BAB 17

3.9K 107 0
                                    

"CIK PUAN memang perlu melakukan rawatan ni setiap bulan sampai lah dia dah betul-betul boleh kawal stress dan jaga pemakanan dia. Kalau Tuan nak tahu Cik Puan mula jadi macam ni selepas Tan Sri, Puan Sri dan Firash meninggal dunia. Dia terlampau tertekan sampai ada satu waktu tu dia bertindak nak memutuskan riwayat hidup dia sendiri di hospital. Tapi dia tak sempat buat sebab Puan Sri Ellina sempat halang. Sejak itulah Puan Sri Ellina angkat Cik Puan jadi cucu angkat dia. Selepas itu saya ingatkan Cik Puan dah nak sembuh tapi dia makin sibukkan pula diri dia dengan kerja sampai dia pengsan dekat pejabat. Cik Puan kata kalau dia balik pun bukannya ada sesiapa,dia sunyi dan takut sangat waktu tu. Itu jelah yang saya boleh cerita,kalau Tuan nak tahu lebih lagi Tuan tanyalah Cik Puan sendiri ya?"

Kata-kata doktor Tia tadi tidak henti bermain di fikiran Ferhad. Ferhad terus melabuhkan punggung di tempat kosong sebelah isterinya.

Ferhad terus memandang lama wajah pucat itu. Tangannya pula turun mengusap-usap perlahan tangan Faura yang dicucuk dengan jarum itu.

"Mesti sakit kan? Aku minta maaf kalau aku buat kau stress semalam my Irania..jadi janganlah tidur lama sangat aku rindu." Ferhad mengulangi ayat yang disebut oleh Faura kepada dirinya pada malam tadi.

Ferhad menyelak rambut lurus itu sebelum disangkut ke belakang telinga Faura. Ferhad terus tunduk mencium dahi licin itu. Lama. Ferhad mengelus lembut pipi mulus itu.

"Kau dah tak sunyi my Irania sebab aku akan sentiasa ada untuk kau. Takdir itu memang kejam dan amat perit untuk kita terima,tapi jangan kita lupa bahawa yang perit itu bukanlah selamanya. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Tidurlah dan rehat secukupnya ya? Aku tunggu kau bangun. Sleep well my Irania, Mi Hermosa." Ujar Ferhad panjang lebar sebelum mencium sekilas pipi Faura.

FAURA terus membuka matanya perlahan sambil tangannya ingin bergerak menutup sedikit cahaya yang menerangi biliknya itu.

Tetapi Faura hairan mengapa dia tidak boleh mengangkat tangannya itu. Terus membulat mata Faura apabila dia melihat tangannya sedang dalam genggaman seseorang. Laju Faura memalingkan wajahnya ke arah seseorang tersebut.

Alangkah terkejutnya Faura apabila dia melihat susuk suaminya sedang tersenyum manis ke arahnya.

"My Irania dah bangun? How's your sleep Mi Hermosa? Feeling better hmm?" Tanya Ferhad apabila dia melihat reaksi Faura yang seakan tergamam dengannya.

"Sayang? Sayang buat apa kat sini? Tia yang bagitahu ke? Macam mana sayang tahu saya kat sini?" Bertubi-tubi soalan Faura anjurkan kepada suaminya.

"Chill my Irania. One by one. Don't need to rushing. I'm not going anywhere." Ujar Ferhad bersama kekehan kecil. Gelabah betul isterinya itu melihat keberadaan dia di sini.

"Aku kat sini sebab aku cari isteri aku. Tia tak bagitahu siapa-siapa,aku yang jejak kau guna tracker yang aku letak dalam telefon kau." Ferhad membalas tenang satu persatu soalan Faura.

"And now answer my question. Why don't you tell me about this? You're sick Irania, and I know nothing!
What use am I as a husband? My wife is fighting right here with her pain and I did nothing Irania! Nothing!" Ujar Ferhad kecewa dan berasa tidak berguna.

Faura terus menggelengkan laju kepalanya bagi menidakkan tanggapan Ferhad. Faura terus bangun dengan laju dan dia lupa bahawa tangannya masih memiliki jarum itu. Terus sahaja dia berdesis perlahan sambil memejamkan matanya.

"Ssss... Auwwww."

Ferhad lantas menggengam erat tangan lemah itu bagi menyalurkan kekuatan. Salah dia jugak kerana mengikut perasaan sesuka hati hingga lupa bahawa isterinya kini sedang sakit.

Tangan Faura bergerak mengusap pipi Ferhad dan memerhati segenap wajah tampan itu.

"Saya bukan taknak bagitahu sayang.. saya taknak sayang rasa terbeban. You already have a lot of work to do takkan nak tambah dengan masalah saya lagi. Selagi saya boleh tanggung sendiri saya tanggung lah.." balas Faura lembut.

Ferhad lantas mengetap giginya perlahan. Terus dia jatuhkan dahinya ke atas dahi isterinya.

"For the last time,please keep this in your mind carefully my Irania. Once you're be mine thats mean that you are my forever responsibility and I will take care every inch of you. Because what? Because you're mine Irania! Only mine!" Balas Ferhad dengan nada tegas dan lembut dalam masa yang sama.

Faura terus diam tidak berkutik mendengar jawapan suaminya. Di memandang dalam anak mata amber itu sebelum dia memeluk erat leher Ferhad dan menyembamkan wajahnya di situ.

"Thanks sayang. I feel appreciated and loved." Perlahan suara Faura kedengaran.

Ferhad tersenyum apabila merasakan bibir itu bergerak di lehernya. Terus dia mengusap perlahan belakang tubuh genit itu.

Faura meleraikan pelukan itu dan hanya merenung ke dalam mata cantik itu tanpa berkelip.

"Sakit lagi ke hmm?" Ferhad bertanya sambil mengelus perlahan tangan isterinya yang dicucuk dengan jarum itu.

Faura menggelengkan tanda tidak.

"Mana mungkin saya rasa sakit lagi...sebab painkiller saya dah ada dekat sini." Ujar Faura sambil tersenyum manis ke arah Ferhad.

Ferhad pula sudah tidak keruan melihat senyuman manis di bibir marah delima itu.

Senyuman Faura terus mati apabila dia merasakan sesuatu yang lembut telah menghempap bibirnya. Terus sahaja Faura memejamkan matanya dan memeluk leher Ferhad sambil membalas ciuman suaminya itu. Lama.

Kepala Ferhad pula sudah ke kiri dan ke kanan bagi mengecapi bibir manis itu. Ferhad melepaskan ciuman mereka apabila kelihatan Faura yang sudah seperti kehilangan nafas tika itu.

Ferhad bertindak mengusap perlahan bibir merah itu sebelum dicium sekilas.

"Tidurlah. Kau kena rehat secukupnya tau? Takpe harini kita tidur sini jelah ya? Kau pun tak bermaya je lagi aku tengok. Tidur ok?" Ujar Ferhad sambil menarik Faura masuk ke dalam dakapannya.

Faura pula hanya memandang wajah tampan milik suaminya itu. Ya Allah pahala apa yang telah hambamu ini lakukan sehingga kau mengurniakan ku suami sebaik ini ya Allah?

Terima kasih ya Allah.

29/10/2023
1.03 pagi

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now