BAB 30

2.8K 76 0
                                    

"ISTERI encik Ferhad?" Jururawat itu bertanya apabila melihat langkah Faura yang tergesa-gesa dan tak terurus itu.

"Ya saya. Mana suami saya? Dia baik-baik saja kan?" Nadanya kedengaran begitu terdesak di situ.

Tangan jururawat itu naik memegang bahu Faura erat.

"Harap puan bersabar ya? Suami puan masih lagi di dalam bilik pembedahan." Terus Faura menyandarkan tubuhnya di dinding hospital itu. Tangannya naik menekup mukanya.

"Ya Allah. Sayang..." Teresak-esak dia menangis di situ. Jururawat itu terus meninggalkan Faura. Dia tahu Faura perlukan ruang untuk bersendirian.

Seketika susuk mertuanya dan Puan Sri Ellina kelihatan. Mereka bertiga berlari anak ke arah Faura yang sedang bersandar itu.

"Faura! Ya Allah. Bawa bertenang sayang." Faura bangun dan memeluk erat tubuh tua Puan Sri Ellina. Tangisannya kembali deras kedengaran.

Mereka menerima panggilan daripada pihak hospital yang mengatakan Ferhad dilanggar lari. Terus mereka bertiga bergegas ke sini.

"Ferhad Tok Ma...suami Faura ada dalam tu macam mana Faura nak bertenang? Tolonglah, Faura tak sanggup nak hilang dia pulak..." Tersedu-sedan suara itu.

Mengalir air mata Puan Sri Ellina mendengar kata-kata Faura. Dia yang sebagai nenek pun risau akan Ferhad apatah lagi Faura sebagai isteri.

Datin Elizabeth memeluk tubuh suaminya sambil menangis perlahan tanpa mengeluarkan suara. Dia sangat terkesan melihat air mata menantunya. Jelas di mata itu, Faura amat mencintai anaknya. Dia sangat bersyukur akan hal itu.

Datuk Fayyadh mengusap perlahan belakang isterinya. Dia juga risau akan anaknya namun sebagai ketua keluarga dia perlu mengawal emosinya. Dia tidak boleh lemah. Dia melihat ke arah pintu bilik pembedahan itu.

"Anak papa kuat." Dia bergumam perlahan bagi mengusir rasa sebak yang melanda.

Seketika lampu merah di bilik pembedahan itu bertukar hijau. Laju Faura bangun dan meluru ke arah doktor yang merawat suaminya.

"Tia? Tia suami aku macam mana? Everything's fine right?" Tia hanya mampu tersenyum tawar mendengar soalan Faura.

"Tia. Kenapa kamu diam? Cepat bagitahu Tok Ma keadaan Ferhad!" Terjerit sikit suara Puan Sri Ellina. Datin Elizabeth pantas memegang bahu maknya.

"Mak sabar mak. Kita bagi Tia explain. Tia, macam mana anak aunty? Jangan diam macam ni. Kami semua risau." Lembut saja suara itu bertanya.

Tia memejam sekejap matanya sebelum dia menghembus nafas perlahan.

"Tia minta maaf. Tia dah buat yang terbaik. Kereta yang langgar lari Ferhad tu langgar Ferhad dengan amat dasyat sampai kepala Ferhad terhantuk teruk dekat bahu jalan raya. Dia banyak kehilangan darah daripada hentakan tu. Tia minta maaf tapi Ferhad disahkan koma. I'm sorry."

Jatuh melorot tubuh Faura mendengar jawapan Tia. Pantas Puan Sri Ellina menyambut tubuh lemah Faura.Dia menggeleng kepalanya laju tanda tidak percaya. Air matanya terus menerus mengalir tanpa ada tanda ingin berhenti.

"Allah. Anak kita bang." Terus Datin Elizabeth mencengkam erat lengan suaminya. Hancur hatinya sebagai seorang ibu apabila mendengar keadaan anaknya. Teresak-esak dia.

Mengalir setitik air mata Datuk Fayyadh. Kelam dunianya apabila mendengar kenyataan tentang anaknya. Air mata yang ditahan dari tadi mengalir juga. Dia tidak kuat apabila ia melibatkan keluarganya.

Tia duduk dan memeluk erat tubuh Faura. Dia menepuk perlahan belakang badan itu untuk memberi semangat.

