BAB 3

5.8K 208 0
                                    

"TOK MA! I miss you..." ujar Ferhad setelah dia berpelukan dengan Puan Sri Ellina sambil bergoyang ke kiri dan kanan. Amboi! Rindu betul ye kau dekat Tok Ma kau Ferhad.

"Tok Ma sihat?" Ferhad bertanya sambil mengimbas tubuh Tok Ma nya dari atas ke bawah.

"Tok Ma sihatlah,kamu tu yang sihat ke belum?"
Ferhad tersengih mendengar soalan Tok Ma nya.

"Mestilah! Kalau tidak dah lama Ferhad join Tok Pa." kata Ferhad berbaur gurauan.

Terus sahaja Puan Sri Ellina memulas perut Ferhad.

"Lagi sekali kamu merapu,Tok Ma betul-betul bawak kamu jumpa Tok Pa." kata Puan Sri Ellina. Wajah Ferhad pulak sudah berkerut-kerut menahan sakit.

"Auww,Tok Ma sakitlah!" Terus sahaja Puan Sri Ellina menjeling cucunya tajam.

"Main-main lagi kan dah kena" Ferhad mencebik.

"Gurau sikit pun tak boleh!".

"Sudah-sudahlah berdrama tu,jom makan cepat nanti makanan sejuk." ujar Datin Elizabeth seraya menarik lengan Puan Sri Ellina ke meja makan.

Hanya sunyi yang menemani di meja makan. Semua fokus dengan makanan di depan mata tiba-tiba suara Puan Sri Ellina memecahkan hening.

"Lepas makan nanti Ferhad datang bilik Tok Ma sekejap boleh? Tok Ma ada benda nak dibincangkan dengan Ferhad. " Ferhad tidak membantah dan hanya mengiakan sahaja.

"Boleh."

Tok!
Tok!

"Tok Ma dah tidur dah ke?" Ferhad bertanya setelah membuka pintu bilik neneknya.

"Belum,masuklah." jawab Tok Ma setelah melihat Ferhad masuk.

"Tok Ma nak bincang apa dengan Ferhad? Macam mustahak ja bunyinya." Ferhad menyoal penuh tanda tanya

"Ni Tok Ma nak tanya ni, Ferhad dah berpunya ka belum?" Soal Tok Ma dengan penuh wajah berharap.

"Nope, I'm single and available. Why Tok Ma?"

Haih tiba-tiba pulak meramang bulu roma mendengar soalan Tok Ma, takut!

"Good! Senang kerja Tok Ma." Puan Sri Ellina berkata sambil tersengih macam kerang busuk.

"Hah?apa yang senang kerjanya?" Ferhad menyoal hairan. Ni yang tak senang duduk ni!

"Kalau Tok Ma kata Tok Ma nak jodohkan kamu dengan cucu angkat Tok Ma kamu nak tak?" Tanya Puan Sri Ellina sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali.

Mata Ferhad terus membulat mendengar kata-kata neneknya.

"What?!"

Puan Sri Ellina mengerutkan dahinya.

"Kenapa what pulak?"

"Ferhad tak kenal pun dia, macam mana kami nak kahwin?" Seketika Puan Sri Ellina tersengih.

"Kamu je yang tak kenal dia,tapi dia kenal kamu lama dan lebih daripada kenal." kata Puan Sri Ellina sambil tersenyum penuh makna.

Dahi Ferhad pula berkerut. Lebih daripada kenal? Pelik.

"BAIK nanti awak hantar e-mail tentang keluar masuk wang syarikat kepada saya ya Melissa." kata Faura kepada Melissa.

"Baik Cik Muda." kemudian talian diputuskan oleh Faura.

Mata Faura sedang ralit membaca biodata tentang seseorang dan menyiasat semua latar belakangnya tanpa meninggalkan sedikit pun maklumat tentang orang tersebut.

"Pemilik ZIYS GROUP hmmm,menarik." kata Faura sambil memerhati biodata tersebut dengan teliti.

"Alergi bunga,ok noted." sedang Faura membaca satu demi satu maklumat mata Faura terpaku pada satu maklumat yang menunjukkan tarikh lahir lelaki tersebut yang sama dengan seseorang yang paling berharga untuknya.

Tarikh lahir: 29/11/1996

"Happy birthday to you,happy birthday to you, happy birthday to Firash Irlan, happy birthday to you!"

Jantung Faura terus berdegup laju apabila terlihat tarikh lahir dan memori tersebut. Faura terus mencengkam kuat dadanya apabila merasakan nafasnya mula tidak teratur.Faura pantas membuka laci tepi katilnya dan mengambil ubatnya dan air,tanpa membuang masa terus sahaja Faura menelan ubat tersebut.

"Sakit..." setitis air mata Faura mengalir.

"Sakit ya Allah,sakit sangat." Faura terus menangis teresak esak di atas katil sehingga dia tidak sedar dia sudah terlelap.

FAURA melangkah keluar daripada perut keretanya dengan tenang dan terus berjalan memasuki sebuah bangunan syarikat yang gah lagi tinggi itu dengan riak yang dingin tanpa secalit pun senyuman di bibirnya.

Semua karyawannya bertindak menundukkan sedikit kepala mereka sebagai tanda menyapa dan menghormati Faura sebagai pemilik baharu IREX GROUP setelah kematian Tan Sri Irman.

"Selamat pagi Cik muda." sapa Melissa mesra setelah masuk ke pejabat Faura dan dibalas dengan deheman tenang Faura.

"Sekejap lagi Cik Muda akan ada meeting untuk persetujuan antara pembekal tetap kita iaitu ZIYS GROUP" lancar sahaja ucapan Melissa ,namun bukan itu yang menarik perhatian Faura,sebaliknya nama syarikat yang perlu dia berkerjasama pada kali ini.

ZIYS GROUP.

"Dalam berapa minit lagi meeting itu akan bermula?" Tanya Faura kepada Melissa.

"Dalam 40 minit lagi sebelum meeting bermula,kenapa? Cik Muda ada sebarang hal mustahak yang perlu saya batalkan meeting ini ke?" Faura membalas dengan gelengan.

"Itu sahaja ke?" Faura bertanya dan dibalas anggukan oleh Melissa. Faura hanya melihat kepergian Melissa daripada biliknya sebelum fikirannya melayang tentang apa yang berlaku pada malam tadi. Dia tertidur akibat daripada ubat yang diambil dan penat menangis.

Ya. Hari lahir lelaki tersebut adalah sama dengan hari lahir arwah adik lelakinya Firash Irlan.

Dia tewas dengan emosi sendiri apabila ianya berkaitan dengan keluarganya.

Ia mampu menunjukkan betapa lemahnya seorang insan yang bernama Faura Irania yang berlagak kuat dan tenang dalam segala hal tetapi di dalamnya hancur sehancur hancurnya hingga tidak dapat dicantumkan kembali menjadi bentuk asal.

Seketika dia kembali tersedar, bahawa dia perlu menghadiri mesyuarat sebentar lagi dan tersenyum nipis apabila teringatkan sosok lelaki yang sudah 3 bulan dia tidak jumpa akan berjumpa kembali tanpa lelaki tersebut mengingati siapa dirinya.

"So,nice to meet you Encik Ferhad Eirsyaq or should I call you my future husband?" Ujar Faura sebelum bangun daripada kerusi mahagonanya yang mewah sebelum bergerak ke bilik mesyuarat.

Done update for today! Jangan lupa vote! Makaseh awaknya<3

18/10/2023
12.02 malam





𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now