BAB 26

3.1K 79 0
                                    

"MESTILAH boleh. Nanti Tok Ma,mama and papa dah sampai call Faura tau. Ya, bye assalamualaikum." Tersenyum kecil Faura menerima panggilan daripada Puan Sri Ellina itu.

Katanya nak datang makan malam dekat rumah dia dengan Ferhad sebab nak tengok perkembangan mereka. Macam-macam lah Tok Ma ni.

Laju jemari runcing itu mendail nombor suaminya. Tersenyum lebar dia apabila panggilan dia dijawab.

"Ya my Irania. Why? Kau rasa nak demam balik ke?" Gelabah betul suara itu bertanya.

Tergelak Faura dengan tingkah suaminya itu. Tak menyabar betul!

"Mana ada lah. Saya telefon ni sebab nak tanya hari ni sayang boleh balik awal tak? Sebab Tok Ma ajak mama dengan papa makan malam dekat rumah kita. Saya pun nak kena balik masak jugak ni takut tak sempat. Sayang ok je kan?"

Berkerut dahi Ferhad mendengar ujaran isterinya. Tok Ma nak makan malam dekat rumah dia? Pelik.

Bukan dia tak suka ya. Just curious.

"Kenapa tiba-tiba je?"

"Entah. Tok Ma kata dia saja nak jenguk kita berdua sebab lama tak jumpa. Jadi sayang boleh balik awal ke tak ni? Kalau tak boleh saya ajak Tok Ma makan luar jelah."

Dia tak mahu memaksa suaminya kerana dia tahu suaminya pasti letih. Tengok hari-hari sudah la. Balik daripada kerja je mandi,solat terus tidur.

Kadang tu dia nak ajak berborak sekejap pun tak sampai hati bila tengok wajah itu yang sarat sangat dengan keletihan.

Dia tak terasa hati pun. Dia faham sebab dia pun kerja jugak. Bukan senang ya nak cari duit.

"Eh! Aku bolehlah la balik awal. Cuma aku nak kena bagitahu Zayn je kejap lagi suruh cover aku punya kerja kejap.Kau jangan memandai nak masak sorang-sorang eh. Aku tak izinkan! Kau tu dahlah baru lega demam! Kejap lagi tak pasal-pasal demam balik." Terkekeh suara isterinya ketawa di corong telefon.

"Baik sayang saya...isterimu ini menurut perintah. Kita jumpa di rumah ya? Bye..." Ferhad hanya mampu menggelengkan kepala mendengar perlian isterinya sebelum dia tersengih lebar.

Yess! Hari ni boleh balik awal berkepit dengan Faura!

Sukanya aku!

"HA kau nak tunjuk apa dekat aku?" Soal inspektor Ariqa setelah Faura melabuhkan duduk di kerusi di hadapannya.

Faura yang telefon dia sebab ada benda Faura nak tunjuk dekat dia. Dia pun ikut jelah.

Lantas Faura meletakkan kotak tersebut di atas meja dan ditolak perlahan ke arah inspektor Ariqa dengan tangan sedikit menggigil.

Pelik saja Inspektor Ariqa melihat tangan Faura yang menggigil tu. Kenapa? Ada apa dalam kotak ni?

"Kenapa kau shaking Faura? Risau aku. Jadi apa-apa mampos aku nak menjawab dengan Ferhad." Bukannya dia tak tahu si Ferhad tu sayang sangat dekat Faura. Jentik sikit je bini dia ni boleh angin satu badan Ferhad tu.

Gelengan saja dibalas Faura.

"Buka." Suara itu memerintah inspektor Ariqa.

Terbeliak biji mata inspektor Ariqa melihat isi di dalam kotak dan nota kecil itu. Laju saja dia mengangkat kepala memandang Faura dengan riak menginginkan kepastian.

Angguk saja balasan Faura melihat riak terkejut inspektor Ariqa terhadapnya.

"Patutlah shaking semacam je kau ni. Habis tu laki kau tahu ke tak ni?" Dia amat kenal dengan sikap Faura yang suka berahsia berkaitan benda penting begini.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora