BAB 5

5.4K 170 0
                                    

"HELLO Tok Ma, Faura dah sampai dah ni." ucap Faura di corong telefon.

"Kamu dah sampai? Kejap Tok Ma pergi dekat pintu ya." Puan Sri Ellina laju bergerak ke arah pintu dan senyumannya terus melebar apabila kelibat Faura kelihatan.

"Faura! Jemputlah masuk." Puan Sri Ellina bersuara teruja sebelum menarik tangan Faura ke meja makan.

Ferhad yang sedang ralit bermain dengan telefonnya terus mengangkat kepalanya apabila terdengar suara teruja neneknya.

Alangkah terkejutnya Ferhad apabila melihat satu sosok gadis cantik yang amat dia kenali.

"Faura Irania? Kau buat apa kat sini?" Soal Ferhad hairan. Jangan kata-

"Ha! Inilah cucu angkat Tok Ma! Cantikkan orangnya Ferhad." ujar Puan Sri Ellina sambil tersengih nakal apabila melihat reaksi cucunya yang seakan tergamam itu.

Ferhad terus ternganga serupa nak tanggal rahangnya akibat mendengar pernyataan daripada neneknya itu

"It was her?! The owner of IREX GROUP?! you must be kidding me Tok Ma." Ferhad berkata sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya dengan jawapan neneknya.

"Nope, I'm not kidding dialah cucu angkat Tok Ma also your future wife Ferhad Eirsyaq Datuk Fayyadh." Puan Sri Ellina berkata tenang padahal dalam hati dah bersorak riang apabila melihat riak terkelu cucunya itu.

"Datin." Faura meluru ke arah Datin Elizabeth sebelum bertindak menyalaminya.

"Apa datin datin ni, panggil mama je,tak lama lagi kamu nak jadi menantu keluarga ni jugak, betul kan abang?" Pernyataan Datin Elizabeth dibalas anggukan oleh Datuk Fayyadh.

"Betul tu,panggil je mama dan papa ok Faura?" dan dibalas anggukan oleh Faura.

"Baik papa."

Ferhad pula masih terpinga-pinga dengan kejadian yang berlaku di hadapan matanya kini. Mama dan papa pun tahu tentang Faura? Macam mana dia boleh tak tahu ni?! Ini yang nak baran ni!

"How can both of you know her?" Ferhad menyoal kedua ibu bapanya.Datin Elizabeth memandang Datuk Fayyadh. Datuk Fayyadh seakan mengerti dengan pandangan tersebut terus sahaja berkata.

"Lepas sahaja kahwin dengan Faura papa janji kamu akan tahu semuanya." balas Datuk Fayyadh tenang.

Ferhad pula bingung. Kenapa kena tunggu kahwin dulu baru boleh tahu! Dia ni bukan penyabar sangat tahu tak!

Ferhad mengalihkan pandangan ke arah Faura yang sedang menjamu makanan dengan tenang .

"Lepas ni kita ke halaman belakang rumah kejap boleh? Ada benda aku nak kita berdua bincangkan,boleh Cik Faura?" Terhenti terus suapan Faura sebelum dia bertindak memandang Ferhad.

"Sure"

"KAU tahu yang kita berdua akan dijodohkan?" Tanya Ferhad

"Tahu" balas Faura sepatah.

"Kenapa kau setuju untuk dijodohkan dengan aku?" Ferhad menyoal hairan

"Sebab Tok Ma" senang sahaja jawapan Faura.

"Takkan sebab Tok Ma je kut?" dan dibalas anggukan oleh Faura

"Kau boleh tak bercakap banyak sikit? Ni tidak, sepatah aku tanya sepatahlah kau jawab!" Ferhad menyoal penuh kegeraman. Ada emas ke apa dalam mulut tu! Berat sungguh nak bercakap!

"Tak"

Tengok! Sepatah jugak dia jawab! Eeeee geramnya akuuu!

'Ni kalau kahwin dengan aku ni silap-silap macam tak kahwin je aku ni sebab apa? Sebab bini aku berat mulut. Sekian'Kata Ferhad dalam hati

"Kau tak nak halang Tok Ma supaya tak payah teruskan perkahwinan ni? Sebab kita bukannya saling kenal" Ferhad menyoal Faura dengan penuh tanda tanya

"Ibu saya pernah cakap perkenalan di antara dua jiwa setelah kahwin adalah lebih indah daripada berkenalan pada waktu sebelum kahwin" seketika Ferhad terdiam mendengar bicara Faura sebelum tersedar sesuatu.

"Ha! Boleh pun cakap banyak-banyak! Aku ingatkan dalam mulut tu ada emas!" Ferhad berkata. Kalau aku kata bisu marah pulak kejap lagi.

"Kenapa kau tak ajak family kau join kita makan malam tadi?" Soalan Ferhad membuatkan tubuh Faura terkaku seketika sebelum menjawab soalan Ferhad.

"They're gone" balas Faura dengan suara dinginnya.

Kini giliran Ferhad pula terkaku.

"I'm sorry, aku tak patut tanya kau soalan tu,aku mintak maaf ya?" Faura hanya memandang perilaku Ferhad yang sedang memohon maaf kepadanya.

"It's okay, you don't know about it right? Saya tak ambil hati pun lah" balas Faura sebelum membuang pandangannya ke atas langit dan melihat bulan.

"Apa maksud papa yang aku akan tahu semuanya lepas aku kahwin dengan kau?"

Faura memandang Ferhad dan tersenyum nipis.

"I promise, after we got married I will tell you all the secret dan awak boleh tanya apa-apa sahaja soalan kepada saya dan saya akan jawab dengan jujur"

Ferhad terus menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Jadi kita setujulah ni untuk berkahwin?" Tanya Ferhad

"Saya dah lama setuju, awak jelah yang baru setuju" ujar Faura berbaur perlian.

"Kalau takde apa-apa dah saya minta diri untuk balik dulu ya?" Faura meminta izin sopan sebelum melangkah menjauhi Ferhad sebelum dia berpaling semula ke arah Ferhad.

Ferhad terus mengjungkitkan keningnya. Kenapa pulak? Dia ada tinggal apa-apa ke?

"Jangan lupa esok ya,awak kena datang kilang syarikat saya untuk periksa kualiti dan kuantiti barang yang awak perlukan" sejurus selepas mengatakan itu, Faura terus melangkah dan meninggalkan Ferhad di situ.

Ferhad pulak seperti baru teringat tentang perihal hal esok. Nasib baik Faura ingatkan kalau tidak.

Ferhad memandang belakang Faura sebelum Ferhad tersenyum tanpa sedar

"Thanks" kata Ferhad perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Langkah Ferhad terhenti apabila terlihat kelibat Puan Sri Ellina yang sedang melihatnya daripada dalam rumah dengan senyuman yang lebar. Ferhad hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku neneknya itu.

"Yes! Mission accomplished!" Ujar Puan Sri Ellina perlahan setelah Ferhad masuk ke dalam rumah.

"FERHAD?" mendengar suaranya dipanggil terus sahaja Ferhad berpaling dan kelihatan Faura sedang melangkah ke arahnya bersama Melissa di sebelahnya.

"Dah lama ke awak sampai?" Faura bertanya

"Tak. Baru je sampai" Faura terus mengangguk faham.

"Jom kita tengok barang-barang awak" ajak Faura dan Ferhad terus mengikuti langkah Faura daripada belakang.

"Awak check lah apa yang patut dan apa yang kurang boleh bagitahu saya" Faura berkata sambil menunjukkan ke arah kotak-kotak yang terdapat di rak tersebut.

"Cik Muda saya nak ke tandas sekejap boleh?" Suara Melissa meminta izin kepada Faura menyentakkan Faura dan Ferhad dan Faura hanya mengiakan saja.

Sedang Ferhad ralit menilik barang-barang tersebut , tiba-tiba sebuah kotak berisi enjin seberat 30 kg yang berada pada tingkat rak atas sekali ingin jatuh dan tidak diketahui oleh Ferhad.

Faura yang ketika itu sedang memerhati keadaan sekeliling kilang ,dengan tiba-tiba saja matanya terdetik untuk melirik ke bahagian atas rak.

Alangkah terkejutnya Faura apabila kotak enjin tersebut ingin jatuh lebih tepatnya lagi ke arah Ferhad dan Ferhad tidak menyedarinya kerana terlalu leka menganalisis barangan tersebut.

Faura terus sahaja berlari ke arah Ferhad dan-

"Ferhad!!!"

Buk!

Double update for today! Jangan lupa vote! Makaseh semuanya<3

18/10/2023
10.07 malam

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now