"Cik Puan aku kuat. Cik Puan tak boleh macam ni. Cik Puan kena kuat untuk Tuan Ferhad. Tuan mesti sedih tengok keadaan isteri dia macam ni. Cik Puan kuatkan diri ya? Kalau Cik Puan nak masuk melawat,cik Puan dah boleh masuk sekarang."

Faura mengelap kasar air matanya. Ya dia perlu kuat demi suaminya. Dia tak boleh lemah.

Terus dia berdiri dan perlahan saja langkahnya dibawa ke arah wad yang menempatkan suaminya.

Dia memulas tombol pintu itu dan langkahnya terhenti. Air mata yang sudah berhenti tadi kembali mengalir apabila melihat keadaan suaminya yang sedang terlantar itu.

Wayar berselirat memenuhi tubuh sasa itu. Topeng oksigen dipakaikan dan dia melihat ke arah Electrocardiograph itu. Jelas terlihat betapa lemahnya denyutan jantung suaminya.

Faura melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di sebelah katil suaminya. Dia mengambil tangan kasar yang berbanula itu dan digenggam erat. Sebelah lagi tangannya naik mengusap ubun-ubun suaminya.

"Sayang... i'm here. Please open your eyes. Please..." Teresak deras dia. Dia membenamkan wajahnya ke atas tangan kasar itu.

"You promise not to leave me alone right? Sayang needs to be strong okay? Not just for me but for our family."

Faura bangun dan mencium lama dahi Ferhad. Dia merapatkan dahinya dengan dahi suaminya dan memejamkan matanya erat menahan rasa.

Dia perlu kuat.

Datin Elizabeth yang melihat kelakuan Faura itu hanya mampu menghamburkan tangisannya perlahan. Puan Sri Ellina juga hanya diam membatu melihat Faura.

Mereka semua sedari tadi memerhati setiap tingkah Faura terhadap Ferhad. Luluh hati mereka melihat betapa tulusnya kasih sayang di antara dua insan itu.

'Ferhad kena bangun tau? Kami semua tunggu Ferhad. Terutama sekali Faura. She needs you son' gumam Datuk Fayyadh perlahan.

Faura mengangkat kepalanya apabila bahunya dipegang seseorang. Datin Elizabeth tersenyum nipis ke arahnya.

"Faura balik dulu ya sayang? Biar kami tengokkan Ferhad. Esok Faura datang lain ya?" Laju Faura menggeleng.

"Mama tapi-" terhenti bicaranya apabila dipintas oleh Datin Elizabeth.

"Dengar cakap mama ok? Ferhad mesti sedih tengok keadaan tak terurus isteri dia. Balik,rehat, esok baru Faura datang ya?" Terpaksa juga Faura angguk. Dia tidak mahu melukai hati ibu mertuanya.

Dia menyalam mereka bertiga yang ada di situ sebelum beredar pergi. Mereka semua memandang antara satu sama lain sebelum melepaskan keluhan.

"Mak takut Faura jadi macam dulu balik." Risau nada Puan Sri Ellina.

"Za pun takut mak. Tapi kita hanya mampu berdoa jelah supaya Ferhad cepat bangun dan sembuh." Puan Sri Ellina angguk setuju akan jawapan anaknya.

"Anak papa dan mama kuat kan? Ferhad kena bangun cepat demi Faura. She's waiting son." Datuk Fayyadh berbisik di tepi telinga Ferhad.

Hancur hatinya melihat wajah pucat tidak berdarah milik anaknya. Wayar memenuhi segenap tubuh badan itu. Nadi anaknya juga sangat lemah. Itu yang amat dia takutkan sekarang ini.

Datin Elizabeth hanya diam dan melihat tingkah suaminya. Dia menggenggam tangan kasar anaknya dan mengusap ia perlahan.

"Anak mama kena bangun. Kalau bukan demi kami pun, tolonglah bangun demi Faura. You love her right? Jadi Ferhad kena bangun untuk menyatakan kata cinta itu kepada Faura. Mama yakin anak mama tak bertepuk sebelah tangan."

Dia teringat akan soalan anaknya tempoh hari. Ferhad ingin mengatakan cinta kepada Faura tapi dia takut dia hanya syok sendiri. Tapi lepas dia melihat betapa sedihnya Faura melihat keadaan anaknya dia sudah pasti dengan jawapannya.

"She loves you a lot son. A lot."

13/11/2023
6.15 petang






𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now