengarah.

MATA Faura perlahan terbuka dan kedengaran satu suara asing bertanya.

"Adik dah sedar? Syukur Alhamdulillah."

Laju Faura memandang tubuh tua itu.

"Nenek siapa? Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Bisik Faura perlahan bersama suara yang bergetar.

"Adik pengsan depan kereta nenek tadi. Nasib baik takde apa-apa jadi."

Seketika Faura terdiam dan dia kembali teringat akan kejadian yang terjadi pada rumahnya tadi.

Pecah terus empangan air mata Faura di hadapan wanita tua itu.

Wanita itu sudah cemas melihat Faura menangis bagai tiada hari esok.

"Adik? Hei kenapa ni? Kenapa adik nangis?"

Faura memandang wajah itu sebelum berkata.

"M-my family." Tutur Faura sambil tersedu-sedan suaranya.

"Ya keluarga adik kenapa? Adik anak siapa? What is your father's name?"

Curiga suara tua itu menyoal.

"T-tan Sri Irman.." perlahan sahaja suara Faura.

Wanita itu lantas membulatkan matanya terkejut. Anak Irman? Kenapa boleh jadi macam ni?

"Kenapa? Ada apa-apa jadi ke dekat Walid adik?"

Faura memandang hairan nenek di hadapannya ini. Macam mana dia kenal Walid?

"M-macam mana nenek kenal Walid saya?"

"Walid adik kawan kepada anak nenek. Siapa je tak kenal pengasas IREX GROUP? Syarikat pengeluar enjin kenderaan terbaik di Malaysia."

Sebelum Faura sempat membalas kedengaran suara seseorang melangkah masuk dengan langkah gelisah.

"Puan Sri. Puan Sri kena tengok ni.." ujar lelaki asing tersebut sambil tangannya bergerak mengambil remote tv dan membukanya.

'Tan Sri Irman pemilik kepada IREX GROUP ditemukan meninggal di kediamannya dalam keadaan ditikam dengan sadis sekali. Isteri dan anak lelakinya juga ditemukan dalam keadaan yang menyayat hati. Ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Motif pembunuhan kemungkinan adalah disebabkan dendam'

Wanita itu terus menutup mulutnya dengan tangan sebagai tanda terkejut dan tidak percaya.

Laju sahaja dia berpaling ke arah Faura yang sudah menggenggam kuat selimut hospital itu sambil air matanya mengalir deras.

Jadi sebab ini gadis itu berlari keluar dari dalam hutan dalam keadaan tidak terurus dan comot.

Allah.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now