BAB 42

2.5K 72 0
                                    

FERHAD mengusap lembut bahu terdedah isterinya yang sedang berada di dalam dakapannya. Jam di dinding sudah menunjukkan angka 5 pagi. Sebentar lagi ingin azan subuh jadi dia berjaga terus saja.

Dia menunduk ke bawah dan melihat Faura yang sudah selamat melihat dia juga. Dia turun mencium sekejap mata cantik itu.

"Rahsia apa lagi yang kau tak bagitahu aku? Tadi kau kata nak bagitahu aku. Ha sekarang cerita dekat aku cepat." Kelihatan Faura yang sedang menunduk ke bawah dan bermain dengan jemarinya sesama sendiri.

Macam tak nak bagitahu je...

"Irania... I'm waiting..." Meleret dia menyeru apabila Faura diam terlalu lama. Terus saja Faura mengangkat kepalanya dan menghembus nafas perlahan. Dia memanah lembut mata amber kesukaannya.

"Hari sayang accident tu saya terima ugutan dari orang yang sama. Cuma yang bezanya waktu tu takde bangkai bagai dah cuma ada gambar kita berdua dekat depan pintu rumah je. Dalam gambar tu dekat muka sayang ada tanda pangkah merah besar. Lepas je saya terima semua tu saya dapat panggilan dari hospital yang sayang accident. You don't know how scared I am on that time. I feel lost for the second time. It's hurt so damn much sayang. So much..."

Matanya kembali lebat dengan air mata apabila mengingati saat-saat suaminya kemalangan. Dunia dia rasa kosong tak berpenghuni.

Perasaan dia sangat sakit tika itu.

Sangat sakit.

Kaku Ferhad mendengar cerita isterinya. Jadi dia kemalangan hari tu bukanlah satu kebetulan tetapi dirancang? Oh tuhan. Sungguh tidak dia sangka.

Dia menyapu air mata isterinya dan menepuk-nepuk belakang tubuh terdedah itu. Dia mencium lama ubun ubun si isteri.

"Shhh... I'm here Irania. I'm here. I promise I will never ever leave you again. That my promise Irania..."

Dia memandang wajah Ferhad dengan wajah yang sudah lencun dengan air mata sebelum dipeluk erat tubuh itu.

"S-Sayang janji?" Tersedu-sedan dia menyoal Ferhad. Terlepas tawa kecil Ferhad mendengar nada itu. Dia mencium sekilas bahu putih melepak itu.

"Ya. Aku janji."

"KENAPA muka budak ni macam mirip seseorang yang aku kenal eh? Tapi siapa?" Inspektor Ariqa merenung laptop nya yang sedang memaparkan wajah budak lelaki yang menyuntik Faura dengan picagari itu.

Terus dia membuka telefonnya dan aplikasi galeri dibuka. Ditilik setiap satu wajah di telefon dan diletakkan di sebelah wajah kanak-kanak tersebut.

"Tak sama."

"Tak sama."

"Masih tak sama."

Mencari dan terus mencari dia bagi memastikan wajah ini mirip dengan siapa. Setiap kenalannya yang dilihat tidak sama langsung dengan wajah budak lelaki itu.

Dia meraup kasar wajahnya sebelum telefonnya dilempar kasar di atas meja.

"Haish! Kau anak siapa hah budak?! Penat lah aku macam ni. Satu kes tak selesai lagi kau tambah pulak lagi satu budak!" Geram dia berkata. Kalau bukan sebab dia cederakan Faura memang taklah dia nak cari pasal budak ni.

Sedang dia ralit merenung wajah anak kecil tersebut terus dia teringat akan satu wajah kenalannya yang belum lagi dia samakan dengan wajah budak ini.

Laju dia mencari wajah itu sebelum diletakkan di sebelah wajah kanak-kanak itu.

Matanya membulat tidak percaya. Nafasnya memburu laju. Jantungnya berdegup kencang bagai baru sudah marathon. Wajah si dia dengan kanak-kanak itu sama. Sangat sama. Boleh dikatakan mirip seperti ibu dan anak.

Tak.

Tak mungkin.

"Allahuakbar..." Macam mana dia boleh tak perasan selama ni? Terus dia teringat akan Faura.

