BAB 19

3.7K 100 1
                                    

"TAK payah pergi kerjalah. Jadi apa-apa macam mana? Risau lah aku dengan kau ni.." kedengaran suara Ferhad membantah.

Bibir Faura terus muncung sedepa.

Orang dah sihatlah!

"Ala boleh lah sayang...awak lupa ke hari ni kita ada meeting sekali dekat company sayang? Ha masa tu sayang check la saya sampai sayang puas hati tau? Please...tanak duduk rumah bosan sayang takde..." Meleret suara Faura meminta simpati kepada suaminya.

Pleaselah cair! Please..

Mendengar leretan suara merdu itu terus tersenyum Ferhad. Haih macam mana lah dia nak kata tak boleh. Dengar suara isterinya saja sudah mampu mencairkan hatinya. Tidak terkeluar kata yang ingin keluar dari mulutnya apabila melihat kecomelan isterinya itu.

Isteri siapa ni comel sangat!

Isteri akulah..

"Ok. Kau boleh pergi tapi kalau aku tak nampak kau dekat meeting tu siap kau Irania!" Keras dan lembut sahaja suara itu berkata padanya.

Tersengih lebar Faura mendengar jawapan suaminya. Tidak tunggu lama laju sahaja dia mengucup sekilas bibir suaminya itu.

Yeay boleh pergi kerja!

Mata Ferhad mengecil melihat isterinya itu. Cium apa macam tu? Macam angin lalu je. Lama la sikit.

"Thank you muahh!" Terasa bibir merah itu menyapa rahangnya pula. Faura pula sudah laju naik ke tingkat atas untuk bersiap ke pejabat.

Tersenyum senget Ferhad ketika itu. Kalau dia tahu macam ni reaksi Faura dari tadi lagi dia akan bagi izin isterinya ke tempat kerja.

Tahu-tahu dapat kiss.

Oh indahnya hari-hari ku selepas kahwin ni. Tak rugi dia terima perjodohan ni.

Dapat bantal peluk free,makan pakai pun ada orang jaga,ada makmum time solat yang paling penting boleh cium hari-hari! Hahaha.

Kau gatal. Aku gitau mama kau.

"KAU cari apa Ferhad?" Soal Zayn hairan.

Dari tadi lagi dok terjenguk-jenguk dekat pintu bilik mesyuarat tu. Cari siapa entah.

"Bini akulah.." ternaik sedikit kening Zayn mendengar jawapan sepupunya.

"Dia join jugak ke meeting petang ni?"

Ferhad angguk kepada Zayn. Zayn mencebik. Untunglah dalam meeting pun jumpa isteri ,balik jumpa isteri, habis tu siapa nak jumpa dia. Hmmm cedih.

Terus sahaja kelibat yang ditunggu-tunggu oleh Ferhad melangkah masuk dengan riak wajah dinginnya dan langkah berkarisma. Bunyi kasut tumit tinggi itu menarik perhatian semua yang berada dalam bilik mesyuarat itu.

Terdengar bisikan antara mereka sesama sendiri apabila melihat Faura. Faura hanya mengabaikan mereka semua itu seakan mereka tidak wujud.

Ferhad pula sudah tersenyum lebar melihat tubuh yang dinanti nya telah tiba. Terus dia memerhati setiap gerak-geri isterinya itu.

Sempurna.

Semua tentang isterinya.

Sempurna di mata dia.

Faura terus mengalihkan pandangan ke arah hadapan apabila dirasakan dirinya diperhatikan.

Mata Faura dan suaminya terus sahaja bersambung. Tersenyum kecil Faura ke arah suaminya itu.

"Hai sayang.."

Bibir Faura menuturkan kepada suaminya tanpa mengeluarkan suara.

Ferhad membaca sahaja gerakan bibir Faura itu yang sedang senyum ke arahnya. Terus sahaja sembunyi senyum. Laju sahaja Ferhad berdiri memperbetulkan kemeja nya dengan rapi. Riaknya kembali dikekalkan dingin seperti biasa.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now