Ya Faura. Dia perlu bagitahu Faura segera. Laju dia bangun ingin keluar. Tangannya tidak henti-henti mendail nombor Faura namun hampa tidak diangkat.

Apabila saja pintu rumahnya dibuka, dia terkejut ada satu susuk berpakaian serba hitam sedang terpacak depan rumahnya sambil tersenyum manis.

Badannya bergetar hebat sambil tangan dia bergerak ingin mencapai pasu di sebelah apabila tubuh si dia makin mendekat.

"Kau. Kau buat kat sini? Kau nak apa dari aku?" Si dia hanya tersenyum manis saja sebelum dia bertindak menutup mulut inspektor Ariqa dengan kain berwarna hitam.

Meronta-ronta inspektor Ariqa sebelum perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh akibat daripada ubat yang terdapat di kain tersebut.

"Easy. Aku cuma nak hapuskan kau. Senang sikit aku nak buat kerja lepas ni." Dia beralih ke belakang dan memanggil dua orang lelaki suruhannya.

"Angkat dia cepat!" Laju mereka berdua mengangkat tubuh inspektor Ariqa dan dimasukkan ke dalam kereta.

Si dia tersenyum sinis sambil melihat ke arah CCTV yang sudah berjaya dimatikan oleh dia.

Well...

Ingat dia bodoh sangat ke?

"Satu masalah dah selesai. Lepas ni giliran kau pulak Faura! Hahaha! Habis je aku bunuh kau,aku boleh terus kahwin dengan Ferhad kan? Hahahah sukanya aku!" Bagai orang tidak waras saja dia tertawa ketika ini.

"KAU call siapa pagi-pagi buta ni?" Faura melihat ke arah suaminya yang baru saja keluar dari bilik air itu dengan tuala yang melilit pinggangnya. Dia kini sedang berdiri di hadapan meja solek sedang bersiap untuk ke pejabatnya.

"Saya tengok ada missed call dari Riqa. Tu yang saya tengah call balik ni tapi dia tak angkat. Risau lah saya. Dia bukan jenis macam ni tau kalau ada orang call dia. Siapa pun call, laju je dia angkat. Ni tidak dari tadi saya call tak berjawab."

Ferhad mengusap lembut bahu isterinya bagi menghilangkan gusar di hati Faura.

"Mungkin dia tengah tidur lagi kut. Kan awal pagi lagi ni. Kejap lagi kau pergi la balai ajak dia lunch sekali dah risau sangat. Pergi je keluar dengan dia aku izinkan."

Bersinar-sinar mata dia mendengar jawapan Ferhad. Wahh ni makin sayang dekat suami saya ni!

"Betul ni sayang izinkan?" Tersenyum manis Ferhad ke arah isterinya dan angguk sekilas.

Terus badannya diterpa Faura dan dipeluk erat. Laju dia membalas. Faura melepaskan pelukan dan wajah suami tercinta dicekup. Lantas dikucup bertalu-talu seluruh wajah tampan suaminya.

Terlepas tawa Ferhad dengan perlakuan isterinya. Tak behave betullah!

"Thanks sayang! I love you..." Dikucup sekilas bibir merah Ferhad yang menunjukkan bahawa lelaki itu tidak merokok.

Tersengih miang Ferhad dibuatnya.

"I love you too Irania..."

Dia menarik tengkuk isterinya dan bibir merah itu dikucup dalam. Faura lantas memejamkan mata dan membalas kucupan itu perlahan.

Tangan Ferhad menjalar ke dalam baju kerja yang dipakai isterinya dan diusap lembut belakang tubuh itu. Faura pula mengelus elus dada bidang suaminya yang terdedah itu.

Setelah lama berkongsi nafas terus ciuman itu dileraikan perlahan oleh Ferhad. Dia mengusap bibir merah yang sedikit bengkak disebabkan oleh dia itu.

"Thanks for the morning kiss baby." Menunduk dia mencium sekilas leher putih mulus isterinya sebelum digigit sekejap.

Tergelak kecil Faura dengan perlakuan suaminya.

"Your most welcome sayang."

Tersenyum manis mereka berdua mendengar balasan jawapan masing-masing.

Perasaan ini sangat indah.

Sungguh indah.

25/11/2023
12.22 malam




𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora